Huraian Jawapan Mengambil Waktu Rehat Pada Waktu Lain

Soalan 1: Tidak mengapa mengambil rehat pada waktu lain daripada yang ditetapkan jika telah memulakan pekerjaan dengan lebih awal.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Saya pasti mesti anda pernah berada dalam situasi seperti ini kan?

Contohnya, waktu rehat pukul 1 hingga 2 petang. Tapi disebabkan ada banyak tugasan perlu diutamakan, kadang-kadang tu pukul 2 baru nak rehat.

Kalau start rehat pukul 2, maksudnya akan kembali kerja pukul 3. Cukup rehat selama sejam.

Persoalannya sekarang, boleh ke buat peraturan sendiri macam tu? Sedangkan waktu rehat telah ditetapkan antara pukul 1 sehingga 2 petang.

Kalau dinilai daripada aspek keadilan, memang berhak seseorang pekerja tu mendapat rehat selama sejam.

Tapi bagaimana pula jika dinilai daripada aspek kepatuhan?

Adakah itu membuktikan seseorang itu tidak patuh kepada ketetapan yang ditetapkan?

Soalan Dalam Kategori Yang Sama.

Dalam ujian psikometrik, anda bebas nak pilih jawapan apa sekalipun. Semuanya jawapan bergantung kepada anda. Anda secara rela nak pilih jawapan apa pun.

Tapi anda perlu ingat, ini merupakan ujian psikologi. Walaupun anda sembunyikan jawapan sebenar, tetap akan diketahui melalui tahap konsisten dalam jawapan anda.

Soalan-soalan di bawah ini merupakan soalan dalam kategori yang sama dengan soalan 1. Jadi anda perlu pastikan jawapan anda itu tidak bercanggah antara satu sama lain.

Soalan 2: Saya cenderung untuk merancang dan membuat senarai tugasan untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 3: Saya selesa dalam situasi yang tidak dijangka dan dapat menyesuaikan diri dengan cepat terhadap perubahan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 4: Saya lebih suka membuat keputusan secepat mungkin daripada menunggu dan melihat bagaimana situasi berkembang.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 5: Saya cenderung untuk meneroka alternatif dan pilihan yang berbeza sebelum membuat keputusan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 6: Saya berasa puas apabila dapat menyiapkan tugasan dan projek mengikut perancangan asal.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Kena Konsisten.

Kunci untuk lulus ujian psikometrik terletak pada jawapan yang konsisten. Bagi anda yang belum tahu, konsisten adalah tahap kecenderungan personaliti seseorang terhadap sesuatu.

Sekiranya tidak ada kecenderungan dalam jawapan, itu memberi petanda awal bahawa seseorang calon itu cuba untuk mengada-adakan perwatakan yang tak wujud dalam dirinya.

Kesan buruk cubaan mewujudkan personaliti yang tak wujud ini ialah jawapan akan saling bercanggah antara satu sama lain. Bila jawapan dah bercanggah, profil personaliti pasti tak akan berjaya dibentuk.

Apa Jawapan Paling Konsisten?

Saya ada huraikan secara terperinci apakah kategori untuk enam soalan ini. Dan bagaimana cara paling mudah nak memilih jawapan yang konsisten.

Klik butang di bawah untuk akses huraian jawapan lengkap.

Akses Password.

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Pss.. Nak baca lagi huraian jawapan seperti ini?
Sila klik di ➥ SINI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *