Soalan: Kadang-kadang saya hanya suka melihat angin sambil ianya menghembusi pepohon.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Neutral
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Kalau anda jumpa soalan macam ni semasa ujian psikometrik, mesti anda tertanya-tanya:
“Soalan apa ni? Apa yang mereka cuba nilai?”
Ramai calon memang keliru, sebab ayatnya seolah-olah tidak berkaitan pun dengan kerja kerajaan.
Sebenarnya, soalan ini adalah salah satu item dalam kategori openness to experience. Salah satu kategori nak uji kecenderungan seseorang untuk menghargai keindahan, berfikir secara reflektif, imaginatif, dan peka terhadap pengalaman deria.
Dengan kata lain, soalan ini mengukur sifat:
- Reflektif (reflective).
- Kreatif / imaginatif.
- Suka memerhati.
- Estetik (aesthetic appreciation).
- Sensitif terhadap suasana.
Tapi di sinilah ramai calon tersilap faham…
Soalan ini tidak menentukan karakter anda secara tunggal.
Dalam ujian psikometrik SATU soalan tidak pernah cukup untuk menentukan kecenderungan seseorang.
Kalau anda jawab ‘Sangat Setuju’, tidak bermaksud anda sangat reflektif atau kreatif.
Kalau anda jawab ‘Sangat Tidak Setuju’, tidak bermaksud anda langsung tiada sifat tersebut.
Tapi kenapa?
Andaikata dalam set soalan itu mempunyai 30 soalan berkaitan dengan openness to experience, satu daripada 30 jawapan tidak dapat membentuk apa-apa karakter.
Kena cukupkan 30/30 jawapan dahulu, barulah karakter itu akan terbentuk.
Daripada situ pihak SPA boleh kenal, siapakah diri anda yang sebenarnya.
Dan lagi satu, ada keperluan ataupun tidak jawatan kali ini memerlukan kecenderungan openness to experience yang tinggi?
Ataupun pihak SPA mahukan seorang calon yang yang mempunyai sifat openness to experience yang sederhana?
Inilah yang ramai calon psikometrik tak tahu nak agak.
Kalau anda nak tahu, disebalik jawapan yang anda pilih, ada pengiraan matematik yang terlibat dalam menentukan kecenderungan karakter seseorang.
Ianya melibatkan statistik. Termasuklah mean, mode, standard deviation, normal distribution dan percentile.
Untuk tahu kecenderungan karakter ini, saya syorkan anda untuk cuba simulasi psikometrik. Skor dalam simulasi ini akan mengira data statistik untuk anda.
Dengan mudah, anda boleh tengok sendiri berapa peratusan kecenderungan karakter diri anda. Adakah karakter itu serasi dengan jawatan? Apakah tahap konsisten jawapan anda?
Belajar Sesuatu?
Anda belajar sesuatu daripadi perkongsian ini? Mahukan pengalaman menjawab ujian psikometrik sebelum tiba hari ujian sebenar?
Jom klik butang di bawah untuk cuba simulasi psikometrik.

