Empat Kategori Soalan Psikometrik SPA

Share Jika Bermanfaat

Soalan Psikometrik SPA – Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda empat kategori soalan psikometrik SPA.

Anda boleh teruskan pembacaan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kategori soalan psikometrik SPA ini.

Soalan psikometrik SPA boleh dikategorikan beberapa bahagia utama. Untuk contoh kali ini, saya akan kongsikan empat kategori yang selalu digunakan oleh pihak SPA dalam mencungkil perangai sebenar seseorang calon.

Kategori Soalan Psikometrik SPA.

Dalam mencari calon untuk mengisi kekosongan jawatan, pihak SPA akan menggunakan empat kategori pemilihan.

Ianya bertujuan untuk memastikan calon yang dilantik nanti betul-betul menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan.

Di bawah ini merupakan empat kategori penilaian dalam soalan psikometrik SPA.

  1. Cara seseorang itu bersosial.
  2. Cara seseorang itu berfikir.
  3. Cara seseorang itu membuat keputusan.
  4. Cara seseorang itu bertindak.

1. Cara Seseorang Calon Itu Bersosial.

Kategori pertama yang cuba diuji dalam ujian psikometrik ialah bagaimana pergaulan seseorang calon itu. 

Cara pergaulan ini akan mencerminkan perwatakan sebenar seseorang itu sama ada mempunyai sikap kerjasama, toleransi ataupun lebih selesa melakukan secara bersendirian.

Lima soalan di bawah ini merupakan contoh soalan yang digunakan untuk mencungkil bagaimana cara pergaulan seseorang calon psikometrik.

Soalan 1. Kawan-kawan selalu mengatakan saya seorang yang mudah difahami.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 2. Ramai kenalan saya berkata bahawa saya seorang yang bersikap terbuka.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 3. Saya lebih gemar memperkenalkan diri saya sendiri dalam sesuatu majlis.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 4. Saya boleh berborak panjang dengan seseorang apabila individu itu mempunyai minat yang sama dengan saya.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 5. Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.

  • Ya
  • Tidak

2. Cara Seseorang Calon Itu Berfikir.

Selain daripada menguji cara pergaulan, kategori yang seterusnya diuji dalam ujian psikometrik ialah bagaimana seseorang calon berfikir.

Lima soalan di bawah ini merupakan contoh soalan psikometrik yang digunakan untuk mencungkil cara pemikiran seseorang calon psikometrik.

Soalan 6. Saya lebih mesra dengan orang yang mempunyai daya kreatif berbanding realistik.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 7. Saya selalu dianggap seorang yang bersikap praktikal berbanding panjang akal.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 8. Apabila mendengar berita kemalangan jalan raya saya cuba untuk mengetahui punca.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 9. Saya lebih gemar menyertai kursus yang mengajar konsep dan prinsip berbanding kursus maklumat tepat.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 10. Jika saya diarah melakukan sesuatu tanpa panduan terperinci, saya akan usahakan juga sehingga berjaya.

  • Ya
  • Tidak

3. Cara Seseorang Calon Itu Membuat Keputusan.

Kategori yang seterusnya cuba dicungkil melalui ujian psikometrik ialah bagaimana seseorang calon itu membuat keputusan. 

Data yang diperoleh daripada soalan-soalan ini penting dalam memastikan kesesuaian perwatakan seseorang itu menepati dengan jawatan ataupun tidak.

Lima soalan di bawah ini merupakan soalan yang digunakan dalam mencungkil cara seseorang calon itu membuat keputusan.

Soalan 11. Saya lebih gemar kepada perkara yang bersifat logik berbanding perkara bersifat sentimental.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 12. Saya rasa kasihan apabila peminta sedekah mendekati saya.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 13. Dalam membuat keputusan, saya lebih mementingkan perasaan dan pendapat orang lain.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 14. Saya lebih suka bekerja di bawah ketua yang baik hati berbanding ketua yang berlidah tajam tetapi sentiasa benar.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 15. Kawan-kawan selalu mengatakan bahawa saya ini seorang yang cekap.

  • Ya
  • Tidak

4. Cara Seseorang Calon Itu Bertindak.

Apabila sesuatu masalah itu sudah dikenalpasti, kini tiba masanya masalah itu perlu diselesaikan. Dalam kategori keempat ini, pihak SPA akan mengenalpasti bagaimana seseorang calon itu bertindak dengan masalah yang mereka hadapi.

Lima soalan di bawah ini merupakan contoh soalan yang digunakan dalam mencungkil perwatakan sebenar seseorang calon itu bertindak.

Soalan 16. Saya tidak memerlukan panduan yang tepat untuk ke sesuatu majlis kerana saya boleh bertanyakan kepada orang lain di mana majlis itu diadakan.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 17. Apabila saya mempunyai tugas untuk dilaksanakan, saya lebih suka mengurusnya dengan teliti sebelum memulakannya.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 18. Saya lebih memilih untuk tunggu dan lihat apa berlaku, kemudian saya akan buat perancangan.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 19. Apabila melaksanakan tugas yang besar, saya lebih cenderung membahagikan tugas kepada pecahan tugas-tugas yang kecil.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 20. Saya mendengar nasihat pakar tetapi akan mengikut keputusan asal saya sendiri.

  • Ya
  • Tidak

Soalan ‘Bias’ Dalam Psikometrik SPA.

Kalau anda perasan, setiap soalan dalam kategori yang sama nampak macam tak ada perkaitan antara satu sama lain kan? 

Ya! Memang begitulah soalan psikometrik SPA direka. Setiap soalan diterapkan elemen sukar diteka bagi memastikan setiap soalan tidak berlaku ‘bias’ kepada soalan yang lain. Contohnya…

Soalan 6. Saya lebih mesra dengan orang yang mempunyai daya kreatif berbanding realistik.

Soalan 8. Apabila mendengar berita kemalangan jalan raya, saya cuba untuk mengetahui punca berlakunya kemalangan itu.

Cuba tengok dua soalan di atas ini. Walaupun dua soalan ini dalam kategori yang sama, nampak macam soalan ini tidak berkaitan antara satu sama lain kan?

Artikel Berkaitan: 40+ Soalan Ujian Psikometrik Terkini (Disertakan Huraian Jawapan)

Soalan Psikometrik Mencorakkan Perwatakan Anda.

Untuk apa empat kategori soalan ini ditanyakan kepada anda? Kalau anda nak tahu, daripada empat kategori soalan ini boleh mencorakkan perwatakan anda yang sebenar. 

Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda bersosial, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak dalam sesuatu situasi. 

Selepas data-data perwatakan ini diperoleh, pihak SPA akan memadankan data-data perwatakan anda itu dengan keperluan perwatakan jawatan.

Jika terdapat banyak persamaan antara perwatakan anda dengan keperluan perwatakan jawatan, ketika ini anda bakal diluluskan oleh pihak SPA. 

Dalam masa kurang dua minggu, anda bakal menerima emel daripada pihak SPA berbunyi, “Anda melepasi tahap penilaian psikometrik bagi jawatan…”.

Jika corak perwatakan anda ada sedikit persamaan dengan keperluan perwatakan jawatan, maka pihak SPA akan menggagalkan anda di atas alasan tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki. 

Dalam masa dua minggu, anda bakal menerima emel dari pihak SPA berbunyi, “Anda tidak melepasi tahap penilaian psikometrik yang ditetapkan bagi jawatan…”

Penutup.

Saya harap dengan perkongsian empat kategori penilaian soalan psikometrik SPA ini dapat membantu anda dalam persediaan ujian nanti. 

Saya mendoakan agar anda bakal lulus dalam ujian itu nanti. Aamiinn..

Ps.. Anda dah baca 200 koleksi soalan psikometrik? Koleksi ini disertakan dengan huraian jawapan. Jika belum, sila klik butang di bawah untuk baca.

Cikgu Khairul
Cikgu Khairul

Whatsapp ➥ 016-779 4392