Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Perikanan – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik penolong pegawai perikanan ?
Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini? Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.
Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.
Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.
“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”
Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.
Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.
“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”
Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim.
Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA.
Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.
“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?”
Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon.
Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.
Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 135 soalan, ada 166 soalan, dan ada 199 soalan. Untuk soalan penolong pegawai perikanan pula, SPA menggunakan set soalan 173.
“Masa pulak macam mana tu cikgu?”
Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 6 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.
Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada dua teras menjadi keutamaan untuk jawatan penolong pegawai perikanan ini. Dua teras itu adalah teras kehematan dan teras kebersetujuan.
Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat tentang personaliti berdasarkan skop tugas sahaja.
Skop tugas 1: Membantu merangka dan merancang program pembangunan perikanan, menyelaraskan aktiviti melibatkan komuniti nelayan, penternak ikan, atau pemain industri akuakultur.
Skop tugas ini melibatkan perancangan, penyelarasan, dan pengurusan program yang memerlukan calon bersikap bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.
Contohnya, calon perlu memastikan aktiviti pemantauan sumber perikanan dijalankan mengikut jadual dan garis panduan.
Sebagai penjawat awam, ketelitian diperlukan untuk menyediakan laporan, memantau undang-undang perikanan, dan mengelakkan kesilapan yang boleh menjejaskan sumber perikanan.
Contohnya, kesilapan dalam mengeluarkan lesen penangkapan ikan boleh mengakibatkan eksploitasi sumber laut.
Skop tugas 2: Memberi latihan dan bimbingan teknikal kepada nelayan, penternak, atau komuniti setempat. Bekerjasama dengan agensi lain untuk memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti perikanan.
Tugas jawatan ini melibatkan kerja bersama komuniti nelayan dan penternak ikan. Sikap mesra dan empati memudahkan penerimaan calon dalam kalangan mereka.
Contohnya, calon yang ramah akan lebih mudah mengajar teknik pemeliharaan ikan kepada penternak baru.
Penolong Pegawai Perikanan perlu bekerjasama dengan agensi lain, seperti Jabatan Alam Sekitar atau pihak berkuasa tempatan seperti polis marin, dalam melaksanakan polisi atau mengatasi konflik.
Contohnya, calon mungkin terlibat dalam menyelesaikan isu pencemaran air bersama pihak industri.
Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang penolong pegawai perikanan itu perlu ada kehematan dan juga ada kebersetujuan yang tinggi dalam diri mereka.
Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.
Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?
Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Jika tidak ada, just terima dengan hati terbuka. Itu bermaksud jawatan penolong pegawai perikanan ini tidak sesuai dengan personaliti anda.
“Jadi ujian ni nak uji kehematan dan kebersetujuan je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.
Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan penolong pegawai perikanan, itu anda boleh semak semula nanti.
Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.
Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.
Soalan 1: Saya bersedia bekerjasama dengan kakitangan lain untuk mencapai matlamat organisasi.
Soalan 2: Saya berupaya membangunkan dan memperkasakan mereka yang berada di bawah kepimpinan saya.
Soalan 3: Saya akan melakukan apa sahaja cara sekalipun untuk mengganggu pihak lawan bagi mendapatkan kelebihan dalam persaingan.
Soalan 4: Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul.
Soalan 5: Saya memerlukan bantuan seseorang untuk membuat pilihan semasa membeli-belah.
Soalan 6: Saya mampu menjadi pengantara situasi konflik tanpa memihak kepada sesiapa.
Soalan 7: Saya percaya bahawa hanya ada satu penyelesaian ‘terbaik’.
Soalan 8: Saya mempunyai hubungan emosi yang kuat.
Soalan 9: Saya cuba untuk membentuk kaedah baru untuk menyelesaikan masalah atipikal.
Soalan 10: Kejayaan dalam pertandingan olahraga tidak membuatkan saya berasa lebih hebat berbanding orang lain.
Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.
Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten ke arah karakter seorang penolong pegawai perikanan?
Jom jawab kuiz 20 soalan di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.
Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.
Klik butang di bawah untuk download.
Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter penolong pegawai perikanan.
Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, yang bersifat umum, di mana jawapan tak menfokuskan mana-mana jawatan.
Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik penolong pegawai perikanan, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.
Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga penolong pegawai perikanan kelak. Aamiin.
Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.