Berasa Marah Mendengar Berita Memburukkan Pasal Negara

Di bawah ini merupakan salah satu soalan yang pernah ditanya oleh calon psikometrik kepada saya. Dia keliru jawapan apakah yang sepatutnya dia pilih.

Soalan 1: Saya berasa marah dan tidak selesa apabila membaca berita yang memburukkan negara saya.

  • Setuju
  • Tidak Setuju

Salah satu kesilapan calon psikometrik ialah mereka cuba mentafsir soalan berdasarkan kepada pemahaman mereka sendiri.

“Bagi saya wajar untuk kita rasa marah kalau ada orang lain memburukkan nama negara kita. Itu bermaksud dalam diri kita ini ada semangat patriotik.” – calon.

Tapi betul ke pemahaman seperti ini?

Kalau Tak Marah, Tak Patriotik Ke?

Dekat sini boleh menimbulkan satu persoalan. Apakah orang yang lebih tenang, tanpa dipengaruhi oleh emosi itu tidak ada semangat patriotik dalam diri mereka?

Adakah dengan adanya sifat marah itu memberi maksud seseorang itu terpaling patriotik?

Kalau anda nak tahu, inilah kesannya jika soalan psikometrik itu dinilai kepada pemahaman sendiri. Apabila melibatkan soalan psikologi, wajib disandarkan kepada teori personaliti dalam mentafsir setiap soalan.

“Jadi, soalan ini nak cungkil karakter apa sebenarnya cikgu?”

Kalau anda nak tahu, soalan ini cuba menguji bagaimana reaksi emosi seseorang itu apabila mereka menerima sesuatu maklumat.

Adakah mereka dipengaruhi oleh emosi terlebih dahulu? Ataupun mereka lebih bersifat rasional tanpa dipengaruhi oleh emosi?

Apa itu kestabilan emosi?

Ia merujuk kepada sejauh mana seseorang:

  • Mudah terkesan dengan tekanan.
  • Cepat beremosi apabila hadapi cabaran.
  • Bertindak balas secara impulsif terhadap provokasi.

Jika anda menjawab ‘TIDAK SETUJU’, ini menunjukkan anda mungkin lebih terkawal dari segi reaksi emosi, dan cenderung bersikap rasional dalam menilai sesuatu isu. Satu ciri yang penting dalam bidang kerja yang memerlukan ketenangan dan kawalan diri.

“Jadi, jawapan apa yang terbaik cikgu?”

Jawapan terbaik tu bergantung kepada karakter anda sendiri, sebab objektif ujian ini hanya nak tahu karakter diri anda yang sebenar sahaja.

Jika anda pilih jawapan SETUJU, satu signal emosi yang kurang stabil akan trigger dalam profil personaliti anda. Jika pilih jawapan TIDAK SETUJU pula, akan jadi sebaliknya.

Anda Belajar Sesuatu?

Anda dapat belajar bagaimana elemen patriotik ini digunakan dalam menimbulkan rasa was-was dalam memilih jawapan?

Kesilapan ramai calon, mereka cuba menilai soalan dengan kefahaman mereka sendiri. Sehinggakan mereka terlupa, setiap soalan dalam ujian psikometrik perlu disandarkan kepada teori personaliti, tidak boleh dinilai kepada andaian diri sendiri.

Saya ada sediakan koleksi soalan psikometrik, lengkap dengan ulasan jawapan berpandukan kepada teori personaliti psikometrik.

Sila klik butang di bawah untuk download.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.