Adakah anda mencari contoh soalan latihan separa perubatan? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda.
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan psikometrik latihan separa perubatan dan tips untuk lulus ujian ini.
Apa Itu Latihan Separa Perubatan?
Latihan separa perubatan adalah kursus perubatan dan perawatan. Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian. Pertama peringkat sijil, dan kedua pula peringkat diploma.
Disebabkan kursus ini melibatkan perubatan, KKM hanya inginkan calon yang betul-betul mempunyai minat ke arah bidang perubatan sahaja untuk menyertai kursus ini.
Apa Itu Ujian Psikometrik?
Apabila berbicara tentang minat, siapa-siapa sahaja boleh claim bahawa mereka ini bersungguh-sungguh berminat nak menyertai kursus ini.
Tapi sejauh mana kebenaran claim mereka itu. Minat sikit atau minat banyak?
Kalau anda nak tahu, itulah punca kenapa ujian psikometrik ini diwajibkan kepada semua calon. Tujuan ujian ini adalah nak menentukan adakah personaliti dan minat seseorang calon itu betul-betul sesuai ataupun tidak.
Sekiranya dalam diri anda secara semulajadi wujud personaliti dan minat seperti ini, memang mudah untuk anda lulus dalam ujian ini.
Jika tak ada, agak sukar untuk anda lulus dalam ujian ini. Tambahan pula ada ramai calon yang cuba mengambil ujian ini. Secara tidak langsung, persaingan akan menjadi tinggi dan peluang untuk lulus itu sedikit rendah.
Format Soalan Psikometrik Separa Perubatan
Berdasarkan kepada ujian latihan separa perubatan yang dijalankan pada tahun lepas, soalan yang ditanya biasanya berbentuk soalan psikometrik.
Setiap soalan hanya diberikan dua dan empat pilihan jawapan sahaja, seperti:
- Ya atau tidak.
- Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Setuju atau Sangat Setuju.
“Kalau macam tu, mesti senang nak lulus ujian ni kan cikgu?”
Opss.. Jangan fikir macam tu. Apa sekalipun pun ujian online kerajaan ini, tujuan utamanya ialah nak mengecilkan jumlah calon.
Walaupun semudah mana pun soalan yang ditanya, ianya tetap akan menggagalkan ramai calon. Ianya bertujuan memastikan calon-calon melepasi ujian ni dalam jumlah yang kecil.
Ini disebabkan terdapat kouta dalam setiap ambilan calon pada setiap tahun. Hanya calon yang betul-betul menepati ciri-ciri yang dikehendaki sahaja akan diluluskan dalam ujian ini.
Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Ini?
Perkara yang cuba dinilai untuk layak menduduki latihan separa perubatan bergantung kepada ke arah mana kecenderungan minat seseorang.
Sekiranya minat seseorang itu ke arah seorang perawatan, peluang untuk lulus dalam ujian ini akan lebih tinggi. Jika kecenderungan itu hanya ada sikit, ataupun minat ke arah yang lain, maka seseorang calon itu akan digagalkan.
Mereka digagalkan bukan sebab mereka bersifat negatif, tapi disebabkan personaliti dan minat mereka yang tidak sesuai untuk menjalani program latihan separa perubatan.
Sekiranya calon-calon yang tiada minat yang mendalam ini diserap masuk ke dalam latihan ini, mereka selalunya tidak akan mengabiskan tempoh latihan mereka.
Apabila ada peluang pekerjaan yang lebih menarik minat mereka, mereka sanggup untuk berhenti daripada program latihan ini, dan mengejar apa yang mereka sebenarnya minat.
Anda perlu tahu, tak kesemua calon yang menyertai program latihan separa perubatan ini disebabkan atas kerelaan mereka sendiri. Ada sesetengah kes, mak ayah yang beria nak anak mereka menyertai latihan ini.
Sedangkan anak mereka sendiri tidak berminat. Atas sebab tak nak mengecewakan mak dan ayah mereka, mereka secara terpaksa menyertai program latihan ini.
Calon seperti inilah pihak kementerian tak nak ambil. Calon seperti ini akan disingkirkan seawal ujian online lagi bagi mengelakkan kes calon minta berhenti ketika menjalani program latihan dapat dikurangkan.
Contoh Soalan Psikometrik Separa Perubatan
Dalam ujian psikometrik latihan separa perubatan, anda akan diminta menjawab soalan-soalan yang mengandungi unsur-unsur penilaian penting oleh ketua jabatan.
Jawapan anda akan membentuk profil personaliti sebenar anda dan akan menentukan sama ada anda lulus atau gagal dalam ujian ini.
Keputusan ujian ini bergantung pada sejauh mana personaliti anda memenuhi kriteria yang diingini oleh ketua jabatan.
10 Soalan Separa Perubatan
Di bawah ini merupakan soalan ujian psikometrik latihan separa perubatan yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak.
Soalan 1: Saya memberikan banyak pujian dan galakan kepada orang lain.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Setuju
D. Sangat Setuju
Soalan 2: Saya mampu pulih dalam masa yang singkat apabila berhadapan kesukaran.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Setuju
D. Sangat Setuju
Soalan 3: Saya boleh berinteraksi dengan orang lain dengan sikap berbudi bahasa dan mesra.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Setuju
D. Sangat Setuju
Soalan 4: Saya mengambil tindakan (dalam atau luar organisasi) untuk memastikan saya mempunyai kemahiran baru.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Setuju
D. Sangat Setuju
Soalan 5: Apabila orang lain melihat saya sebagai seorang yang amat berjaya, itulah yang menjadi kemahuan saya.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Setuju
D. Sangat Setuju
Soalan 6: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Setuju
D. Sangat Setuju
Soalan 7: Tidak mengapa memalukan seseorang dengan niat untuk meningkatkan motivasinya.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Setuju
D. Sangat Setuju
Soalan 8: Saya sering berasa janggal kerana mempunyai masalah dalam memahami cara kerja orang lain.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Setuju
D. Sangat Setuju
Soalan 9: Saya bersedia menyesuaikan tingkah laku apabila perlu untuk bekerja dengan baik bersama orang lain.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Setuju
D. Sangat Setuju
Soalan 10: Saya mengambil berat tentang pergaulan yang baik dengan orang lain.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Setuju
D. Sangat Setuju
Jom Jawab Kuiz!
Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Kuiz ini hanya nak mencungkil sama ada personaliti anda sesuai mengikuti kursus latihan separa perubatan ataupun tidak sahaja.
Tips Lulus Psikometrik Separa Perubatan
Salah satu cara untuk lulus dalam ujian ini ialah anda perlu biasakan diri menjawab soalan. Ujian ini menfokuskan kepada personaliti seseorang yang minat ke arah perubatan dan perawatan.
Setiap jawapan yang anda pilih dalam ujian ini akan digunakan sebagai data. Kemudian, data-data ini digunakan untuk membentuk satu profil personaliti.
Lulus atau gagal ujian ini bergantung sepenuhnya kepada profil personaliti anda. Jika profil anda itu cenderung ke arah karakter seorang perawatan, memang mudah anda nak lulus dalam ujian ini.
Jangan Tersalah Soalan!
Saya yakin mesti anda ada mencari contoh soalan psikometrik kan? Mesti dah google contoh soalan sebelum ini kan?
Ujian psikometrik ini skopnya luas. Terdapat banyak soalan psikometrik yang boleh anda cari. Soalan yang betul-betul sesuai dengan ujian latihan separa perubatan pasti tak akan sama dengan soalan psikometrik yang lain.
Ini disebabkan skop penilaian ujian ini tak sama dengan jawatan SPA yang lain.
Latihan separa perubatan bukannya nak cari calon pekerja, tapi nak mencari calon pelajar. Jadi skop penilaian juga akan dinilai melalui sudut minat seseorang dalam mempelajari bidang perubatan.
Apabila skop penilaian berbeza, format soalan pun pastinya akan berbeza. Dan tak akan sama dengan soalan-soalan psikometrik untuk jawatan yang lain.
Koleksi Soalan Psikometrik Latihan Separa Perubatan
Dalam ebook koleksi soalan ini, saya telah pun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti. Ya, soalan sebenar yang pernah ditanya dalam ujian pada tahun 2022 dan 2023.
Saya yakin anda akan terbiasa dengan format soalan kalau anda tahu bagaimana rupa standard soalan psikometrik ini.
Dan setiap soalan disertakan dengan cadangan jawapan. Nanti anda akan tahu apa jawapan yang terbaik untuk setiap soalan yang ditanya.
Akhir Kalam
Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan psikometrik latihan separa perubatan ini dapat membantu anda semua nanti.
Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…