Ujian Psikometrik Pustakawan S41 – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pustakawan s41? Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini?
Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.
Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.
Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.
“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”
Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.
Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.
“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”
Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim.
Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA.
Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.
“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?”
Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon.
Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.
Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 135 soalan, ada 166 soalan, dan ada 199 soalan. Untuk soalan pustakawan s41 pula, SPA menggunakan set soalan 138.
“Masa pulak macam mana tu cikgu?”
Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 6 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.
Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada dua teras menjadi keutamaan untuk jawatan pustakawan s41 ini. Dua teras itu adalah teras kebersetujuan dan teras kehematan.
Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat saya tentang karakter berdasarkan skop tugas sahaja.
Skop tugas 1: Penyediaan perkhidmatan asas perpustakaan bagi memenuhi puasan pelanggan seperti rujukan dan perujukan, pinjaman, pinjaman antara perpustakaan, profil pengguna, kesedaran semasa, pendidikan pengguna, pinjaman kelompok dan pameran.
Perkhidmatan pelanggan yang cemerlang memerlukan individu yang peramah, mudah didekati, dan responsif terhadap keperluan pelanggan.
Sikap kebersetujuan yang tinggi membolehkan seseorang mengekalkan sikap yang positif dan baik hati, walaupun berhadapan dengan permintaan atau pertanyaan yang mencabar daripada pengunjung perpustakaan.
Individu dengan skor kebersetujuan yang tinggi juga menyumbang kepada kerjasama yang berkesan dengan rakan sekerja, yang penting untuk tugas seperti pinjaman antara perpustakaan dan pinjaman kelompok.
Skop tugas 2: Pendokumentasian dan pengurusan maklumat seperti pengkatalogan dan pengurusan katalog, pengkelasan, pengindeksan, penyediaan abstrak, penyediaan metadata, penyediaan taxonomi dan penyediaan bibliografi.
Tugas seperti pengurusan katalog, pengkelasan, pengindeksan, dan penyediaan metadata memerlukan tahap ketepatan dan perhatian kepada perincian yang tinggi.
Kehematan yang tinggi memastikan seseorang bekerja dengan teliti, mengikuti peraturan dan garis panduan dengan konsisten, dan komited untuk mencapai hasil kerja yang berkualiti tinggi.
Individu dengan skor kehematan yang tinggi juga cenderung mempunyai kemahiran organisasi yang baik, yang penting untuk menguruskan katalog dan menyediakan taxonomi.
Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang pustakawan itu perlu ada kebersetujuan dan juga ada kehematan yang tinggi dalam diri mereka.
Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.
Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?
Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Jika tidak ada, itu bermaksud jawatan pustakawan ini tidak sesuai dengan personaliti anda.
“Jadi ujian ni nak uji kebersetujuan dan kehematan je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.
Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan pustakawan, itu anda boleh semak semula nanti.
Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.
Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.
Soalan 1: Rakan-rakan sekerja sering mendapatkan nasihat saya apabila mereka berada dalam keadaan yang sukar kerana saya bersikap tenang.
Soalan 2: Saya cuba untuk membentuk kaedah baru untuk menyelesaikan masalah atipikal.
Soalan 3: Rakan-rakan sekerja saya mengambil nasihat saya untuk menjana idea-idea baru dan penyelesaian.
Soalan 4: Saya menjangka perubahan dalam pekerjaan saya dengan mengambil bahagian dalam tugasan yang membantu saya berurusan dengan perubahan semasa.
Soalan 5: Saya cenderung memandang serius sesuatu pertandingan walaupun sekadar perlawanan persahabatan.
Soalan 6: Saya selalu berusaha meningkatkan prestasi diri melebihi pesaing dengan menganalisis kesilapan atau masalah terdahulu.
Soalan 7: Saya menghadiri majlis yang membantu peningkatan imej organisasi walaupun kehadiran saya tidak diwajibkan.
Soalan 8: Saya tahu cara membuat orang lain melihat sesuatu dengan cara saya.
Soalan 9: Saya belajar cara baru yang lebih baik di dalam melaksanakan kerja atau tugas daripada rakan sekerja.
Soalan 10: Saya akan melakukan apa sahaja cara sekalipun untuk mengganggu pihak lawan bagi mendapatkan kelebihan dalam persaingan.
Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.
Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten ke arah karakter seorang pustakawan?
Jom jawab kuiz 16 di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.
Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.
Klik butang di bawah untuk download.
Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter seorang pustakawan.
Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, yang bersifat umum, di mana jawapan tak menfokuskan mana-mana jawatan.
Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik pustakawan s41, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.
Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga pustakawan s41 kelak. Aamiin.
Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.