Huraian Jawapan Orang Yang Membeli Barangan Curi.

Soalan 1: Orang yang membeli barangan curi sama buruk perangai dengan orang yang mencurinya.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Agak Tidak Setuju
  • Tidak Pasti
  • Agak Setuju
  • Sangat Setuju

Kalau diikutkan kepada situasi soalan, kedua-dua barang tu adalah hasil kecurian. Orang yang membeli pun memiliki barangan curi, orang yang lakukan aktiviti pencurian pun memiliki barangan curi.

Jadi, apakah sikap tersembunyi yang cuba dicungkil dalam soalan ini? Adakah sikap tegas? Ataupun sikap disiplin? Ataupun tabiat suka bersangka buruk terhadap orang lain?

Apa Kata Calon?

“Semua soalan psikometrik ni merupakan situasi yg mana watak si A dan si B adalah watak yg kenal mengenail satu sama lain. Jd kalau dia kata A membeli brg curi dari B. Maknanya, A mmg tahu B tu mencuri. So, jawapan dia Sangat setuju.” – ikhwan.

“D jawapannya. Orang yang memberi barangan curi seperti menyokong perbuatan tersebut. Pendapat sayalah.” – Keyna.

“Setuju. Ayat pernyataan dalam tu barangan curi, memang kita dah tahu, tapi jawapan sebenar soalan tu xtau, sekali dah gagal ujian hari tu ” – Ridzuan.

“Soklan dia xlengkap. Kite nk jawab kene tanya dia balik, org yg beli brg curi tu tahu atau tidak,itu brg curi. Kalau tau, jawapn setuju la. Kalau dia tak tau, jawapan x setuju la. Sape buat soalan ni. Tolong muncul sket.” – Nurul.

“Bagi saya jawapan dia sangat tidak setuju sbb klau kata pembeli barang curi perangai sama maksudnya dia tkkan membeli dia mestilah mencuri jgk” – Syiha.

Ada Pendapat Sendiri.

Inilah yang akan berlaku apabila soalan ujian psikometrik cuba untuk dibincangkan. Tak akan ada jawapan yang tepat. Sebab setiap orang ada pendapat mereka masing-masing. Pendapat ini pula muncul daripada pendirian dan idealisasi setiap inidividu. Akan berbeza-beza.

Soalan Sama Kategori.

Soalan-soalan di bawah ini pula merupakan soalan dalam kategori yang sama dengan soalan 1. Pastikan jawapan anda tidak bercanggah antara satu sama lain.

Soalan 2: Kebanyakkan individu cenderung mengambil kesempatan terhadap individu yang bekerja dengan mereka.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Tidak Pasti
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Soalan 3: Rata-rata anggota penguatkuasa akan mengabaikan atau menutup mata terhadap perlanggaran undang-undang jika ditawarkan habuan.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Tidak Pasti
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Soalan 4: Saya sering membiarkan orang lain mengambil kesempatan daripada saya untuk menjaga perasaan mereka.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Tidak Pasti
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Soalan 5: Walaupun saya tahu saya di pihak yang benar, saya secara sukarela mengalah hanya untuk mengelakkan berlakunya pertengkaran yang berlarutan.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Tidak Pasti
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Soalan Nak Uji Apa?

Saya huraikan secara terperinci bagaimana nak memilih jawapan paling sesuai dengan personaliti diri anda. Saya yakin jawapan anda lebih konsisten kalau anda tahu kategori soalan ini.

Sila klik butang di bawah untuk baca huraian jawapan lengkap.

Akses Password.

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Pss.. Nak baca lagi huraian jawapan seperti ini?
Sila klik di ➥ SINI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.