Ujian Psikometrik Perhubungan Perusahaan – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pegawai perhubungan perusahaan?
Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini? Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.
Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.
Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.
“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”
Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.
Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.
“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”
Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim.
Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA.
Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.
“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?”
Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon.
Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.
Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 135 soalan, ada 166 soalan, dan ada 199 soalan. Untuk soalan pegawai perhubungan perusahaan pula, SPA menggunakan set soalan 133.
“Masa pulak macam mana tu cikgu?”
Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 6 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.
Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada dua teras menjadi keutamaan untuk jawatan pegawai perhubungan perusahaan ini. Dua teras itu adalah teras kehematan dan teras keterbukaan.
Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat tentang karakter berdasarkan skop tugas sahaja.
Skop tugas 1: Melaksanakan pemeriksaan berkanun, pemeriksaan ladang dan pemeriksaan malam serta menyediakan laporan siasatan dan menguruskan tindakan susulan.
Skop tugas 2: Melaksanakan aktiviti penguatkuasaan akta-akta yang berkaitan dengan undang-undang perburuhan, termasuk membuat penyiasatan dan pendakwaan di mahkamah.
Pemeriksaan memerlukan perhatian terhadap detail yang tinggi untuk memastikan semua aspek diperiksa dengan teliti. Pemeriksaan perlu dilakukan secara konsisten mengikut prosedur yang ditetapkan untuk memastikan keputusan yang boleh dipercayai.
Kebolehan dalam menyediakan laporan siasatan pula memerlukan kemahiran organisasi yang baik untuk menyusun maklumat dengan jelas dan teratur. Menguruskan tindakan susulan memerlukan disiplin untuk memastikan setiap isu diselesaikan sepenuhnya.
Skop tugas 3: Meneliti trend sosial, ekonomi dan industri, kajian impak perintah gaji minimum dan jangkaan pelanggan industri bagi program dan perkhidmatan yang disediakan.
Skop tugas 4: Menganalisis pilihan dasar, menyediakan kertas taklimat dan saranan untuk perubahan dasar, dan memberi nasihat tentang pilihan yang diutamakan.
Dalam melaksanakan tugasan ini dengan sempurna, seseorang itu memerlukan kemampuan untuk memahami dan menghubungkaitkan pelbagai aspek sosial, ekonomi, dan industri yang kompleks. Trend sentiasa berubah, jadi keterbukaan tinggi diperlukan untuk menyesuaikan pemahaman dengan realiti baru.
Kajian impak dan jangkaan pelanggan mungkin membawa kepada penemuan yang tidak dijangka, memerlukan keterbukaan untuk menerima dan mempertimbangkan maklumat baru.
Menganalisis dan mencadangkan pilihan dasar memerlukan pemikiran kreatif untuk menyelesaikan masalah kompleks. Kemampuan untuk mempertimbangkan pelbagai pilihan dasar dan implikasinya memerlukan fleksibiliti pemikiran yang tinggi.
Menganalisis pilihan dasar memerlukan kemampuan untuk menilai secara kritis pelbagai pendekatan dan implikasinya, serta kesediaan untuk mencadangkan pendekatan inovatif dalam menentukan pilihan dasar yang diutamakan.
Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang pegawai perhubungan perusahaan itu perlu ada kehematan dan juga ada keterbukaan yang tinggi dalam diri mereka.
Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.
Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?
Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Jika tidak ada, itu bermaksud jawatan pegawai perhubungan perusahaan ini tidak sesuai dengan personaliti anda.
“Jadi ujian ni nak uji kehematan dan keterbukaan je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.
Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan pegawai perhubungan perusahaan, itu anda boleh semak semula nanti.
Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.
Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.
Soalan 1: Saya tetap akan berpuas hati jika kerja yang dilakukan tidak sempurna.
Soalan 2: Dalam apa jua situasi, saya lebih suka mengamalkan cara kerja saya sendiri dan bertindak berdasarkan prinsip kerjasama yang saya pegang.
Soalan 3: Sesekali saya berpendapat, seorang perokok mempunyai gaya yang menarik apabila merokok.
Soalan 4: Berdampingan dengan orang intelek adalah kesukaan saya daripada orang praktikal.
Soalan 5: Saya cenderung untuk membuat contengan apabila saya fokus.
Soalan 6: Keputusan saya lazimnya berasaskan fakta, logik, pengalaman dan/atau gerak hati.
Soalan 7: Saya boleh menjadi pengantara dan menyelesaikan antara individu, kumpulan atau organisasi.
Soalan 8: Saya cuba untuk membentuk kaedah baru untuk menyelesaikan masalah atipikal.
Soalan 9: Tidak kira sama ada saya menang atau kalah, saya tetap suka pada perdebatan hangat.
Soalan 10: Kesalahan dan pandangan orang lain membuatkan saya sentiasa boleh bertolak-ansur terhadap perkara tersebut.
Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.
Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten ke arah karakter seorang pegawai perhubungan perusahaan?
Jom jawab kuiz 20 soalan di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.
Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.
Klik butang di bawah untuk download.
Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter seorang pegawai perhubungan perusahaan.
Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, yang bersifat umum, di mana jawapan tak menfokuskan mana-mana jawatan.
Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik pegawai perhubungan perusahaan, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.
Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga pegawai perhubungan perusahaan kelak. Aamiin.
Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.