Matlamat Dalam Kehidupan Saya Ialah Mencari Penyelesaian Jangka Pendek

Soalan: Matlamat dalam kehidupan saya ialah mencari penyelesaian jangka pendek, bukannya penyelesaian jangka panjang.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Kalau anda nak tahu, soalan ini pernah ditanya dalam ujian psikometrik baru-baru ini. Soalan ringkas, tapi cukup untuk mencungkil karakter dalam diri anda.

Bayangkan seorang individu berada di tengah-tengah satu situasi konflik kecil di tempat kerja. Semua orang memberikan pandangan masing-masing, dan setiap pilihan yang ada memerlukan masa, tenaga dan perbincangan yang panjang untuk benar-benar menyelesaikan masalah tersebut.

Tetapi individu ini tidak gemar berlama-lama dalam situasi tegang. Dalam fikirannya, dia berkata:

“Asalkan masalah ini boleh selesai sekarang, walaupun bukan penyelesaian terbaik, itu sudah memadai.”

Individu ini tidak mencari kemenangan total. Dia juga tidak menuntut semua pihak berpuas hati sepenuhnya. Yang penting baginya ialah keadaan kembali tenang dan semua orang mampu bergerak ke hadapan tanpa memanjangkan isu.

Di sinilah sifat bertolak ansur dalam diri seseorang akan terserlah.

Individu seperti ini memilih penyelesaian jangka pendek kerana dia sanggup melepaskan sedikit kehendak diri sendiri demi mendapatkan kesepakatan cepat. Dia juga mengharapkan orang lain melakukan perkara yang sama.

Masing-masing mengurangkan tuntutan sedikit supaya wujud ruang untuk persetujuan bersama.

Penyelesaian yang dipilih mungkin bukan yang paling hebat, tetapi ia adalah penyelesaian yang cukup baik untuk semua, sekurang-kurangnya buat masa sekarang.

Dan itulah inti sebenar sifat bertolak ansur.

Bila seseorang menyokong soalan “matlamat saya ialah mencari penyelesaian jangka pendek”, ia menunjukkan bahawa dia lebih mengutamakan:

  • keharmonian cepat,
  • keselesaan bersama,
  • mengurangkan ketegangan,
  • dan sedia beralah sedikit demi kestabilan situasi.

Inidividu ini tidak mengelak, dia tidak memaksa, dan dia tidak cuba menguasai. Sebaliknya dia memilih jalan tengah.

Melalui kisah inilah, kita dapat melihat bagaimana satu soalan ringkas sebenarnya membuka ruang untuk menilai kecenderungan bertolak ansur seseorang dalam berhadapan situasi konflik.

Belajar Sesuatu?

Anda belajar sesuatu daripadi perkongsian ini? Mahukan pengalaman menjawab ujian psikometrik sebelum tiba hari ujian sebenar?

Jom klik butang di bawah untuk cuba simulasi psikometrik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.