200+ Soalan Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

oleh Cikgu Khairul

Ujian Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pegawai perkhidmatan pendidikan ?

Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini? Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Ujian Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.

Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.

Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.

  • Ya atau tidak
  • Betul atau salah
  • Ya atau betul atau tidak pasti
  • Sangat setuju, setuju, tak pasti, tidak bersetuju, sangat tidak bersetuju.

“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”

Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.

Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.

“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”

Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim.

Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA.

Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.

Ujian Psikometrik 173 Soalan

“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?” 

Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon. 

Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.

Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 135 soalan, ada 166 soalan, dan ada 199 soalan. Untuk soalan pegawai perkhidmatan pendidikan pula, SPA menggunakan set soalan 173.

“Masa pulak macam mana tu cikgu?”

Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 6 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada dua teras menjadi keutamaan untuk jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan ini. Dua teras itu adalah teras kehematan dan teras kebersetujuan.

Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat tentang personaliti berdasarkan skop tugas sahaja.

Skop tugas 1: Membantu dalam merancang, menilai, dan memperbaiki kurikulum sekolah. Menyediakan laporan berkala tentang prestasi akademik sekolah, kehadiran pelajar, dan kecekapan operasi sekolah.

1. Kehematan.

Merancang kurikulum memerlukan perhatian terhadap butiran seperti susunan kandungan, kesesuaian dengan objektif pendidikan, dan keperluan pelajar. Kurikulum yang lemah boleh menjejaskan kualiti pembelajaran.

Penyediaan laporan pula memerlukan calon memahami dan menganalisis data akademik seperti markah pelajar, kadar kehadiran, dan pencapaian sekolah. Kesilapan kecil boleh memberikan gambaran prestasi yang tidak tepat.

Dalam tugas menilai kecekapan operasi sekolah pula melibatkan semakan pelbagai aspek, termasuk keberkesanan pengajaran, pengurusan disiplin, dan penyediaan sumber pendidikan. Proses ini memerlukan tahap ketelitian yang tinggi dan mampu bekerja secara sistematik.

Skop tugas 2: Menjadi penghubung antara kementerian, jabatan pendidikan negeri, sekolah, dan komuniti setempat. Menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti untuk meningkatkan keberkesanan pendidikan.

2. Kebersetujuan.

Sebagai penghubung, individu perlu menyampaikan maklumat, dasar, atau keperluan kementerian kepada pihak lain tanpa menimbulkan konflik. Skor kebersetujuan yang tinggi membantu calon menggunakan pendekatan mesra, empati, dan diplomasi dalam komunikasi.

Selain itu, individu yang tinggi dalam kebersetujuan lebih mudah memahami keperluan, kebimbangan, dan aspirasi ibu bapa serta komuniti. Ini penting untuk membina kepercayaan dan menunjukkan komitmen terhadap kesejahteraan pelajar.

Menjalin hubungan baik dengan komuniti juga memerlukan kesediaan untuk mendengar pandangan, berkongsi idea, dan melibatkan semua pihak dalam inisiatif pendidikan. Skor kebersetujuan yang tinggi membolehkan calon mendekati tugas ini dengan sifat rendah hati dan proaktif.

Wajib Ada Untuk Lulus.

Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang pegawai perkhidmatan pendidikan itu perlu ada kehematan dan juga ada kebersetujuan yang tinggi dalam diri mereka.

Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.

Adakah Anda Layak?

Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?

Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Jika tidak ada, just terima dengan hati terbuka. Itu bermaksud jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan ini tidak sesuai dengan personaliti anda.

“Jadi ujian ni nak uji kehematan dan kebersetujuan je ke cikgu?”

Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.

Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan, itu anda boleh semak semula nanti.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.

Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.

Soalan 1: Saya sentiasa membina hubungan positif ketika berinteraksi dengan orang lain apabila menjalankan tugas kerana ia dapat membantu saya melakukan tugas dengan lebih baik.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 2: Saya mampu menjadi pengantara situasi konflik tanpa memihak kepada sesiapa.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 3: Saya cuba untuk melihat sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 4: Saya berupaya membantu, menasihati dan menggalakkan orang yang baru dengan organisasi atau kepada jawatan tertentu di dalamnya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 5: Persaingan boleh membawa kepada jalinan persahabatan dengan orang lain.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Tidak Pasti
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Soalan 6: Saya tahu cara membuat orang lain melihat sesuatu dengan cara saya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 7: Saya akan melakukan apa sahaja cara sekalipun untuk mengganggu pihak lawan bagi mendapatkan kelebihan dalam persaingan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 8: Saya selalu bertimbang rasa apabila tanggungjawab kerja membawa kepada kesakitan fizikal atau emosi atau kesusahan orang lain (contohnya, semasa terapi fizikal, suntikan, memberi notis berhenti dan lain-lain).

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 9: Saya sentiasa berdaya saing walaupun dalam situasi yang tidak memerlukan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 10: Saya tetap bersaing dengan orang lain walaupun mereka tidak bersaing dengan saya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Kuiz Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.

Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten ke arah karakter seorang pegawai perkhidmatan pendidikan?

Jom jawab kuiz 20 soalan di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.

Rekemendasi Daripada Cikgu.

Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.

Klik butang di bawah untuk download.

Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter pegawai perkhidmatan pendidikan.

Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, yang bersifat umum, di mana jawapan tak menfokuskan mana-mana jawatan.

Semoga Bermanfaat.

Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik pegawai perkhidmatan pendidikan, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.

Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga pegawai perkhidmatan pendidikan kelak. Aamiin.

Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.