Empat Tahap Kesukaran Soalan Psikometrik.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda empat tahap kesukaran soalan psikometrik. Keempat-empat tahap kesukaran ini boleh mempengaruhi jawapan anda sama ada konsisten ataupun tidak konsisten.

4 Tahap Kesukaran Ujian Psikometrik

1. Tahap Pertama

Paling mudah nak nampak perkaitan antara soalan. Selalunya soalan mempunyai maksud yang sama, tapi hanya ditukar struktur ayat sahaja. Contohnya seperti tiga soalan di bawah ini:

Soalan 1: Saya menerima pandangan kumpulan walaupun bercanggah dengan prinsip hidup saya.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 2: Saya menolak pandangan kumpulan sekiranya idea itu bercanggah dengan idea saya.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 3: Hanya idea yang menepati dengan prinsip hidup saya sahaja akan saya terima.

  • Ya
  • Tidak

Ketiga-tiga soalan ini hanyalah nak kategorikan calon kepada dua golongan. Dalam penilaian ini, manusia hanya terbahagi kepada golongan, iaitu:

Golongan Sentimental: Lebih terbuka dengan pendapat orang lain dan suka mengelak daripada berlakunya konflik.

Golongan Tegas: Suka memenangkan pendapat sendiri dan sanggup berdepan dengan konflik untuk membuktikan siapa yang betul dan siapa yang salah.

Sila pastikan jawapan anda itu tidak bercanggah antara satu sama lain. Jika anda seorang yang sentimental, kekalkan pendirian itu untuk soalan-soalan yang lain. Jika anda seorang yang tegas, begitulah sebaliknya.

Tiada golongan yang bersifat negatif ataupun positif. Semua golongan ada kelebihan dan kekurangan mereka masing-masing.

Jika jawatan itu melibatkan jawatan seorang guru, individu berperwatakan sentimental lebih diutamakan. Jika jawatan itu melibatkan jawatan pakar jenayah komersial, individu berperwatakan tegas pula menjadi keutamaan.

2. Tahap Kedua

Soalan masih mudah nak nampak perkaitan, adakalanya susah sedikit nak kaitkan soalan. Contohnya seperti tiga soalan di bawah ini:

Soalan 4: Saya cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 5: Kadangkala saya cepat marah apabila tidak sihat.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 6: Saya mudah merasa kecewa.

  • Ya
  • Tidak

Untuk tiga soalan ini pula macam mana? Anda nampak tak perkaitan antara soalan 4, 5 dan 6 tu? Soalan 5 dengan soalan 6 nampak perkaitan dengan jelas kan? Tapi soalan 4 tu nampak macam berkait, macam tak berkait pun ya juga.

Ya, memang ketiga-tiga soalan tu saling berkait antara satu sama lain. Dalam ujian psikometrik, soalan berkaitan dengan topik ini sentiasa ditanya.

Ianya digunakan untuk mengetahui keadaan kesihatan semasa seorang calon adakah bersesuaian untuk diambil bekerja ataupun tidak.

Nanti saya kongsikan huraian jawapan lengkap kepada ketiga-tiga soalan ini dekat akhir artikel ini.

3. Tahap Ketiga

Soalan selalunya tak nampak berkait langsung, tapi sebenarnya memang berkait antara satu sama lain. Contohnya seperti tiga soalan di bawah ini:

Soalan 7: Saya menerima khabar angin sebagai suatu yang tidak perlu disahkan.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 8: Penjual tidak memilih barang untuk dijual tetapi barang dipilih oleh pembeli.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 9: Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa kini.

  • Ya
  • Tidak

Cuba anda tengok pada soalan 7, 8 dan 9, memang susah nak kaitkan ketiga-tiga soalan itu. Padahal ketiga-tiga soalan tu di bawah topik penilaian yang sama.

Ketika inilah calon yang tiada pendirian akan digagalkan. Hanya satu sikap sahaja yang cuba dicungkil melalui tiga soalan itu.

4. Tahap Keempat

Soalan paling susah dalam ujian psikometrik ialah berkaitan dengan soalan situasi. Anda diberikan beberapa soalan berbentuk situasi, kemudian anda perlu memilih jawapan secara konsisten.

Bagi anda yang jawab secara positif, saya yakin soalan ini pasti akan memerangkap anda.

Soalan 10: Saya tercabar oleh kehendak untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada rakan-rakan sekerja.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 11: Saya mahu memastikan semua orang berasa dihargai dan mempunyai kepentingan bersama.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 12: Saya merasa yakin dengan kemampuan dan pengetahuan saya untuk membuat keputusan yang tepat.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 13: Saya suka mendengarkan pandangan orang lain dan mempertimbangkan pandangan mereka sebelum membuat sebarang keputusan.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 14: Saya berpendapat dalam suatu perbincangan, seseorang itu perlu menunjukkan kekuatan dan keberanian dalam mempertahankan pandangannya.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 15: Saya lebih suka mengutamakan keperluan dan kepentingan orang lain berbanding kepentingan saya sendiri.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 16: Saya selalu berusaha memantapkan kedudukan dan memenuhi tarikh akhir peribadi untuk laporan atau hasil kerja.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 17: Saya cuba mengekalkan hubungan baik dengan semua orang dan cuba mengelakkan permasalahan yang boleh merosakkan hubungan.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 18: Saya percaya bahawa persaingan adalah cara yang sihat untuk meningkatkan prestasi dan mencapai matlamat.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 10-18 ini merupakan soalan yang boleh mengukur sejauh mana tahap pendirian anda. Secara psikologi, manusia hanya cenderung kepada satu perwatakan sahaja dalam skop penilaian ini.

Anda nak tahu tak skop apa tu? Klik butang di bawah untuk baca huraian jawapan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *