Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik penolong pegawai pertanian? Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini?
Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
Personaliti yang cuba dinilai untuk jawatan penolong pegawai pertanian sepenuhnya bergantung kepada skop kerja jawatan itu sendiri.
Antaranya skop tugas penolong pegawai pertanian ialah:
Tugas: Menjalankan aktiviti rekabentuk ubah suai dan ujian kesesuaian jentera, mesin dan peralatan pertanian.
Penolong pegawai perlu terlibat secara aktif dalam menyelaras teknologi pertanian moden, menjalankan kajian tanah dan tanaman, serta memberi latihan dan penerangan kepada pelbagai kumpulan sasar.
Oleh itu, skor keterbukaan yang tinggi amat sesuai kerana tugasan ini memerlukan pegawai yang sentiasa bersedia menerima pendekatan baharu, meneroka teknologi moden, dan menyesuaikan strategi mengikut perubahan persekitaran dan keperluan industri pertanian.
Jika skor keterbukaan terlalu rendah, pegawai mungkin sukar menerima perubahan, enggan mencuba kaedah baru, dan kurang peka terhadap kemajuan teknologi seperti sistem pangkalan data geospatial, imej satelit, rekabentuk inovatif jentera pertanian, atau pemprosesan data tanaman.
Tugas: Menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan pengauditan ladang… menyelia pelaksanaan latihan di luar kawasan… serta berdepan dengan penerimaan petani terhadap penggunaan teknologi moden.
Penolong pegawai perlu melaksanakan pelbagai tugas teknikal dan lapangan, termasuk menyelia ladang, mengendalikan audit dan pemeriksaan, berurusan dengan petani, serta memastikan pelaksanaan program berjalan mengikut jadual dan piawaian.
Oleh itu, skor kestabilan emosi yang tinggi amat sesuai kerana tugasan ini menuntut ketenangan fikiran, daya tahan terhadap tekanan, dan kebolehan mengawal emosi semasa berdepan cabaran luar jangka, perubahan persekitaran atau kerenah komuniti tani.
Jika skor kestabilan emosi terlalu rendah, pegawai mungkin mudah tertekan apabila menghadapi kelewatan projek, aduan petani, masalah teknikal di lapangan, atau ketidakpastian cuaca yang menjejaskan aktiviti tanaman.
Ini boleh membawa kepada keputusan terburu-buru, interaksi yang kasar, atau kegagalan menyesuaikan diri dengan beban kerja yang tinggi dan dinamik.
Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang penolong pegawai pertanian itu perlu ada sifat keterbukaan dan juga kestabilan emosi dalam diri mereka.
Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik penolong pegawai pertanian ini.
“Jadi ujian ni nak uji keterbukaan dan kestabilan emosi je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.
Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan penolong pegawai pertanian, itu anda boleh semak semula nanti.
Di bawah ini merupakan 20 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati ciri-ciri itu ataupun tidak.
Soalan 1: Jika menghadapi masalah fikiran saya akan menjadi tenang.
Soalan 2: Saya berasa marah dan tidak selesa apabila membaca berita yang memburukkan negara saya.
Soalan 3: Saya mengambil berat terhadap kebajikan rakan-rakan saya.
Soalan 4: Saya sentiasa bersangka baik dengan rakan sekerja.
Soalan 5: Memaafkan kesilapan orang lain adalah satu sifat terpuji.
Soalan 6: Saya sukakan persaingan kerana ia boleh merapatkan hubungan di antara saya dan pesaing sebagai rakan.
Soalan 7: Saya sentiasa membina hubungan positif ketika berinteraksi dengan orang lain apabila menjalankan tugas kerana ia dapat membantu saya melakukan tugas dengan lebih baik.
Soalan 8: Kebanyakkan individu cenderung mengambil kesempatan terhadap individu yang bekerja dengan mereka.
Soalan 9: Saya menunggu semua rakan sebelum memulakan sesuatu aktiviti walaupun sudah kelewatan masa.
Soalan 10: Seseorang pekerja harus dipecat jika majikan mengetahui pekerja itu berbohong.
Soalan 11: Saya menggunakan panggilan hormat kepada individu mengikut gelaran yang sesuai.
Soalan 12: Pihak yang mendapat suara majoriti, menjadi kecenderungan saya untuk berpihak kepadanya.
Soalan 13: Saya akan menjauhi seseorang yang suka mempersendakan kehidupan peribadi seseorang.
Soalan 14: Saya selalu bekerjasama dengan kakitangan lain untuk mencapai matlamat kumpulan.
Soalan 15: Saya cuba mengelak daripada memberi masalah kepada orang lain.
Soalan 16: Pernahkan anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?
Soalan 17: Adakah anda berangan-angan berhubungan romantik?
Soalan 18: Kesalahan dan pandangan orang lain membuatkan saya sentiasa boleh bertolak-ansur terhadap perkara tersebut.
Soalan 19: Keputusan saya lazimnya berasaskan fakta, logik, pengalaman dan/atau gerak hati.
Soalan 20: Saya sentiasa memikirkan kesan tindakan saya terhadap rakan.
Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.
Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten?
Jom jawab kuiz 28 di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.
Sebelum ini saya ada bagitahu jawatan ini memerlukan kestabilan emosi yang tinggi bukan? Tapi bagaimana pihak SPA nak tapis ribuan calon yang betul-betul mempunyai emosi yang stabil?
Kalau anda nak tahu, inilah fungsi ujian psikometrik.
Di bawah ini merupakan soalan yang menguji kestabilan emosi dalam diri seorang calon ujian psikometrik.
Soalan 1: Jika menghadapi masalah fikiran saya akan menjadi tenang.
Soalan 1 ini sebenarnya ingin menguji sejauh mana seseorang itu boleh mengawal emosinya apabila berdepan dengan masalah.
Ada orang, apabila berdepan dengan masalah, fikiran mereka menjadi bercelaru, sukar untuk berfikir secara rasional.
Jika anda memilih jawapan ‘YA’, itu bermaksud dalam diri anda mempunyai satu sifat tahap emosi yang stabil. Ini disebabkan anda cenderung untuk bertenang berbanding keluh-resah.
Ujian psikometrik ini juga boleh tahu sama ada individu itu berlaku jujur ataupun sekadar berpura-pura ketika menjawab soalan. Setiap soalan akan bertanyakan soalan yang berulang-ulang.
Tujuannya ialah untuk memastikan dan mengesahkan sesuatu sikap itu betul-betul wujud dalam diri anda ataupun sekadar dibuat-buat.
Soalan 2: Saya berasa marah dan tidak selesa apabila membaca berita yang memburukkan negara saya.
Kalau anda nak tahu, soalan 1 dan soalan 2 itu saling berkaitan antara satu sama lain.
Soalan 1 itu bertujuan untuk menguji adakah anda seorang individu yang tenang. Soalan 2 pula digunakan untuk mengesahkan adakah betul anda mempunyai sikap tenang itu ataupun anda sekadar buat-buat ada.
Salah satu kesilapan calon psikometrik ialah mereka cuba mentafsir soalan berdasarkan kepada pemahaman mereka sendiri.
“Bagi saya wajar untuk kita rasa marah kalau ada orang lain memburukkan nama negara kita. Itu bermaksud dalam diri kita ini ada semangat patriotik.” – calon psikometrik.
Tapi betul ke pemahaman seperti ini?
Jika betul, dekat sini boleh menimbulkan satu persoalan. Apakah orang yang lebih tenang, tanpa dipengaruhi oleh emosi itu tidak ada semangat patriotik dalam diri mereka?
Adakah dengan adanya sifat marah itu memberi maksud seseorang itu terpaling patriotik? Adakah kemarahan menjadi indikator dalam mengukur semangat patriotik seseorang?
Kalau anda nak tahu, inilah kesannya jika soalan psikometrik itu dinilai kepada pemahaman sendiri. Apabila melibatkan soalan psikologi, wajib disandarkan kepada teori personaliti dalam mentafsir setiap soalan.
“Jadi, soalan ini nak cungkil karakter apa sebenarnya cikgu?”
Kalau anda nak tahu, soalan ini cuba menguji bagaimana reaksi emosi seseorang itu apabila mereka menerima sesuatu maklumat.
Adakah mereka dipengaruhi oleh emosi terlebih dahulu? Ataupun mereka lebih bersifat rasional tanpa dipengaruhi oleh emosi?
Jika anda cenderung memilih jawapan ‘Tidak Setuju’, ini memberi satu signal diri anda mungkin lebih terkawal dari segi reaksi emosi, dan cenderung bersikap rasional dalam menilai sesuatu isu.
Jadi anda perlu teguhkan pendirian anda supaya jawapan anda nanti tidak terpengaruh dengan unsur patriotik yang cuba dimasukkan dalam soalan, untuk menimbulkan rasa was-was dalam diri anda ketika memilih jawapan.
Tapi anda jangan pula fikir jawapan ‘Setuju’ itu jawapan yang salah. Jika anda cenderung untuk bersetuju dengan soalan itu, itu bermaksud dalam diri anda mempunyai salah satu ciri-ciri sifat baran.
Tiada jawapan yang salah, sebab setiap orang ada kecenderungan karakter mereka tersendiri. Ujian psikometrik tidak mencari jawapan siapa betul, jawapan siapa salah. Ujian ini hanya nak mengenal karakter diri anda yang sebenar sahaja.
“Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik penolong pegawai pertanian ini? Share lah sikit tips cikgu”
Satu perkara ini je perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Biasakan diri dengan soalan psikometrik. Cuba ketahui apakah personaliti yang cuba dicungkil dalam setiap soalan.
Daripada situ jawapan anda akan jadi lebih konsisten, dan jawapan tak bercanggah antara satu sama lain.
Untuk ujian psikometrik penolong pegawai pertanian ini, cikgu highly recommended untuk anda baca ebook ini. Dalam ebook ini ada dibincangkan apakah personaliti yang cuba dicungkil dalam setiap soalan.
Klik butang di bawah untuk download.
Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik penolong pegawai pertanian, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.
Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga penolong pegawai pertanian kelak. Aamiin.