Soalan 1: Saya tercabar oleh kehendak untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada rakan-rakan sekerja.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tidak Pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Soalan 1 ini merupakan soalan yang pernah ditanya dalam ujian psikometrik baru-baru ini. Agak-agak anda, sikap apa yang cuba dicungkil melalui soalan ini? Adakah sikap yakin diri? Ataupun sikap kerjasama?
Trick untuk soalan ini terletak pada perkataan “tercabar” tu. Kalau diikutkan, sebenarnya ini merupakan sikap positif yang perlu ada dalam setiap pekerja.
Ianya bukan tercabar untuk melakukan perkara yang tidak baik, tapi ianya tercabar untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding rakan-rakan sekerja yang lain.
Jawapan kepada soalan ini sebenarnya bergantung kepada pendirian seseorang. Ada orang tak suka ada sikap macam ini. Ada orang, suka atau tidak, memang sikap ini lahir secara semula jadi dari diri mereka.
Pendapat anda pula macam mana?
Tapi soalan ini tak terhenti dekat situ je. Ada lagi soalan-soalan lain akan ditanyakan kepada anda dalam mengesahkan jawapan anda pada soalan 1.
Untuk contoh kali ini, saya gunakan soalan 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 dalam mengesahkan sejauh mana sikap soalan 1 itu betul-betul wujud dalam diri anda.
Soalan 2: Saya mahu memastikan semua orang berasa dihargai dan mempunyai kepentingan bersama.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tidak Pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Soalan 3: Saya merasa yakin dengan kemampuan dan pengetahuan saya untuk membuat keputusan yang tepat.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tidak Pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Soalan 4: Saya suka mendengarkan pandangan orang lain dan mempertimbangkan pandangan mereka sebelum membuat sebarang keputusan.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tidak Pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Soalan 5: Saya berpendapat dalam suatu perbincangan, seseorang itu perlu menunjukkan kekuatan dan keberanian dalam mempertahankan pandangannya.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tidak Pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Soalan 6: Saya lebih suka mengutamakan keperluan dan kepentingan orang lain berbanding kepentingan saya sendiri.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tidak Pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Soalan 7: Saya selalu berusaha memantapkan kedudukan dan memenuhi tarikh akhir peribadi untuk laporan atau hasil kerja.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tidak Pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Soalan 8: Saya cuba mengekalkan hubungan baik dengan semua orang dan cuba mengelakkan permasalahan yang boleh merosakkan hubungan.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tidak Pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Soalan 9: Saya percaya bahawa persaingan adalah cara yang sihat untuk meningkatkan prestasi dan mencapai matlamat.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tidak Pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Kesemua jawapan anda nanti bakal membentuk satu profil perwatakan yang unik. Unik ini bermaksud setiap profil perwatakan akan berbeza-beza antara individu bergantung sepenuhnya kepada pendirian mereka.
Daripada profil perwatakan ini pihak SPA dapat mengenalpasti kesesuaian perwatakan dan minat seseorang terhadap sesuatu jawatan.
Kata kunci dekat sini ialah “pendirian”. Nak memastikan profil perwatakan anda itu betul-betul tepat menggambarkan diri anda, anda perlu tetapkan pendirian dan berikan 100% kerjasama ketika menjawab soalan seperti ini.
Jadi apa jawapan anda? Macam mana nak pastikan kesemua jawapan ini nanti konsisten antara satu sama lain? Saya tunjukkan bukti bagaimana nak pilih jawapan yang konsisten.
Cukup mudah nak pilih jawapan yang konsisten jika anda dah tahu trick konsisten ini. Klik butang di bawah untuk baca huraian jawapan dan jawapan konsisten.
Akses Password.
Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.
Pss.. Nak baca lagi huraian jawapan seperti ini?
Sila klik di ➥ SINI