Ujian Psikometrik Penolong Penguasa Imigresen – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik penguasa imigresen? Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini?
Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.
Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.
Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.
Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada dua teras menjadi keutamaan untuk jawatan penolong penguasa imigresen ini. Dua teras itu adalah teras integriti dan teras kestabilan emosi.
Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat saya tentang karakter berdasarkan skop tugas sahaja.
Skop tugas 1: Menjalankan pemeriksaan dokumen perjalanan di pintu masuk negara dan menguatkuasakan undang-undang imigresen.
Integriti merujuk kepada tahap kejujuran, amanah, dan etika kerja seseorang dalam melaksanakan tanggungjawab.
Sebagai contoh, pegawai imigresen mempunyai akses kepada dokumen penting, kuasa untuk menahan atau membenarkan keluar masuk, serta berurusan dengan warga asing yang mungkin cuba menawarkan sogokan.
Jika seorang pegawai gagal mengekalkan integriti, ia boleh membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa, kemasukan pendatang asing tanpa izin, atau kebocoran maklumat keselamatan negara.
Skop tugas 2: Menjalankan operasi penguatkuasaan dan pemeriksaan secara berkala atau mengejut.
Tugas operasi imigresen sering melibatkan situasi tekanan tinggi, contohnya:
Pegawai perlu mampu mengawal emosi dan membuat keputusan dengan tenang, walaupun berhadapan provokasi atau ancaman.
Tindakan terburu-buru atau emosi tidak terkawal boleh menjejaskan kredibiliti operasi, malah membahayakan keselamatan diri dan rakan setugas.
Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang penolong penguasa imigresen itu perlu ada integriti dan juga ada kestabilan emosi yang tinggi dalam diri mereka.
Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.
Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?
Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Jika tidak ada, just terima dengan hati terbuka.
Itu bermaksud jawatan penolong penguasa imigresen ini tidak sesuai dengan personaliti anda.
“Jadi ujian ni nak uji integriti dan kestabilan emosi je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.
Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan penolong penguasa imigresen, itu anda boleh semak semula nanti.
Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.
Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.
Soalan 1: Saya kadang kala melampaui batas fizikal untuk menyelesaikan tugas yang mendesak.
Soalan 2: Saya boleh bekerja melewati tempoh kerja tetap atau biasa untuk menyempurnakan perkhidmatan atau produk.
Soalan 3: Rata-rata anggota penguatkuasa akan mengabaikan/menutup mata terhadap perlanggaran undang-undang jika ditawarkan habuan.
Soalan 4: Pihak yang mendapat suara majoriti, menjadi kecenderungan saya untuk berpihak kepadanya.
Soalan 5: Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga.
Soalan 6: Saya mempelajari cara baru untuk menjalankan tugas saya agar dapat berkolaborasi dengan lebih baik bersama orang lain.
Soalan 7: Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
Soalan 8: Saya percaya prestasi cemerlang bergantung pada diri saya, bukan orang lain atau kerana bernasib baik.
Soalan 9: Merasa bahawa anda memainkan peranan yang berguna dalam apa sahaja perkara yang dilakukan?
Soalan 10: Tidak perlu memaklumkan kepada penyelia untuk keluar semasa waktu pejabat jika masa yang diambil kurang daripada satu jam.
Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.
Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu konsisten ke arah karakter seorang penolong penguasa imigresen?
Jom jawab kuiz 28 di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.
Sebelum ini saya ada bagitahu jawatan ini memerlukan kestabilan emosi yang tinggi bukan? Tapi bagaimana pihak SPA nak tapis ribuan calon yang betul-betul mempunyai emosi yang stabil?
Kalau anda nak tahu, inilah fungsi ujian psikometrik.
Di bawah ini merupakan soalan yang menguji kestabilan emosi dalam diri seorang calon ujian psikometrik.
Soalan 1: Jika menghadapi masalah fikiran saya akan menjadi tenang.
Soalan 1 ini sebenarnya ingin menguji sejauh mana seseorang itu boleh mengawal emosinya apabila berdepan dengan masalah.
Ada orang, apabila berdepan dengan masalah, fikiran mereka menjadi bercelaru, sukar untuk berfikir secara rasional.
Jika anda memilih jawapan ‘YA’, itu bermaksud dalam diri anda mempunyai satu sifat tahap emosi yang stabil. Ini disebabkan anda cenderung untuk bertenang berbanding keluh-resah.
Ujian psikometrik ini juga boleh tahu sama ada individu itu berlaku jujur ataupun sekadar berpura-pura ketika menjawab soalan. Setiap soalan akan bertanyakan soalan yang berulang-ulang.
Tujuannya ialah untuk memastikan dan mengesahkan sesuatu sikap itu betul-betul wujud dalam diri anda ataupun sekadar dibuat-buat.
Soalan 2: Saya berasa marah dan tidak selesa apabila membaca berita yang memburukkan negara saya.
Kalau anda nak tahu, soalan 1 dan soalan 2 itu saling berkaitan antara satu sama lain.
Soalan 1 itu bertujuan untuk menguji adakah anda seorang individu yang tenang. Soalan 2 pula digunakan untuk mengesahkan adakah betul anda mempunyai sikap tenang itu ataupun anda sekadar buat-buat ada.
Salah satu kesilapan calon psikometrik ialah mereka cuba mentafsir soalan berdasarkan kepada pemahaman mereka sendiri.
“Bagi saya wajar untuk kita rasa marah kalau ada orang lain memburukkan nama negara kita. Itu bermaksud dalam diri kita ini ada semangat patriotik.” – calon psikometrik.
Tapi betul ke pemahaman seperti ini?
Jika betul, dekat sini boleh menimbulkan satu persoalan. Apakah orang yang lebih tenang, tanpa dipengaruhi oleh emosi itu tidak ada semangat patriotik dalam diri mereka?
Adakah dengan adanya sifat marah itu memberi maksud seseorang itu terpaling patriotik? Adakah kemarahan menjadi indikator dalam mengukur semangat patriotik seseorang?
Kalau anda nak tahu, inilah kesannya jika soalan psikometrik itu dinilai kepada pemahaman sendiri. Apabila melibatkan soalan psikologi, wajib disandarkan kepada teori personaliti dalam mentafsir setiap soalan.
“Jadi, soalan ini nak cungkil karakter apa sebenarnya cikgu?”
Kalau anda nak tahu, soalan ini cuba menguji bagaimana reaksi emosi seseorang itu apabila mereka menerima sesuatu maklumat.
Adakah mereka dipengaruhi oleh emosi terlebih dahulu? Ataupun mereka lebih bersifat rasional tanpa dipengaruhi oleh emosi?
Jika anda cenderung memilih jawapan ‘Tidak Setuju’, ini memberi satu signal diri anda mungkin lebih terkawal dari segi reaksi emosi, dan cenderung bersikap rasional dalam menilai sesuatu isu.
Jadi anda perlu teguhkan pendirian anda supaya jawapan anda nanti tidak terpengaruh dengan unsur patriotik yang cuba dimasukkan dalam soalan, untuk menimbulkan rasa was-was dalam diri anda ketika memilih jawapan.
Tapi anda jangan pula fikir jawapan ‘Setuju’ itu jawapan yang salah. Jika anda cenderung untuk bersetuju dengan soalan itu, itu bermaksud dalam diri anda mempunyai salah satu ciri-ciri sifat baran.
Tiada jawapan yang salah, sebab setiap orang ada kecenderungan karakter mereka tersendiri. Ujian psikometrik tidak mencari jawapan siapa betul, jawapan siapa salah. Ujian ini hanya nak mengenal karakter diri anda yang sebenar sahaja.
Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telah pun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.
Klik butang di bawah untuk download.
Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter seorang penolong penguasa imigresen.
Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, hanya menfokuskan kepada jawapan positif semata-mata tanpa hala tuju. Sehinggakan tak tahu apakah profil personaliti yang terbentuk dari pemilihan jawapan.
Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik penolong penguasa imigresen, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.
Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga penolong penguasa imigresen kelak. Aamiin.
Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.