Soalan: Matlamat dalam kehidupan saya ialah mencari penyelesaian jangka pendek, bukannya penyelesaian jangka panjang.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Ini merupakan salah satu soalan yang kerap disalah tafsir oleh calon psikometrik.
Ada sesetengah calon terus menganggap bahawa “penyelesaian jangka panjang” semestinya lebih baik daripada “penyelesaian jangka pendek”.
Namun dalam konteks psikometrik, yang dinilai bukan sekadar panjang atau pendek sesuatu penyelesaian, tetapi gaya individu dalam menangani konflik dan membuat keputusan.
Apakah karakter yang cuba dicungkil daripada soalan ini?
Kalau anda nak tahu, soalan ini cuba menilai kecenderungan seseorang menggunakan pendekatan bertolak ansur ketika berdepan konflik atau perbezaan pandangan.
Kalau anda cenderung bersetuju dengan soalan ini, ini boleh menjadi petunjuk bahawa anda cenderung menggunakan pendekatan bertolak ansur atau jalan tengah ketika berdepan sesuatu konflik.
Kata kunci soalan ini terletak pada frasa ‘penyelesaian jangka pendek’ berbanding ‘penyelesaian jangka panjang’.
Antara ciri individu yang tinggi sifat bertolak ansur ialah mereka memegang prinsip “You win some, I win some.”
Individu seperti ini cenderung mengutamakan penyelesaian yang cepat, praktikal, dan boleh diterima bersama. Dalam pendekatan ini, setiap pihak melepaskan sedikit kepentingan bagi mencapai persetujuan.
Contoh situasi:
Bayangkan anda sedang bekerja dalam satu kumpulan untuk menyiapkan satu projek. Seorang ahli kumpulan mahu menggunakan kaedah A kerana lebih cepat disiapkan, manakala seorang lagi mahu menggunakan kaedah B kerana dianggap lebih menjimatkan kos.
Perbincangan menjadi agak tegang kerana masing-masing fikir idea sendiri yang terbaik.
Akhirnya, anda mencadangkan supaya kumpulan menggunakan gabungan kedua-dua kaedah tersebut.
Walaupun hasilnya mungkin tidak sepenuhnya seperti yang diinginkan oleh mana-mana pihak, semua ahli kumpulan bersetuju kerana projek masih boleh disiapkan tepat pada masanya.
Dalam situasi ini, penyelesaian yang dipilih bukanlah penyelesaian yang paling sempurna atau paling ideal dalam jangka panjang, tetapi cukup untuk meredakan konflik dan membolehkan projek diteruskan.
Pendekatan seperti ini mencerminkan sifat bertolak ansur, iaitu setiap pihak melepaskan sedikit kepentingan untuk mencapai persetujuan bersama.
Hasilnya, projek boleh diteruskan dan tak perlu ditangguhkan semata-mata nak mencari idea siapa paling terbaik.
“Jadi, jawapan apa yang terbaik tu cikgu?”
Jawapan terbaik tu bergantung kepada jawatan. Jika jawatan kali ini memerlukan seorang calon yang tinggi sifat bertolak ansur, jawapan ‘setuju’ atau ‘sangat setuju’ adalah jawapan yang terbaik dalam menonjolkan sifat bertolak ansur.
Belajar Sesuatu?
Anda nampak tak bagaimana soalan psikometrik cuba mencungkil karakter diri anda tanpa anda sedari?
Saya ada sediakan lagi soalan-soalan bertolak ansur, boleh klik untuk dapatkan sekarang.

