Ini merupakan soalan yang menimbulkan kekeliruan pada calon exam sebelum ini. Anda rasa sikap apakah agaknya yang cuba dicungkil disebalik soalan ini?
Soalan 1: Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua.
- Ya
- Tidak
Apa yang saya perhatikan, ada sesetengah calon tersalah faham dengan karakter apa yang cuba dicungkil disebalik soalan ini.
Mereka menganggap jawapan kepada soalan ini kena tengok pada gred jawatan. Kalau gred rendah kenalah jawab tidak, sebab nak tonjolkan jiwa seorang pengikut.
Kalau jawatan gred tinggi, kenalah jawab ya. Sebab nak tonjolkan jiwa seorang ketua.
Tapi betul ke pemahaman seperti itu?
Dalam ujian psikometrik, pemahaman macam ini sangatlah tak betul.
Nak Uji Gaya Bersosial.
Kalau anda nak tahu, ini merupakan salah satu soalan dalam kategori extraversion. Soalan ini digunakan dalam mengenal pasti bagaimana gaya seseorang dalam bersosial. Adakah seseorang itu cenderung ke arah introvert ataupun extrovert.

Jika anda bersetuju dengan soalan ini, itu bermaksud anda cenderung ke arah extrovert. Jika anda tak bersetuju pula, itu bermaksud anda cenderung ke arah introvert.
“Tapi kenapa kalau setuju akan cenderung ke arah extrovert?”
Ada tiga sebab kenapa soalan ini mempunyai kecenderungan ke arah extrovert.
👉 Suka jadi pusat perhatian – Individu extrovert ni jenis yang tak suka duduk diam dalam kumpulan. Kalau ada perbincangan, dia nak suara dia didengar. Kalau ada projek, dia nak ambil peranan utama.
👉 Suka mengarah dan mempengaruhi – Bukan nak kata bossy, tapi individu extrovert memang ada skill dalam mempengaruhi orang lain. Dia lebih yakin bagi arahan dan pastikan orang lain ikut apa yang dia fikir terbaik.
👉 Ada keyakinan diri dan tak takut bersosial – Nak jadi ketua bukan kerja mudah. Kena berani cakap depan orang, buat keputusan, dan kadang-kadang kena hadap kritikan. Extrovert okay je dengan benda ni, sebab mereka memang suka berinteraksi dengan orang.
Jangan Salah Faham!
Salah faham paling nyata untuk soalan ini ialah tanggapan calon, jika seseorang itu ada kecenderungan untuk jadi ketua, itu bermaksud seseorang itu nak jadi ketua. Jadi jawatan gred tinggi adalah sesuai untuk dia.
Semudah itu jer rumusan… ishh.. ishh..
Ujian psikometrik tak berfungsi straight forward macam itu. Satu perkara yang perlu anda tahu, ujian ini menggunakan teori psikologi dalam menilai setiap soalan. Bukan berdasarkan kepada sangkaan semudah itu.
Walaupun jawatan itu bergred rendah sekalipun, bukanlah bermaksud karakter jawatan itu memerlukan karakter seorang pengikut.
Sekiranya skop tugas jawatan itu memerlukan interaksi dengan ramai orang, maka jawapan YA kepada “suka menjadi ketua” tetap mencerminkan karakter yang sesuai untuk jawatan tersebut.
Jadi, jika anda pernah jumpa dengan soalan seperti ini, fahamilah bahawa ia bukan sekadar soalan mudah. Ia adalah refleksi kepada karakter sebenar anda.
Apa Jawapan Terbaik?
Jawapan terbaik terletak pada diri anda sendiri. Ini disebabkan objektif ujian ini hanyalah nak tahu karakter sebenar anda sahaja.
Jika karakter diri anda cenderung ke arah extrovert, jawapan ‘YA’ adalah lebih tepat untuk diri anda. Jika karakter diri anda cenderung ke arah introvert pula, jawapan ‘TIDAK’ adalah bersesuaian dengan karakter itu.
Tapi jangan anggap jawapan terbaik itu bermaksud akan lulus secara automatik pula.
Lulus atau gagal tu sangat bergantung kepada kehendak ketua jabatan. Adakah jawatan kali ini dia mahukan calon yang bersifat introvert ataupun extrovert.
Jika ketua jabatan mahukan calon bersifat extrovert, calon yang bersifat introvert bakal digagalkan dalam ujian kali ini. Begitulah sebaliknya.
Tiada Siapa Lebih Positif.
Dan tidak ada satu pun karakter yang bersifat sempurna (positif). Ini disebabkan setiap karakter mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka tersendiri.
Individu introvert ada kelebihan yang tak ada pada individu extrovert. Individu extrovert pula ada kelebihan yang tak ada pada individu introvert.
Tak Ada Karakter Yang Sempurna.
Dan ujian psikometrik bukanlah mencari kesempurnaan dalam karakter. Hakikat sebenar karakter manusia itu sendiri tak sempurna.
Ujian ni hanya mencari kesesuaian dalam karakter sahaja, bukan kesempurnaan. Sejauh mana kesesuaian karakter seseorang dengan jawatan sahaja, tak lebih daripada itu.
Belajar Sesuatu?
Ada banyak lagi soalan dalam kategori sosial kerap ditanya dalam ujian psikometrik. Sekiranya anda mahukan lagi soalan dan ulasan jawapan seperti ini, sila klik butang di bawah untuk download.
kalau untuk pembantu tadbir kewangan akan dipilih intovert atau extrovert?
Bergantung kepada kehendak ketua jabatan, setiap ketua jabatan ada idealisasi mereka sendiri dalam mencari pekerja. Kena tanya mereka sendiri kalau nak tahu ciri-ciri pekerja yang sesuai bekerja dengan mereka.