200+ Contoh Soalan Psikometrik Jururawat U29

oleh Cikgu Khairul

Ujian Psikometrik Jururawat U29 – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik jururawat? Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini?

Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Ujian Psikometrik Jururawat U29

Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.

Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.

Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.

  • Ya atau tidak
  • Betul atau salah
  • Ya atau betul atau tidak pasti
  • Sangat setuju, setuju, tak pasti, tidak bersetuju, sangat tidak bersetuju.

“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”

Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.

Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.

“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”

Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim.

Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA.

Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.

Ujian Psikometrik 138 Soalan

“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?” 

Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon. 

Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.

Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 135 soalan, ada 166 soalan, dan ada 199 soalan. Untuk soalan jururawat pula, SPA menggunakan set soalan 138.

“Masa pulak macam mana tu cikgu?”

Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 6 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik Jururawat

Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada dua teras menjadi keutamaan untuk jawatan jururawat ini. Dua teras itu adalah teras kehematan dan teras kebersetujuan.

Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat saya tentang karakter berdasarkan skop tugas sahaja. 

Skop tugas 1: Bertanggungjawab memastikan perawatan yang diberi selamat dan terkawal serta alat kelengkapan dibersihkan selepas digunakan dan disimpan dalam keadaan baik dan siap sedia.

1. Kehematan.

Memastikan perawatan yang selamat dan terkawal memerlukan perhatian terhadap perincian, kebolehpercayaan, dan rasa tanggungjawab yang tinggi. 

Membersihkan dan menyimpan alat kelengkapan dengan betul juga memerlukan disiplin diri dan komitmen terhadap tugas. 

Individu dengan skor kehematan tinggi cenderung berhati-hati, teliti, dan berorientasikan tugas, yang penting untuk mengekalkan standard keselamatan dan kebersihan.

Skop tugas 2: Bertanggungjawab memantau tugas rawatan terhadap pesakit dan memberi perhatian kepada keperluan khas yang merangkumi aspek fizikal dan psikososial pesakit.

2. Kebersetujuan

Memberi perhatian kepada keperluan khas pesakit, terutamanya dari segi psikososial, memerlukan sikap empati, penyayang, dan sensitif terhadap perasaan orang lain.

Jururawat dengan skor kebersetujuan tinggi cenderung lebih mudah mendekati pesakit, membina hubungan terapeutik, dan menyediakan sokongan emosi.

Wajib Ada Untuk Lulus.

Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang jururawat itu perlu ada kehematan dan juga ada kebersetujuan yang tinggi dalam diri mereka.

Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.

Adakah Anda Layak?

Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?

Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Jika tidak ada, itu bermaksud jawatan jururawat ini tidak sesuai dengan personaliti anda.

“Jadi ujian ni nak uji kehematan dan kebersetujuan je ke cikgu?”

Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.

Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan jururawat, itu anda boleh semak semula nanti.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jururawat U29

Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.

Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.

Soalan 1: Saya berupaya untuk memujuk rakan sekerja atau pekerja bawahan untuk bertindak (bahawa pada mulanya mereka enggan bertindak) untuk mengekalkan keberkesanan kerja.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 2: Saya tercabar oleh kehendak untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada rakan-rakan sekerja.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 3: Saya biasanya bekerja sehingga tugas selesai bukannya berhenti setelah tamat masa.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Soalan 4: Saya selalu bertimbang rasa apabila tanggungjawab kerja membawa kepada kesakitan fizikal atau emosi atau kesusahan orang lain (contohnya, semasa terapi fizikal, suntikan, memberi notis berhenti dan lain-lain).

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 5: Saya cenderung memandang serius sesuatu pertandingan walaupun sekadar perlawanan persahabatan.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Tidak Pasti
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Soalan 6: Saya memerlukan bantuan seseorang untuk membuat pilihan semasa membeli-belah.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 7: Saya boleh berurusan secara jujur dengan pelanggan, pesakit, klien dan lain-lain.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 8: Saya tahu cara membuat orang lain melihat sesuatu dengan cara saya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 9: Pernahkan anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Kurang Setuju
  • Agak Setuju
  • Setuju
  • Sangat Setuju
  • Sangat Setuju Sekali

Soalan 10: Saya akan melakukan apa sahaja cara sekalipun untuk mengganggu pihak lawan bagi mendapatkan kelebihan dalam persaingan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Kuiz Psikometrik Jururawat U29

Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.

Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten ke arah karakter seorang jururawat?

Jom jawab kuiz 16 di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.

Rekemendasi Daripada Cikgu.

Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.

Saya yakin anda akan terbiasa dengan format soalan kalau anda tahu bagaimana rupa standard soalan psikometrik ini.

buku soalan psikometrik jururawat u29

Klik butang di bawah untuk download.

Akhir Kalam.

Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik jururawat, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.

Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga pegawai penjara kelak. Aamiin.

Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.