Ujian Psikometrik Pegawai Penguat Kuasa JPJ

oleh Cikgu Khairul

Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pegawai penguat kuasa JPJ? Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini?

Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik JPJ

Personaliti yang cuba dinilai untuk jawatan pegawai penguat kuasa sepenuhnya bergantung kepada skop kerja jawatan itu sendiri. Antaranya skop tugas ialah:

1. Kecenderungan Kehematan.

Skop tugas: Bertanggungjawab terhadap menguatkuasakan akta pengangkutan jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan.

Skor kehematan yang tinggi sangat penting untuk jawatan ini kerana ia meliputi banyak aspek penting dalam tugas penguatkuasaan. Ia memastikan integriti, tanggungjawab, ketelitian, dan dedikasi yang diperlukan dalam menjalankan tugas-tugas yang sensitif dan penting.

Dengan kehematan yang tinggi, seorang pegawai penguat kuasa lebih berkemungkinan untuk menjalankan tugas dengan cemerlang, mematuhi peraturan, dan mengelakkan risiko penyelewengan atau tindakan tatatertib.

Ini sangat penting dalam bidang penguatkuasaan yang memerlukan kepercayaan awam dan integriti yang tinggi.

Di bawah ini merupakan salah satu soalan yang pernah digunakan oleh pihak SPA dalam mencungkil kecenderungan kehematan.

Soalan: Saya akan pastikan setiap tugasan yang diberikan disiapkan belum tarikh akhir.

  • Ya
  • Tidak

2. Kestabilan Emosi.

Dalam bidang penguatkuasaan undang-undang, tekanan merupakan salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh pegawai. Peranan dalam penguatkuasaan sering melibatkan keadaan yang genting atau berisiko tinggi.

Oleh itu, keupayaan untuk mengekalkan ketenangan dan membuat pertimbangan yang wajar dalam situasi yang menekan adalah amat penting.

Apabila berinteraksi dengan masyarakat atau menghadapi keadaan yang berpotensi menimbulkan perselisihan, tahap kestabilan emosi yang tinggi memainkan peranan yang kritikal. Individu yang mempunyai kawalan emosi yang baik lebih berkemungkinan untuk bertindak secara profesional dan mengelakkan tindak balas yang keterlaluan atau tidak wajar.

Tambahan pula, mereka yang mempunyai kestabilan emosi yang tinggi cenderung untuk tidak bertindak secara terburu-buru atau mengikut nafsu semata-mata. Hal ini dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya penyalahgunaan kuasa atau pelanggaran protokol yang ditetapkan.

Kestabilan emosi yang tinggi juga berkait rapat dengan tahap kesabaran yang lebih baik. Ciri ini amat berharga dalam melaksanakan penyiasatan, berurusan dengan orang awam, serta menjalankan tugas-tugas harian sebagai pegawai penguat kuasa.

Di bawah ini pula merupakan salah satu soalan yang pernah digunakan dalam mencungkil tahap kestabilan emosi.

Soalan: Terlalu banyak bebanan yang saya pikul sehingga sering rasa tertekan.

  • Ya
  • Tidak

Wajib Ada Untuk Lulus.

Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang pegawai penguat kuasa itu perlu ada kecenderungan kehematan dan juga ada kestabilan emosi yang tinggi dalam diri mereka.

Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik kali ini.

Sekiranya anda tidak mempunyai kecenderungan ini, just terima dengan hati terbuka. Itu bermaksud jawatan ini tidak sesuai dengan personaliti anda.

“Jadi ujian ni nak uji kecenderungan kehematan dan kestabilan emosi je ke cikgu?”

Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.

Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan pegawai penguat kuasa, itu anda boleh semak semula nanti.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik JPJ

Di bawah ini merupakan 20 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati ciri-ciri itu ataupun tidak.

Soalan 1: Jika menghadapi masalah fikiran saya akan menjadi tenang.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 2: Saya berasa marah dan tidak selesa apabila membaca berita yang memburukkan negara saya.

  • Setuju
  • Tidak Setuju

Soalan 3: Saya tidak takut untuk masuk seorang diri ke dalam bilik yang mana terdapat ramai orang sedang berkumpul dan berbual-bual.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 4: Apabila berada dalam sesuatu kumpulan, saya mempunyai masalah memikirkan perkara yang sesuai untuk diperkatakan.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 5: Saya berasa terganggu apabila orang lain bercakap perkara yang baik tentang diri saya.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 6: Saya sangat suka pergi memburu.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 7: Tidak pernah ada masa dalam kehidupan saya, saya suka bermain dengan anak patung.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 8: Saya tercabar oleh kehendak untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada rakan-rakan sekerja.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 9: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Soalan 10: Rakyat yang tidak menyokong negara Malaysia patut berhijrah ke negara lain.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 11: Sekiranya negara lain tidak setuju dengan polisi penting negara Malaysia yang saya sendiri kurang faham, saya tidak semestinya menyokong pendirian negara saya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 12: Kecintaan saya kepada negara membuatkan saya melontarkan pandangan terhadap polisi yang popular tetapi berpotensi merosakkannya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 13: Saya mampu memulakan perubahan dalam kumpulan atau individu untuk menggalakan produktiviti atau prestasi.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 14: Saya tahu bagaimana cara seseorang yang tidak amanah mengambil barang-barang orang lain.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 15: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 16: Saya suka melawat tempat-tempat yang belum pernah dilawati.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 17: Adakah anda berangan-angan berhubungan romantik?

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Kurang Setuju
  • Agak Setuju
  • Setuju
  • Sangat Setuju
  • Sangat Setuju Sekali

Soalan 18: Biasanya, saya tenang dalam bertindak balas terhadap situasi yang menimbulkan bahaya.

  • Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
  • Tidak Menggambarkan Diri Saya
  • Agak Menggambarkan Diri Saya
  • Menggambarkan Diri Saya
  • Sangat Menggambarkan Diri Saya

Soalan 19: Keputusan saya lazimnya berasaskan fakta, logik, pengalaman dan/atau gerak hati.

  • Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
  • Tidak Menggambarkan Diri Saya
  • Agak Menggambarkan Diri Saya
  • Menggambarkan Diri Saya
  • Sangat Menggambarkan Diri Saya

Soalan 20: Dalam mesyuarat, walaupun saya tidak setuju dengan sesuatu cadangan, saya memilih untuk diam sahaja kerana tidak mahu menimbulkan konflik.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Kuiz Psikometrik JPJ

Konsistensi sangat penting dalam ujian psikometrik. Ramai gagal kerana jawapan tidak konsisten.

Bagaimana dengan anda? Jom jawab kuiz 28 soalan ini dan uji tahap konsistensi anda.

Tips Lulus Ujian Psikometrik JPJ

“Tonjolan Personaliti Anda”

Sebelum ini saya ada bagitahu jawatan penguat kuasa ini memerlukan kestabilan emosi yang tinggi bukan? Tapi bagaimana pihak SPA nak tapis ribuan calon yang betul-betul mempunyai emosi yang stabil?

Kalau anda nak tahu, inilah fungsi ujian psikometrik.

Di bawah ini merupakan soalan yang menguji kestabilan emosi dalam diri seorang calon ujian psikometrik.

Soalan 1: Jika menghadapi masalah fikiran saya akan menjadi tenang.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 1 ini sebenarnya ingin menguji sama ada anda mempunyai sejauh mana seseorang itu boleh mengawal emosinya apabila berdepan dengan masalah.

Ada orang, apabila berdepan dengan masalah, fikiran mereka menjadi bercelaru, sukar untuk berfikir secara rasional.

Jika anda memilih jawapan ‘YA’, itu bermaksud dalam diri anda mempunyai satu sifat tahap emosi yang stabil. Ini disebabkan anda cenderung untuk bertenang berbanding keluh-resah.

“Teguhkan Pendirian Anda”

Ujian psikometrik ini juga boleh tahu sama ada individu itu berlaku jujur ataupun sekadar berpura-pura ketika menjawab soalan. Setiap soalan akan bertanyakan soalan yang berulang-ulang.

Tujuannya ialah untuk memastikan dan mengesahkan sesuatu sikap itu betul-betul wujud dalam diri anda ataupun sekadar dibuat-buat.

Soalan 2: Saya berasa marah dan tidak selesa apabila membaca berita yang memburukkan negara saya.

  • Setuju
  • Tidak Setuju

Kalau anda nak tahu, soalan 1 dan soalan 2 itu saling berkaitan antara satu sama lain.

Soalan 1 itu bertujuan untuk menguji adakah anda seorang individu yang tenang. Soalan 2 pula digunakan untuk mengesahkan adakah betul anda mempunyai sikap tenang itu ataupun anda sekadar buat-buat ada.

Salah satu kesilapan calon psikometrik ialah mereka cuba mentafsir soalan berdasarkan kepada pemahaman mereka sendiri.

“Bagi saya wajar untuk kita rasa marah kalau ada orang lain memburukkan nama negara kita. Itu bermaksud dalam diri kita ini ada semangat patriotik.” – calon psikometrik.

Tapi betul ke pemahaman seperti ini?

Jika betul, dekat sini boleh menimbulkan satu persoalan. Apakah orang yang lebih tenang, tanpa dipengaruhi oleh emosi itu tidak ada semangat patriotik dalam diri mereka?

Adakah dengan adanya sifat marah itu memberi maksud seseorang itu terpaling patriotik? Adakah kemarahan menjadi indikator dalam mengukur semangat patriotik seseorang?

Kalau anda nak tahu, inilah kesannya jika soalan psikometrik itu dinilai kepada pemahaman sendiri. Apabila melibatkan soalan psikologi, wajib disandarkan kepada teori personaliti dalam mentafsir setiap soalan.

“Jadi, soalan ini nak cungkil karakter apa sebenarnya cikgu?”

Kalau anda nak tahu, soalan ini cuba menguji bagaimana reaksi emosi seseorang itu apabila mereka menerima sesuatu maklumat.

Adakah mereka dipengaruhi oleh emosi terlebih dahulu? Ataupun mereka lebih bersifat rasional tanpa dipengaruhi oleh emosi?

Jika anda cenderung memilih jawapan ‘Tidak Setuju’, ini memberi satu signal diri anda mungkin lebih terkawal dari segi reaksi emosi, dan cenderung bersikap rasional dalam menilai sesuatu isu.

Jadi anda perlu teguhkan pendirian anda supaya jawapan anda nanti tidak terpengaruh dengan unsur patriotik yang cuba dimasukkan dalam soalan, untuk menimbulkan rasa was-was dalam diri anda ketika memilih jawapan.

Jangan Salah Faham!

Tapi anda jangan pula fikir jawapan ‘Setuju’ itu jawapan yang salah. Jika anda cenderung untuk bersetuju dengan soalan itu, itu bermaksud dalam diri anda mempunyai salah satu ciri-ciri sifat baran.

Tiada jawapan yang salah, sebab setiap orang ada kecenderungan karakter mereka tersendiri. Ujian psikometrik tidak mencari jawapan siapa betul, jawapan siapa salah. Ujian ini hanya nak mengenal karakter diri anda yang sebenar sahaja.

Rekemendasi Daripada Cikgu.

“Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik ini? Share lah sikit tips cikgu”

Satu perkara ini je perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Biasakan diri dengan soalan psikometrik. Cuba ketahui apakah personaliti yang cuba dicungkil dalam setiap soalan. 

Daripada situ jawapan anda akan jadi lebih konsisten, dan jawapan tak bercanggah antara satu sama lain.

Untuk ujian psikometrik JPJ nanti, cikgu highly recommended untuk anda baca ebook ini. Dalam ebook ini ada dibincangkan apakah personaliti yang cuba dicungkil dalam setiap soalan. 

Klik butang di bawah untuk download.

Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter ideal seorang pegawai penguat kuasa.

Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, hanya menfokuskan kepada jawapan positif semata-mata tanpa hala tuju. Sehinggakan tak tahu apakah profil personaliti yang terbentuk dari pemilihan jawapan.

Semoga Bermanfaat.

Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.

Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga kelak. Aamiin.

Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.

Copyright © 2025 Ujian Psikometrik