Tak Sempat Jawab Kesemua Soalan, Akan Gagal Ke?

“Kalau tak sempat jawab semua soalan, boleh mempengaruhi markah lulus tak?”

– calon psikometrik

Ini merupakan soalan yang kerap ditanya kepada saya. Boleh dikatakan setiap kali ada exam psikometrik, setiap kali itulah soalan ini ditanya.

Jawapan ringkas, ya akan mempengaruhi markah lulus. Untuk lebih ringkas lagi, calon berkemungkinan tinggi akan digagalkan kalau dia tak jawab kesemua soalan.

Sebenarnya Ada Beberapa Faktor

Setiap jawapan anda dalam ujian psikometrik ini digunakan sebagai data. Kemudian data-data ini digunakan dalam membentuk satu profil personaliti.

Apabila soalan tak dijawab semua, akan timbul masalah kerana data yang calon berikan ini tidak lengkap. Sebab setiap soalan ada karakter-karakter tertentu cuba diuji.

Soalan 1 nak uji personaliti lain, soalan 2 personaliti lain.

Disebabkan data itu tak cukup, profil personaliti yang terhasil daripada jawapan calon tu tak akan membentuk satu profil yang lengkap.

Akan ada banyak kelompongan dalam profil tu. Disebabkan itulah seseorang calon tu boleh gagal jika dia tak sempat menjawab kesemua soalan.

Ada Banyak Persaingan

Tambahan lagi calon psikometrik ni bukan sedikit. Ada puluh ribu calon akan dipanggil untuk jawab ujian. Jika ada calon yang tak sempat menjawab semua soalan, ada ribuan calon lagi yang sempat jawab kesemua soalan. Akan wujud persaingan dekat situ.

Jadi, tak perlu salahkan pihak SPA buat soalan banyak. Tak perlu salahkan SPA sebab bagi masa menjawab singkat.

Apa yang mampu anda buat sekarang ini hanyalah praktik untuk jawab sepantas yang mungkin. Masa pun dah makin suntuk ni, calon yang kena jawab exam esok tu saya ucapkan good luck ya.

Percaya pada diri anda, anda layak untuk jadi lulus pada kali ini.

Saya harap artikel ini membantu menjawab persoalan tentang ujian psikometrik. Jika anda mahukan soalan extra psikometrik, boleh klik butang di bawah untuk download.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *