Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir – Anda sedang mencari contoh-contoh soalan psikometrik bagi jawatan penolong pegawai tadbir gred n29? Sekiranya benar, anda telah menemui laman web yang paling sesuai.
Melalui penulisan ini, saya akan berkongsi dengan anda pelbagai soalan psikometrik yang lazimnya ditanya semasa ujian pemilihan penolong pegawai tadbir. Selain itu, saya juga akan memberi panduan tentang kaedah untuk menentukan jawapan yang paling tepat bagi setiap soalan tersebut.
Sebelum kita meneroka lebih lanjut, izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nama saya Cikgu Khairul dan saya telah berkecimpung dalam bidang pemberian bantuan kepada calon-calon yang menduduki ujian dalam talian anjuran kerajaan sejak dari tahun 2009.
Apa Itu Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir?
Sebelum saya mula berkongsi soalan-soalan ujian psikometrik yang kerap ditanya bagi jawatan penolong pegawai tadbir, terlebih dahulu saya ingin memberi sedikit gambaran ringkas berkenaan ujian psikometrik itu sendiri.
Perlu diketahui bahawa pada peringkat awal, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen sahsiah dan minat. Namun begitu, menjelang penghujung tahun 2012, nama ujian tersebut telah ditukar kepada ujian psikometrik. Walaupun berlaku perubahan pada nama, objektif utama ujian ini masih kekal sama, iaitu untuk menilai personaliti setiap calon yang menduduki ujian berkenaan.
Tidak seperti ujian-ujian lain yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), ujian psikometrik sering kali dianggap sebagai ujian yang lebih mudah. Ini kerana fokus utama ujian psikometrik adalah untuk menilai perspektif peribadi calon, berbanding dengan ujian-ujian lain yang menguji pengetahuan dan kemahiran teknikal.
Format Soalan.
Umumnya, soalan-soalan yang dikemukakan dalam ujian psikometrik ini hadir bersama beberapa pilihan jawapan. Bilangan pilihan jawapan yang disediakan mungkin berbeza-beza mengikut soalan.
Terdapat sesetengah soalan yang hanya menyediakan dua pilihan jawapan, manakala soalan-soalan lain pula mungkin mempunyai tiga pilihan. Selain itu, terdapat juga soalan-soalan tertentu yang memberikan sehingga lima pilihan jawapan kepada calon-calon yang menduduki ujian ini.
- Ya atau Tidak
- Betul atau Salah
- Ya atau Betul atau Tidak pasti
- Sangat setuju, Setuju, Tak pasti, Tidak bersetuju, Sangat tidak bersetuju.
“Kalau senang, mesti ramai akan lulus kan cikgu?”
Harap anda tidak membuat sebarang tanggapan yang kurang tepat! Pada hakikatnya, matlamat sebenar ujian psikometrik bukanlah untuk meluluskan calon-calon yang menduduki ujian tersebut. Sebaliknya, tujuan utama ujian ini adalah bertindak sebagai mekanisme penyaringan untuk mengurangkan jumlah calon yang layak ke peringkat seterusnya dalam proses pemilihan.
Hanya calon-calon yang memiliki ciri-ciri keperibadian yang berpadanan dengan kehendak dan ekspektasi ketua jabatan sahaja yang akan berjaya melalui ujian psikometrik ini dengan jayanya. Ini bermakna, calon-calon yang tidak menepati kriteria keperibadian yang ditetapkan berkemungkinan akan digugurkan, walaupun mereka mungkin mempunyai kelayakan akademik atau pengalaman kerja yang cemerlang.
“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”
Anda memang tepat. Soalan psikometrik sangat berbeza jika dibandingkan dengan soalan pengetahuan am. Bagi soalan pengetahuan am, penilaian dibuat berdasarkan ketepatan fakta. Sebagai contoh, sekiranya anda ditanya tentang siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, jawapan yang tepat sudah semestinya ialah Anwar Ibrahim.
Walau bagaimanapun, soalan psikometrik yang ditanya dalam ujian pemilihan jawatan penolong pegawai tadbir tidak mempunyai jawapan yang mutlak seperti soalan pengetahuan am. Jawapan yang dianggap betul atau sesuai untuk ujian psikometrik ini bergantung sepenuhnya kepada ciri-ciri peribadi yang dikehendaki oleh ketua jabatan.
Ini bermakna, jawapan yang diberikan oleh calon perlu selaras dengan profil keperibadian yang telah ditetapkan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam proses pengambilan penolong pegawai tadbir.
Apa Tujuan Ujian Psikometrik?
Objektif utama ujian psikometrik adalah serupa dengan ujian-ujian lain yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Matlamat utamanya adalah untuk menyaring calon-calon yang berkualiti supaya mereka dapat mara ke peringkat ujian fizikal dan seterusnya ke sesi temu duga.
Saya pernah bertanyakan kepada kakitangan SPA mengapa ujian psikometrik menjadi syarat wajib bagi mereka yang ingin berkhidmat dalam sektor kerajaan.
Mereka menjelaskan bahawa pihak SPA tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk mengendalikan bilangan calon yang terlalu ramai. Bayangkan, setiap kali pengumuman tentang ujian psikometrik bagi jawatan penolong pegawai tadbir dibuat, lebih daripada 20,000 orang calon akan dipanggil untuk menduduki ujian tersebut.
Adakah kesemua 20,000 orang calon ini akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga?
Sekiranya jumlah calon sebanyak itu dipanggil untuk sesi temuduga, cuba anda bayangkan, berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk melengkapkan sesi temuduga tersebut? Adakah ia akan mengambil masa sebulan? Dua bulan? Atau mungkin setahun?
Justeru, itulah sebabnya ujian psikometrik dijadikan sebagai ujian wajib bagi setiap calon yang ingin menduduki peperiksaan. Lazimnya, nisbah calon yang berjaya melalui ujian psikometrik adalah 1 berbanding 10 bagi setiap kekosongan jawatan yang ditawarkan.
“Memang tipis lah macam tu nak lulus kan cikgu?”
Anda memang benar. Sekiranya terdapat 400 kekosongan jawatan, SPA hanya akan meluluskan 4,000 orang calon sahaja untuk mara ke peringkat seterusnya. Itu pun dengan syarat bilangan kekosongan jawatan adalah banyak.
Namun, bagaimana pula sekiranya jawatan yang ditawarkan hanya mempunyai satu kekosongan sahaja?Dalam situasi sedemikian, hanya 10 orang calon sahaja yang akan diluluskan oleh pihak SPA.
Sebaik sahaja kuota 10 calon ini dipenuhi, calon-calon lain yang turut menduduki ujian psikometrik akan dianggap gagal dengan alasan bahawa mereka tidak menepati ciri-ciri penilaian yang ditetapkan bagi jawatan tersebut. Walaupun ada kemungkinan mereka sebenarnya memiliki kelayakan dan kompetensi yang setara atau lebih baik berbanding calon-calon yang berjaya.
Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir?
Aspek-aspek yang dinilai bagi jawatan penolong pegawai tadbir adalah berkait rapat dengan skop kerja yang bakal dilaksanakan oleh penjawat jawatan tersebut.
Seorang penolong pegawai tadbir di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia lazimnya dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pelbagai tugas yang merangkumi pengurusan kewangan, perolehan bekalan, dan juga pentadbiran pejabat secara keseluruhannya.
1. Kehematan.
Berdasarkan skop tugas yang dinyatakan, ciri-ciri perwatakan yang mungkin amat diperlukan bagi jawatan ini adalah tahap kehematan yang tinggi.
Ciri-ciri ini amat penting dalam menguruskan kerja-kerja yang melibatkan pengurusan kewangan, perolehan bekalan, pembangunan, dan pentadbiran pejabat, kerana tugas-tugas ini memerlukan perhatian terhadap detail, kebolehpercayaan, dan kebolehan untuk merancang dan melaksanakan tugasan dengan cekap.
Individu yang mempunyai skor tinggi dalam kategori ini cenderung bersifat teratur, berdisiplin, bertanggungjawab, dan berorientasikan matlamat.
2. Kebolehan Kerjasama.
Selain itu, skop tugas seorang penolong pegawai tadbir turut merangkumi penyediaan perkhidmatan personel, pengendalian urusan konsuler, serta pengurusan majlis-majlis rasmi.
Tugas-tugas ini memerlukan interaksi yang kerap dengan individu lain, terutamanya apabila melibatkan aspek pengurusan personel dan pengendalian urusan konsuler. Justeru, seseorang yang memiliki kebolehan bekerjasama yang tinggi mungkin mempunyai kelebihan yang ketara dalam melaksanakan tanggungjawab ini dengan lebih berkesan.
Ciri-ciri ini penting dalam mengendalikan urusan personel, majlis rasmi, dan urusan Konsuler, kerana tugas-tugas ini memerlukan kemahiran komunikasi yang baik, kebolehan untuk berunding dan menyelesaikan konflik, serta membina hubungan yang positif dengan orang lain.
Wajib Ada Untuk Lulus.
Dengan mengambil kira skop tugas yang telah saya jelaskan sebelum ini, adalah amat penting bagi seseorang yang memegang jawatan Penolong Pegawai Tadbir untuk mempunyai sikap kehematan yang tinggi serta keupayaan untuk bekerjasama dengan baik dalam sesebuah pasukan.
Sekiranya seseorang calon tidak menunjukkan ciri-ciri personaliti tersebut atau hanya memilikinya pada tahap yang rendah, ia boleh menjadi faktor penyumbang kepada kegagalan mereka dalam ujian psikometrik ini.
“Jadi ujian ni nak uji kehematan dan kebolehan kerjasama je ke cikgu?”
Pada hakikatnya, terdapat pelbagai lagi sikap dan ciri-ciri lain yang menjadi fokus penilaian pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Skop tugas yang telah saya nyatakan sebelum ini hanya merupakan sebahagian kecil daripada keseluruhan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh penjawat jawatan ini.
Jawatan penolong pegawai tadbir sebenarnya merangkumi spektrum tugas yang jauh lebih luas dan pelbagai. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh tentang skop kerja bagi jawatan ini, anda boleh merujuk semula senarai lengkap yang telah disediakan.
Layak kah Anda?
Dengan mempertimbangkan skop tugas yang telah digariskan, anda digalakkan untuk menilai sendiri sama ada anda memiliki ciri-ciri yang diperlukan bagi melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab tersebut.
Sekiranya anda mendapati bahawa anda mempunyai kesemua atau sebahagian besar daripada ciri-ciri yang disenaraikan, maka peluang anda untuk berjaya dalam ujian psikometrik ini adalah lebih cerah. Ini kerana ciri-ciri tersebut adalah selaras dengan profil keperibadian yang dianggap sesuai untuk jawatan penolong pegawai tadbir.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir
Soalan-soalan yang terkandung dalam ujian psikometrik untuk jawatan penolong pegawai tadbir telah direka bentuk secara khusus bagi menilai ciri-ciri penting yang telah dikenal pasti dan ditetapkan oleh ketua jabatan.
Maklum balas yang anda berikan terhadap soalan-soalan tersebut akan memberikan gambaran sebenar tentang profil keperibadian anda. Ia akan mencerminkan kecenderungan, sikap, dan ciri-ciri dominan yang membentuk personaliti anda secara keseluruhan.
20 Soalan & Huraian Jawapan
Berikut adalah 20 contoh soalan ujian psikometrik yang bertujuan untuk menilai sama ada anda memiliki ciri-ciri yang diperlukan oleh ketua jabatan.
Pastikan anda bookmarks halaman artikel ini supaya mudah untuk anda rujuk kembali pada masa akan datang.
Soalan 1: Rakyat yang tidak menyokong negara Malaysia patut berhijrah ke negara lain.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tak pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Soalan 2: Saya akan cuba bertegur sapa dengan ramai tetamu sekiranya menghadiri sesuatu majlis.
- Sangat Kerap
- Kerap
- Tidak Pasti
- Kadang-Kadang
- Tidak Pernah
Soalan 3: Menerima hadiah untuk memberikan keistimewaan kepada seseorang.
- Tidak Pernah
- Kadang-Kadang
- Kerap
- Sangat Kerap
Soalan 4: Adakah anda berangan-angan berhubungan romantik?
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tak pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Soalan 5: Pernahkah anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tak pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Soalan 6: Sekiranya negara lain tidak setuju dengan polisi penting negara Malaysia yang saya sendiri kurang faham, saya tidak semestinya menyokong pendirian negara saya.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Kurang Setuju
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Soalan 7: Tidak perlu memaklumkan kepada penyelia untuk keluar semasa waktu pejabat jika masa yang diambil kurang daripada sejam.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tak pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Soalan 8: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tak pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Soalan 9: Saya akan membantu orang lain untuk menyesuaikan diri walaupun saya tidak perlu berbuat demikian.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tak pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Soalan 10: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tak pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Soalan 11: Saya menghadiri majlis yang membantu meningkatkan imej organisasi walaupun kehadiran saya tidak diwajibkan.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tak pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Soalan 12: Saya mempunyai hubungan emosi yang kuat dengan kawan-kawan saya.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tak pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Soalan 13: Saya memang enggan berkongsi atau mendedahkan maklumat sulit.
- Sangat Tidak Setuju
- Tidak Setuju
- Kurang Setuju
- Setuju
- Sangat Setuju
Soalan 14: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tak pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Soalan 15: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.
- Sangat Kerap
- Kerap
- Tak pasti
- Kadang-Kadang
- Tidak Pernah
Soalan 16: Kritikan boleh menghalang peningkatan prestasi kerja.
- Sangat Tidak Setuju
- Tidak Setuju
- Kurang Setuju
- Setuju
- Sangat Setuju
Soalan 17: Saya suka melakukan aktiviti yang banyak menimbulkan kegembiraan.
- Sangat Kerap
- Kerap
- Tak pasti
- Kadang-Kadang
- Tidak Pernah
Soalan 18: Saya memerlukan bantuan seseorang untuk membuat pilihan semasa membeli-belah.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tak pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Soalan 19: Kritikan saya terhadap Malaysia bermakna saya cintakan negara ini.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tak pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Soalan 20: Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tak pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Kuiz Psikometrik
Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Adakah perwatakan anda sesuai untuk jadi penolong pegawai tadbir ataupun tidak.
Sila klik butang di bawah untuk jawab kuiz.
Tips Lulus Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir.
Soalan ujian psikometrik ini tiada jawapan yang betul ataupun salah. Jawapan untuk setiap soalan itu bergantung kepada siapa yang menilai. Dalam ujian psikometrik, pihak yang menilai ialah SPA.
Jadi, setiap jawapan yang anda nak pilih perlulah mengikut apa yang pihak SPA inginkan. Di bawah ini cikgu kongsikan jawapan dan cara SPA menilai sesuatu soalan ujian psikometrik.
Tonjolkan Sikap Anda, Jangan Hipokrit.
Untuk pengetahuan anda, kesemua soalan dalam ujian psikometrik ini diteraburkan. Contohnya soalan 2, soalan 10 dan soalan 14 di bawah ini.
Ketiga-tiga soalan ini di bawah skop penilaian yang sama. Ianya diteraburkan untuk menguji adakah pendirian anda sama ataupun tidak di antara tiga soalan ini.
Soalan 2: Saya akan cuba bertegur sapa dengan ramai tetamu sekiranya menghadiri sesuatu majlis.
- Sangat Kerap
- Kerap
- Tidak Pasti
- Kadang-Kadang
- Tidak Pernah
Perkara yang cuba dicungkil melalui soalan 2 ini ialah bagaimana cara anda bersosial. Jadi, apa jawapan yang mencerminkan diri sebenar anda? Jika anda ini seorang yang suka bersosial, jawapan SANGAT KERAP adalah yang terbaik untuk diri anda.
Seandainya anda kurang gemar bersosial, pilihan jawapan TIDAK PERNAH atau KADANG-KADANG adalah jawapan yang terbaik untuk mencerminkan perwatakan anda.
Tetapkan Pendirian Anda.
Soalan 10 dan soalan 14 ini pula digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 2. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dalam soalan 2, 10 dan 14 ini.
Soalan 10: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.
- Sangat Kerap
- Kerap
- Tak pasti
- Kadang-Kadang
- Tidak Pernah
Memulakan perbualan dengan orang baru dikenali itu menunjukkan seseorang itu bersifat peramah. Jika anda seorang yang suka berkawan dengan semua orang, jawapan yang paling tepat mencerminkan diri anda ialah KERAP ataupun SANGAT KERAP.
Jika anda tak berapa gemar bergaul dengan orang tidak dikenali, jawapan yang paling tepat dengan karakter diri anda ialah KADANG-KADANG ataupun TAK PERNAH.
Soalan 14: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tak pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Jika anda seorang yang suka bersosial, jawapan yang paling tepat ialah TIDAK SETUJU ataupun SANGAT TIDAK SETUJU. Sekiranya anda ini seorang yang kurang gemar bersosial, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah SETUJU ataupun SANGAT SETUJU.
Pihak SPA akan menilai jawapan anda itu berdasarkan kepada sejauh mana konsisten jawapan yang anda berikan. Di bawah ini merupakan cadangan jawapan dalam mengenalpasti bagaimana cara seseorang itu bersosial.
Perwatakan seorang yang cenderung suka bersosial.
Soalan 2 = sokong,
Soalan 10 = sokong,
Soalan 14 = bangkang
Perwatakan seorang yang cenderung tidak gemar bersosial.
Soalan 2 = bangkang,
Soalan 10 = bangkang,
Soalan 14 = sokong
Daripada tiga jawapan ini, anda nampak tak bagaimana pihak SPA ini boleh tahu personaliti sebenar anda? Sama ada anda ini suka bersosial ataupun tidak suka bersosial.
Jika anda mampu memberikan pendirian yang selari antara soalan 2, soalan 10 dan soalan 14, itu dapat membuktikan jawapan anda mempunyai unsur kejujuran.
Kalau anda nak tahu, ketiga-tiga soalan ini digunakan untuk kategorikan calon kepada golongan introvertion dan extravertion sahaja. Individu yang suka bersosial ini berada dalam kategori extravertion, manakala individu yang tak suka bersosial pula berada dalam kategori introvertion.
“Cikgu! Antara introvertion dengan extravertion, golongan mana yang lebih baik?”
Sebenarnya tak ada golongan mana yang lebih baik. Setiap golongan ada kelebihan dan kekurangan mereka masing-masing. Ramai calon salah faham pasal ni.
Ada sesetengah calon anggap golongan extravertion lah yang paling baik dan paling positif. Sebenarnya salah pemahaman macam tu.
Dalam sesuatu jabatan kerajaan, golongan introvertion dan extravertion saling melengkapi antara satu sama lain. Dan tak akan ada sesuatu jabatan kerajaan itu dipenuhi dengan semua staf berperwatakan extravertion.
Tak percaya? Anda boleh check sendiri dekat pejabat kerajaan.
“Apa kepentingan pihak SPA nak tahu calon introvertion dengan extravertion ni cikgu?”
Dalam ujian psikometrik, ianya digunakan dalam menentukan kesesuaian perwatakan seseorang calon itu dengan jawatan. Ada jawatan memerlukan seseorang itu berinteraksi dengan orang ramai.
Ketika ini, calon berperwatakan extravertion akan diberikan keutamaan. Individu extravertion lebih mudah untuk memulakan perbualan dan menjalin hubungan dengan orang lain disebabkan sifat terbuka dan mudah mesra yang wujud dalam diri mereka.
Jika ketua jabatan mahukan seorang pekerja yang boleh menyimpan rahsia jabatan, sepastinya individu introvertion akan dipilih. Individu extravertion pula tidak akan dipilih kerana individu extravertion ada kecenderungan tinggi untuk berkongsi maklumat yang mereka tahu dengan orang lain.
Tambahan pula, individu extravertion ini mempunyai ramai kenalan. Jadi, kebarangkalian untuk sesuatu maklumat terbocor tanpa sengaja itu tinggi.
Memang Mudah, Tapi Tak Semudah Itu.
Soalan tu nampak macam mudah kan? Kalau lah semua soalan mudah macam ini, pasti ramai yang akan lulus ujian ini. Jadi tak tercapailah objektif ujian ni dijalankan untuk mengecilkan jumlah calon.
Apa-apapun, kena berbalik kepada tujuan utama ujian ini, iaitu nak mengecilkan calon kepada kelompok yang tersangat kecil.
Ketiga-tiga soalan ini nampak mudah disebabkan anda boleh nampak perkaitan antara soalan. Ada sesetengah soalan memang susah nak kesan perkaitan.
Contohnya tiga soalan di bawah ini. Walaupun ketiga-tiga soalan ini mempunyai skop penilaian yang sama, tapi sangat susah nak nampak perkaitan antara soalan. Setuju tak?
Soalan 8: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tak pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Soalan 15: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tak pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Soalan 20: Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian.
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tak pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Apa elemen penilaian disebalik tiga soalan ini? Dan bagaimana cara nak pilih jawapan yang selari antara satu sama lain? Ramai calon fikir kena cari yang mana satu betul, sama ada penjual yang betul, atau pembeli yang betul.
Opss.. ujian psikologi bukanlah bertujuan nak cari siapa yang betul dan siapa yang salah. Ianya hanyalah nak tahu ‘siapakah anda yang sebenarnya’ sahaja, tak lebih daripada itu.
Telegram Rasmi Psikometrik 2024
Cikgu kongsikan banyak lagi soalan psikometrik sebenar & huraian jawapan dalam telegram ini. Antaranya soalan pasal goreng pisang di atas pun cikgu bagi huraian dalam telegram ini.
Sila klik butang di bawah untuk join group.
Rekemendasi Daripada Cikgu
“Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik SPA ini? Share lah sikit bahan nak study cikgu”
Satu-satunya perkara yang perlu anda lakukan adalah membuat latihan secara berterusan. Biasakan diri anda dengan soalan psikometrik penolong pegawai tadbir agar dapat meningkatkan kepekaan anda terhadap soalan.
Anda perlu mengenal pasti elemen penilaian yang ingin diuji melalui setiap soalan dan jika anda dapat mengesan elemen penilaian tersebut, ia dapat memastikan jawapan anda menjadi lebih konsisten (pendirian selari antara setiap soalan).
“Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang patut saya guna”
Untuk latih tubi, cikgu syorkan anda dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim Infokerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan soalan ujian psikometrik penolong pegawai tadbir.
Sila klik butang di bawah untuk download ebook.
Akhir Kalam
Cikgu berharap dengan perkongsian contoh-contoh soalan ujian psikometrik bagi jawatan penolong pegawai tadbir ini, ia dapat membantu anda untuk menghadapi ujian tersebut dengan lebih yakin dan bersedia.
Saya mendoakan agar anda dapat menjawab kesemua soalan ujian dengan tenang dan akhirnya berjaya melepasi ujian ini serta melangkah ke peringkat sesi temuduga bagi jawatan penolong pegawai tadbir kelak.
Pss… Adakah anda sudah membaca koleksi 200 soalan psikometrik yang telah saya sediakan? Jika belum, sila klik butang di bawah untuk baca.