Ujian Psikometrik Penolong Jurutera – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik penolong jurutera? Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini? Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.
Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.
Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.
“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”
Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.
Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.
“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”
Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim.
Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA.
Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.
“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?”
Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon.
Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.
Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 135 soalan, ada 166 soalan, dan ada 199 soalan. Untuk soalan penolong jurutera pula, SPA menggunakan set soalan 140.
“Masa pulak macam mana tu cikgu?”
Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 6 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.
Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada tiga teras menjadi keutamaan untuk jawatan penolong jurutera ini. Tiga teras itu adalah teras kehematan, teras keterbukaan dan teras kestabilan emosi.
Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat tentang karakter berdasarkan skop tugas sahaja.
Penolong jurutera di JKR: Membantu merancang, menyelia dan mengawasi program penyelenggaraan kenderaan/ jentera. Mengurus keperluan logistik untuk pembangunan dan
penyelenggaraan ladang.
“Membantu merancang” program penyelenggaraan kenderaan/jentera dan mengurus keperluan logistik memerlukan kemahiran perancangan yang baik. Individu dengan skor kehematan yang tinggi cenderung untuk merancang dengan teliti dan teratur, yang sangat penting dalam tugas ini.
Selain itu, penyelenggaraan dan pengurusan logistik juga memerlukan standard kualiti yang tinggi untuk memastikan keselamatan dan efisiensi. Skor kehematan yang tinggi sering dikaitkan dengan kecenderungan untuk menghasilkan kerja berkualiti tinggi.
Penolong jurutera di JPS: Bertanggungjawab mengumpul dan memproses data- data kajian kaedah untuk menambahkan sumber air seperti sumber air bawah tanah, penggunaan pam guna semula, pembenihan awan dan sebagainya.
Individu dengan skor keterbukaan yang tinggi cenderung untuk lebih terbuka kepada idea-idea baru dan pendekatan yang tidak konvensional, yang sangat penting dalam mencari penyelesaian kreatif untuk menambah sumber air.
Tugas ini mungkin memerlukan kesediaan untuk meneroka dan mempertimbangkan kaedah-kaedah yang belum belum diuji sepenuhnya, yang memerlukan keterbukaan minda.
Proses mengumpul dan memproses data untuk kaedah-kaedah baru ini memerlukan pendekatan yang fleksibel dan adaptif, di mana sangat bertepatan dengan skor keterbukaan yang tinggi.
Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.
Skop tugas ini melibatkan tanggungjawab yang besar dan kompleks dalam bidang kejuruteraan. Ia bukan hanya tentang kuantiti tugas, tetapi juga tentang kepentingan dan impak tugas-tugas tersebut. Projek-projek kejuruteraan sering melibatkan risiko keselamatan, kos yang tinggi, dan kepentingan awam.
Kerja-kerja seperti pengawasan tapak projek, penyeliaan pembinaan, dan pengurusan sistem pengairan dan saliran boleh melibatkan situasi yang mencabar dan berpotensi menyebabkan tekanan. Individu dengan skor stabilan emosi yang tinggi lebih cenderung untuk menangani tekanan ini dengan lebih berkesan.
Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang penolong jurutera itu perlu ada kehematan, keterbukaan dan kestabilan emosi yang tinggi dalam diri mereka.
Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.
Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?
Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Jika tidak ada, itu bermaksud jawatan penolong jurutera ini tidak sesuai dengan personaliti anda.
“Jadi ujian ni nak uji kehematan, keterbukaan dan kestabilan emosi je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.
Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan penolong jurutera, itu anda boleh semak semula nanti.
Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.
Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.
Soalan 1: Saya menerima khabar angin sebagai suatu yang tidak perlu disahkan.
Soalan 2: Dalam apa jua situasi, saya lebih suka mengamalkan cara kerja saya sendiri dan bertindak berdasarkan prinsip kerjasama yang saya pegang.
Soalan 3: Saya gemar membuat sesuatu kerja yang akan saya perolehi setelah mengetahui faedah-faedahnya.
Soalan 4: Saya percaya bahawa hanya ada satu penyelesaian ‘terbaik’.
Soalan 5: Saya berusaha untuk menyesuaikan diri kepada keadaan kerja walaupun ianya sukar.
Soalan 6: Saya sedia mendengar masalah orang lain walaupun pada masa itu saya mempunyai masalah sendiri.
Soalan 7: Sambutan perayaan pelbagai kaum di negara ini adalah berfaedah.
Soalan 8: Saya cuba untuk membentuk kaedah baru untuk menyelesaikan masalah atipikal.
Soalan 9: Saya sering berasa janggal kerana mempunyai masalah dalam memahami cara kerja orang lain.
Soalan 10: Saya bersedia menyesuaikan tingkah laku apabila perlu untuk bekerja dengan baik bersama orang lain.
Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.
Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten ke arah karakter seorang penolong jurutera?
Jom jawab kuiz 20 soalan di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.
Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.
Klik butang di bawah untuk download.
Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter seorang penolong jurutera.
Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, yang bersifat umum, di mana jawapan tak menfokuskan mana-mana jawatan.
Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik penolong jurutera, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.
Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga penolong jurutera kelak. Aamiin.
Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.