Huraian Jawapan Kritikan Terhadap Malaysia

Ini merupakan salah satu soalan yang pernah ditanya dalam ujian psikometrik. Apa yang saya perhatikan, ada sesetengah calon tersalah faham dengan apa yang cuba dicungkil dalam soalan ini.

Soalan 1: Kritikan saya terhadap Malaysia bermakna saya cintakan negara ini.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Ada yang menganggap, sebagai seorang warganegara tak boleh kritik negara sendiri. Konon-kononnya itu sikap negatif.

Persoalannya sekarang, betul ke pemahaman macam tu?

Sudah tentulah tak betul.

Nak Uji Keterbukaan.

Kalau anda nak tahu, ini merupakan salah satu soalan dalam kategori keterbukaan. Soalan ini digunakan dalam mengukur tahap keterbukaan seseorang calon, adakah keterbukaan skor rendah ataupun tinggi.

Tapi keterbukaan tu apa sebenarnya?

Keterbukaan merujuk kepada kecenderungan seseorang untuk menjadi ingin tahu, imaginatif, dan terbuka kepada idea-idea baharu.

Mengaitkan kritikan terhadap negara dengan rasa cinta menunjukkan pemikiran yang tidak konvensional dan keupayaan untuk melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza.

Individu dengan skor keterbukaan yang tinggi cenderung untuk meneroka idea-idea yang kompleks, dan tidak semestinya menerima interpretasi yang biasa.

Ini bermaksud, jika anda bersetuju dengan soalan ini, itu menunjukkan skor keterbukaan anda tinggi. Jika anda tak bersetuju dengan soalan ini, itu menunjukkan skor keterbukaan anda rendah.

Tapi kan Cikgu…

“Tapi saya ada tengok orang bagi tips, dia cakap kita tak boleh mengkritik negara kita. Kalau kita mengkritik, itu bermaksud kita membenci negara kita sendiri. Macam tak ada patriotik macam tu. Betul ke cikgu?”

Okey macam ni.

Pernah tak anda tengok seorang emak berleter kepada anak dia. Mak dia suruh dia kemas bilik tapi anak dia asyik main dengan telefon jer.

Satu persoalan, adakah dengan leteran dan kemarahan seorang ibu itu bermaksud seorang ibu tu membenci anak dia? Adakah itu bermaksud dah tak wujud rasa sayang seorang ibu kepada anak dia?

Tak boleh buat andaian semudah tu kan? Sama jugak dengan situasi mengkritik negara tu. Kritikan tak bermaksud membenci, kritikan bukanlah bermaksud tak sayang.

Mana Lebih Baik?

Adakah satu perkara negatif untuk memiliki skor keterbukaan rendah, dan adakah satu perkara yang positif untuk memiliki skor keterbukaan tinggi?

Opss.. anda jangan salah faham. Soalan ini bukanlah nak mencari siapa negatif dan siapa positif. Tujuan soalan ini hanya nak mencungkil skor keterbukaan calon sahaja. Bukan nak cari siapa salah, dan siapa betul.

Kenapa Skor Keterbukaan Ini Penting?

Sekarang, jom kita tengok bagaimana skor keterbukaan ini boleh mempengaruhi kesesuaian seseorang kepada pekerjaan mereka. Saya ambil contoh pekerjaan sebagai jurutera. Bagi pekerjaan ini, skor keterbukaan yang tinggi mungkin lebih sesuai.

Mengapa?

Kerana seorang jurutera perlu berfikir di luar kotak, meneroka idea-idea baharu, dan menyelesaikan masalah dengan cara yang kreatif. Ciri-ciri ini sangat bertepatan dengan karakter seseorang yang mempunyai keterbukaan skor tinggi.

Seorang jurutera yang sentiasa mencari penyelesaian inovatif, bersedia untuk mencuba pendekatan baharu, dan tidak takut untuk menerokai teknologi terkini. Sikap inilah kunci kepada kejayaan dalam bidang kejuruteraan yang sentiasa berkembang.

Sebaliknya, bagi pekerjaan yang melibatkan tugas-tugas berulang dan rutin, individu dengan skor keterbukaan yang lebih rendah mungkin lebih sesuai.

Mereka lebih cenderung untuk merasa selesa dengan struktur dan kestabilan, dan kurang bergantung pada rangsangan berterusan daripada pengalaman baharu. Ciri-ciri ini membolehkan mereka melaksanakan tugas-tugas rutin dengan lebih cekap dan konsisten, tanpa mudah berasa bosan

Apa Akan Jadi?

Jadi apa kesannya jika pekerjaan melibatkan rutin dilantik dari golongan yang mempunyai skor keterbukaan tinggi?

Kesannya ialah mereka cepat bosan dengan pekerjaan mereka. Sekiranya ada peluang pekerjaan lain yang lebih sesuai dengan jiwa mereka, mereka pasti akan berhenti kerja mereka sekarang, dan mengejar peluang yang lebih sesuai dengan jiwa mereka.

Belajar Sesuatu?

Sekiranya anda mahukan lagi soalan dan ulasan jawapan seperti ini, sila klik butang di bawah untuk download.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *