Huraian Jawapan Melakukan Sesuatu Mengikut Buku

Ini merupakan soalan yang menimbulkan kekeliruan pada calon exam sebelum ini. Anda rasa sikap apakah agaknya yang cuba dicungkil disebalik soalan ini?

Soalan 1: Saya melakukan sesuatu mengikut buku.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Ramai sebenarnya calon tersilap faham dengan soalan ini. Ada diantara calon fikir, bertindak mengikut buku adalah jawapan yang terbaik.

Tapi sebenarnya bukan itu tujuan soalan ini ditanya. Nak tahu kenapa? Jom saya ceritakan di bawah ini.

Soalan Nak Uji Apa?

Kalau anda nak tahu, soalan ini digunakan dalam menguji bagaimana seseorang individu itu bertindak.

Dalam skop penilaian ini, manusia akan terhahagi kepada dua kategori. Seorang yang suka pada ketetapan (prosedur), ataupun seorang yang fleksibel.

Untuk soalan ini, ia digunakan dalam mencungkil tahap kecenderungan seseorang kepada ketetapan. Frasa ‘mengikut buku’ di sini bermaksud kecenderungan seseorang untuk mengikuti prosedur dan fakta yang telah ditetapkan.

Soalan ini nak mengukur sejauh mana personaliti diri anda suka mengikut sesuatu perkara yang telah ditetapkan. Itu sahaja tujuan soalan ini. Tak lebih daripada itu.

Soalan Saling Berkait

Akan ada banyak lagi soalan dalam kategori yang sama dengan soalan 1 akan ditanya. Di bawah ini pernyataan lain yang bersifat ketetapan.

Soalan 2: Saya patuh kepada jadual yang saya tetapkan.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Soalan 3: Apabila seseorang memotong tidak mengikuti giliran, saya menegurnya.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Personaliti Berlawanan

Sikap berlawanan kepada ketetapan ialah fleksibiliti. Mereka yang cenderung ke arah fleksibiliti sering mencari cara baru untuk melakukan sesuatu, dan lebih terbuka daripada sekadar mengikuti prosedur yang telah ditetapkan.

Antara pernyataan kontra kepada kecenderungan suka akan ketetapan ialah:

Soalan 4: Saya boleh menyesuaikan diri dengan situasi yang tidak terduga dan menyesuaikan diri dengan keadaan baharu.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Soalan 5: Saya lebih suka meneroka pilihan dan alternatif baharu sebelum membuat keputusan muktamad.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Antara ciri-ciri yang terdapat pada individu fleksibel ialah mereka lebih terbuka kepada perubahan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Mereka juga mudah menyesuaikan diri dengan keadaan yang tidak terduga.

Kena Konsisten

Kalau anda tengok kepada soalan 1, 2, 3, 4, dan soalan 5, kesemuanya bersifat positif kan. Walaupun soalan tu bersifat positif, ada soalan bersifat kontra antara satu sama lain.

Bagi anda yang tidak ada pendirian, saya yakin anda akan setuju dengan kesemua soalan ini kan? Akibatnya, personaliti yang terhasil akan bercelaru. Sekejap fleksibel, sekejap tidak. Seakan-akan cuba menyembunyikan sikap sebenar.

Kena Tahu Kecenderungan Diri

Jadi apakah kecenderungan personaliti anda? Ke arah ketetapan ataupun fleksibiliti? Pastikan anda tahu kecenderungan ini jika nak jawapan anda lebih konsisten. 

Jika anda mahukan lagi extra soalan dan huraian jawapan seperti ini, boleh klik butang di bawah untuk download.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *