Ujian Psikometrik Pengajar U41 – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pengajar u41? Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini?
Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.
Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.
Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.
“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”
Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.
Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.
“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”
Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim.
Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA.
Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.
“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?”
Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon.
Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.
Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 135 soalan, ada 166 soalan, dan ada 199 soalan. Untuk soalan pengajar u41 pula, SPA menggunakan set soalan 138.
“Masa pulak macam mana tu cikgu?”
Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 6 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.
Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada dua teras menjadi keutamaan untuk jawatan pengajar u41 ini. Dua teras itu adalah teras kehematan dan teras keterbukaan.
Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat saya tentang karakter berdasarkan skop tugas sahaja.
Skop tugas 1: Menguruskan dari segi penjadualan, penempatan dan pengangkutan pelatih berkaitan bagi memastikan latihan amali dapat dilaksanakan seperti yang ditetapkan.
Kehematan yang tinggi adalah sangat penting untuk tugas-tugas pengurusan yang melibatkan penjadualan, penempatan, dan pengangkutan.
Individu dengan kehematan yang tinggi cenderung untuk teratur, berdisiplin, dan teliti dalam perancangan dan pelaksanaan tugas.
Mereka juga cenderung untuk mematuhi peraturan dan memastikan segala sesuatu dilaksanakan mengikut jadual dan standard yang ditetapkan.
Skop tugas 2: Menjalankan kajian bagi tujuan merancang program dan menganalisa keperluan subjek di unit berkaitan.
Individu dengan keterbukaan yang tinggi terhadap pengalaman cenderung untuk bersikap ingin tahu, analitik, dan suka meneroka idea-idea baru.
Ciri-ciri ini amat penting untuk menjalankan kajian, menganalisa keperluan subjek, dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Mereka juga lebih cenderung untuk mencari kaedah inovatif untuk menambahbaik program dan menggalakkan pembelajaran berterusan.
Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang pengajar itu perlu ada kehematan dan juga ada kebersetujuan yang tinggi dalam diri mereka.
Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.
Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?
Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Jika tidak ada, itu bermaksud jawatan pengajar ini tidak sesuai dengan personaliti anda.
“Jadi ujian ni nak uji kehematan dan keterbukaan je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.
Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan pengajar, itu anda boleh semak semula nanti.
Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.
Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.
Soalan 1: Saya biasanya mengotakan janji untuk melaksanakan sesuatu, walaupun ia menyusahkan atau tidak menyenangkan.
Soalan 2: Saya suka bersaing kerana ia memberi peluang untuk menyerlahkan kebolehan saya.
Soalan 3: Saya bersedia bekerjasama dengan kakitangan lain untuk mencapai matlamat organisasi.
Soalan 4: Saya cuba untuk membentuk kaedah baru untuk menyelesaikan masalah atipikal.
Soalan 5: Saya cenderung memandang serius sesuatu pertandingan walaupun sekadar perlawanan persahabatan.
Soalan 6: Saya selalu berusaha meningkatkan prestasi diri melebihi pesaing dengan menganalisis kesilapan atau masalah terdahulu.
Soalan 7: Saya menghadiri majlis yang membantu peningkatan imej organisasi walaupun kehadiran saya tidak diwajibkan.
Soalan 8: Saya tahu cara membuat orang lain melihat sesuatu dengan cara saya.
Soalan 9: Saya dapat menguruskan kekecewaan dengan menggunakan penyelesaian yang membina tanpa menyalahkan orang lain.
Soalan 10: Saya akan melakukan apa sahaja cara sekalipun untuk mengganggu pihak lawan bagi mendapatkan kelebihan dalam persaingan.
Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.
Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten ke arah karakter seorang pengajar?
Jom jawab kuiz 16 di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.
Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.
Klik butang di bawah untuk download.
Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter seorang pengajar.
Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, yang bersifat umum, di mana jawapan tak menfokuskan mana-mana jawatan.
Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik pengajar u41, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.
Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga pengajar U41 kelak. Aamiin.
Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.