Betul Ke Tips Teras Jawatan Tu?

“Saya ada tengok tiktok dan youtube, ada individu berkongsi pasal tips teras jawatan ni, dia cakap perlu rendahkan teras kerjasama dan teras emosi untuk lulus ujian kali ni. Betul ke tips tu cikgu?”

– calon psikometrik.

Kalau anda nak tahu, inilah soalan yang kerap saya terima setiap kali adanya ujian psikometrik. Sampaikan tips tu jadi terlalu merapu, dikatakannya kena pilih jawapan sangat tak setuju untuk semua soalan kerjasama.

Aikk.. kerajaan tak nak staf dia ada sikap bekerjasama ke? Tapi betul ke tips pasal teras jawatan ni?

Jawapan ringkas, tentulah tak betul. Kalau anda nak ikut tips tu, kenalah berani tanggung risiko tu sendiri.

Kriteria Dari Ketua Jabatan

Sebenarnya teras ni adalah kriteria yang perlu ada dalam diri seseorang calon. Jika teras itu wujud dalam diri calon, peluang untuk lulus tu lebih cerah.

Untuk pengetahuan anda, semua teras ni ditentukan oleh ketua jabatan dan ia dirahsiakan dari pengetahuan calon-calon. Setiap ketua jabatan ada keperluan kriteria mereka sendiri, dan kriteria ini berbeza-beza dengan jabatan yang lain.

Maksudnya, ketua jabatan kastam ada teras mereka sendiri. Ketua jabatan bomba ada teras mereka sendiri. Ketua jabatan akauntan ada teras mereka sendiri. Setiap teras di setiap jabatan itu berbeza-beza.

Atas sebab wujudnya perbezaan teras inilah yang menyebabkan calon yang lulus dalam ujian jawatan kastam, tapi boleh gagal di ujian jawatan bomba. Gagal di ujian jawatan bomba tapi boleh lulus di ujian akauntan.

SPA Sebagai Recruiter

Kemudian, pihak SPA akan membantu ketua jabatan dalam mencari calon-calon yang sesuai berdasarkan kepada teras yang dikeluarkan oleh ketua jabatan itu.

“Tapi kenapa ketua jabatan tak bagitahu jer teras tu? Mudah sikit calon nak buat persediaan.”

Ada sebab kenapa ketua jabatan merahsiakan teras ini. Antaranya ialah nak pastikan jawapan calon tidak dipengaruhi oleh apa yang dikehendaki oleh ketua jabatan.

Contoh Situasi

Jom saya kongsikan satu situasi bagi memudahkan pemahaman anda.

Ketua jabatan mahukan seorang calon yang tinggi dalam sifat keterbukaan. Kemudian ketua jabatan bagitahu kepada kesemua calon, bahawa dia mahu mencari calon-calon bersifat keterbukaan tinggi untuk jawatan kali ini.

Di bawah ini merupakan soalan yang pernah digunakan dalam mencungkil kecenderungan keterbukaan.

Soalan 1: Saya berpendapat bertukar-tukar idea sesama ahli boleh membawa kepada penyelesaian kreatif.

A. Sangat tidak setuju
B. Tidak setuju
C. Setuju
D. Sangat setuju

Soalan ini dikategorikan sebagai teras keterbukaan disebabkan ia mempunyai unsur kreativiti, fleksibiliti, dan kepelbagaian dalam pemikiran.

Apa Calon Akan Buat?

Agak-agak anda, apakah yang bakal calon-calon akan buat nanti? Mereka tahu soalan ini nak uji tahap keterbukaan, dan mereka juga tahu ketua jabatan nak cari calon yang tinggi teras keterbukaan.

Secara logiknya, kesemua calon akan memilih jawapan yang mencerminkan keterbukaan skor tinggi, iaitu jawapan ‘sangat setuju’. Sebab mereka tahu kalau pilih jawapan ‘sangat tidak setuju’ atau ‘tidak setuju’, mereka akan digagalkan.

Jadi Apa Kesannya?

Terdapat dua kesan utama, iaitu kesan kepada ketua jabatan dan kesan kepada calon.

Kesan kepada ketua jabatan ialah dia akan dapat calon yang tidak berkualiti. Tak berkualiti ini bermaksud karakter sebenar calon yang lulus ni nanti tidak menepati kriteria ketua jabatan.

Calon yang tinggi sifat keterbukaan pun lulus, calon yang rendah sifat keterbukaan pun lulus jugak. Bercampur-campur. Sebab wujudnya calon yang cuba memanipulasi karakter diri untuk lulus ujian.

Kesan kepada calon pula ialah calon-calon yang betul-betul mempunyai sifat keterbukaan yang tinggi terpaksa bersaing dengan calon-calon yang memanipulasi skor keterbukaan.

Calon-calon yang betul-betul menepati kriteria akan berubah menjadi tidak layak disebabkan wujudnya persaingan yang tinggi daripada calon-calon yang memalsukan karakter diri.

Atas sebab itulah teras setiap jawatan dirahsiakan daripada pengetahuan calon. Untuk elakkan calon mengada-adakan karakter yang tak wujud dalam diri mereka.

Timbul Kekeliruan

Yang menimbulkan kekeliruan dikalangan calon ialah, wujudnya individu-individu yang cuba berkongsi teras jawatan ini.

Seolah-olah mereka ni benar-benar tahu teras apa yang ketua jabatan kehendaki. Seolah-olah mereka lah ketua jabatan itu yang sedang mencari calon pekerja.

Sedangkan individu ini bukanlah ketua jabatan, orang SPA jauh sekali, dan ketua jabatan dan pihak SPA sendiri pun tak pernah kongsikan teras ni kepada umum.

Timbul satu persoalan, bagaimana individu ini boleh tahu?

Sekadar Tekaan Sahaja

Kalau anda nak tahu, kesemua tips pasal teras jawatan itu sebenarnya tekaan ataupun pendapat peribadi individu tu sahaja. Tekaan yang dia rasa sesuai berdasarkan kepada skop tugas jawatan tu.

Sama ada teras itu betul ataupun tidak, tidak boleh disahkan betul sebab dia bukanlah ketua jabatan. Tekaan itu pula boleh jadi betul, dan boleh jadi salah.

Semua Orang Ada Pendapat Mereka

Kalau nak bercerita pasal pendapat, semua orang boleh bagi pendapat mereka sendiri. Saya sendiri pun boleh bagi pendapat. Anda sendiri pun boleh bagi pendapat anda sendiri tentang teras jawatan.

Tapi pendapat itu tak boleh disahkan betul, sebab teras yang sebetul-betulnya hanya ketua jabatan sahaja yang tahu. Dan ia dirahsiakan.

Kena Tanggung Risiko

Sama ada anda nak percaya tips teras itu ataupun tak, terpulang kepada diri anda sendiri. Risiko atas diri masing-masing.

Sama ada anda lulus atau gagal ujian ni, keputusan anda itu tidak terkesan pun pada pemberi tips teras ini. Yang menanggung kesannya ialah diri anda sendiri.

Ps.. Selagi tips teras itu bukan official daripada ketua jabatan atau SPA, kesemua itu hanyalah tekaan individu sahaja. Mungkin betul, mungkin salah.

Pss.. Saya pernah buat sharing pasal perkara ini dekat tiktok, tapi ada pihak berkepentingan menyuruh saya padamkan video sharing itu. Kemungkinan tinggi artikel ini pun akan dipadam dalam masa terdekat.

Psss.. Jika anda mahukan soalan dan huraian jawapan psikometrik, boleh download koleksi soalan di bawah ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.