Huraian Jawapan Suka Bermain Anak Patung

Di bawah ini merupakan salah satu soalan yang pernah ditanya dalam ujian sebelum ini. Berkemungkinan tinggi akan ditanya kembali untuk ujian kali ini.

Soalan: Tidak pernah ada masa dalam kehidupan ini, saya suka bermain dengan anak patung.

  • Ya
  • Tidak

Untuk soalan ini, susunan ayat agak mengelirukan. Kena baca berulang kali untuk memahami apakah maksud yang cuba disampaikan.

“Jadi, apa maksud soalan ni cikgu?”

Soalan ini bersifat penolakan seseorang terhadap situasi dalam kehidupannya.

Susunan ayat yang lebih mudah difahami ialah “Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah suka bermain dengan anak patung”.

Jadi maksudnya dekat sini ialah, individu ini cuba bagi penegasan bersifat penolakan bahawa dirinya tidak pernah suka bermain dengan anak patung sepanjang hidupnya. Walaupun sekali. Ini termasuklah ketika individu ini dalam zaman kanak-kanak.

“Jadi, soalan ini nak uji karakter apa cikgu?”

Kalau anda nak tahu, soalan ini cuba mencungkil karakter keterbukaan.

Keterbukaan ini berkaitan dengan sikap kreatif, ingin tahu, suka mencuba perkara baru, imaginatif, berpandangan luas.

Satu elemen yang cuba dimasukkan dalam soalan ini ialah elemen imaginatif.

Bermain dengan anak patung sering melibatkan lakonan watak, membayangkan situasi, dan mencipta naratif.

Contohnya, seorang kanak-kanak boleh memberi watak kepada anak patung seperti seorang ibu, doktor, atau pahlawan, menunjukkan kreativiti dan imaginasi dalam meniru dunia sebenar.

“Jadi, jawapan apa yang terbaik cikgu?”

Jawapan terbaik tu bergantung kepada karakter anda sendiri, sebab objektif ujian ini hanya nak tahu karakter diri anda yang sebenar sahaja.

Jika anda pilih jawapan YA, signal keterbukaan tidak akan trigger dalam profil personaliti anda. Jika pilih jawapan TIDAK pula, akan muncul satu signal keterbukaan dalam profil personaliti anda nanti.

Anda Belajar Sesuatu?

Anda dapat belajar bagaimana soalan yang mudah boleh mempengaruhi skor seseorang dalam ujian psikometrik?

Kesilapan ramai calon, mereka cuba menilai soalan dengan kefahaman mereka sendiri. Sehinggakan mereka terlupa, setiap soalan dalam ujian psikometrik dinilai kepada teori personaliti, bukan dinilai kepada jawapan positif atau tekaan semata-mata.

Saya ada sediakan koleksi soalan psikometrik, lengkap dengan ulasan jawapan berpandukan kepada teori personaliti psikometrik.

Sila klik butang di bawah untuk download.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.