200+ Contoh Soalan Psikometrik Penolong Juruaudit

oleh Cikgu Khairul

Ujian Psikometrik Juruaudit – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik penolong juruaudit?

Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini? Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Ujian Psikometrik Penolong Juruaudit

Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.

Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.

Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.

  • Ya atau tidak
  • Betul atau salah
  • Ya atau betul atau tidak pasti
  • Sangat setuju, setuju, tak pasti, tidak bersetuju, sangat tidak bersetuju.

“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”

Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.

Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.

“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”

Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim.

Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA.

Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.

Ujian Psikometrik 130 Soalan

“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?” 

Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon. 

Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.

Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 135 soalan, ada 166 soalan, dan ada 199 soalan. Untuk soalan penolong juruaudit pula, SPA menggunakan set soalan 130.

“Masa pulak macam mana tu cikgu?”

Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 6 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik Penolong Juruaudit

Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada dua teras menjadi keutamaan untuk jawatan penolong juruaudit ini. Dua teras itu adalah teras kehematan dan teras kestabilan emosi.

Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat tentang karakter berdasarkan skop tugas sahaja. 

Skop tugas 1: Membantu Ketua Seksyen Audit dalam penyediaan Memorandum Rancangan Audit (MRA) dan program audit untuk projek pengauditan pengurusan agensi dan pengauditan pengurusan aktiviti/ prestasi yang dijalankan.

1. Kehematan.

Pengauditan memerlukan ketelitian yang ekstrem dalam menganalisis data kewangan dan dokumen berkaitan.

Untuk mengesahkan penyata kewangan dan mengeluarkan sijil audit, tahap kesungguhan yang sangat tinggi diperlukan untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan.

Penyediaan laporan audit yang berkualiti dan tepat pada masanya memerlukan disiplin diri dan pengurusan masa yang cemerlang.

Tanggungjawab profesional dan etika dalam pengauditan menuntut integriti yang tinggi dan kepatuhan ketat kepada standard dan prosedur.

Skop tugas 2: Menjalankan pengauditan pengurusan agensi dan pengauditan aktiviti atau prestasi mengikut rancangan dan program audit yang telah ditetapkan.

2. Kestabilan Emosi.

Kerja audit sering melibatkan tekanan yang tinggi, terutamanya apabila berhadapan dengan deadline yang ketat atau penemuan audit yang sensitif. Dalam situasi sebegini, keupayaan untuk mengekalkan tenang dan fokus adalah amat penting.

Penolong juruaudit juga perlu mengekalkan kestabilan emosi dalam situasi yang mencabar, termasuk kemungkinan menghadapi konflik dengan pihak yang diaudit. Kestabilan emosi ini membolehkan mereka menghadapi konflik atau kritikan dengan profesionalisme, tanpa membiarkan emosi mengganggu proses audit.

Lebih penting lagi, kemampuan untuk membuat keputusan yang rasional dalam keadaan tertekan adalah kritikal untuk menghasilkan laporan audit yang seimbang dan profesional. Tanpa kestabilan emosi yang tinggi, kualiti dan integriti kerja audit boleh terjejas.

Wajib Ada Untuk Lulus.

Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang penolong juruaudit itu perlu ada kehematan dan juga ada kestabilan emosi yang tinggi dalam diri mereka.

Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.

Adakah Anda Layak?

Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?

Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Jika tidak ada, itu bermaksud jawatan penolong juruaudit ini tidak sesuai dengan personaliti anda.

“Jadi ujian ni nak uji kehematan dan kestabilan emosi  je ke cikgu?”

Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.

Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan penolong juruaudit, itu anda boleh semak semula nanti.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Juruaudit

Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.

Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.

Soalan 1: Saya selalu berusaha meningkatkan prestasi diri melebihi pesaing dengan menganalisis kesilapan atau masalah terdahulu.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 2: Saya cermat dalam perincian grafik, semakan, perancangan atau aktiviti-aktiviti kerja yang lain.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 3: Saya selalu berusaha memantapkan kedudukan dan memenuhi tarikh akhir peribadi untuk laporan atau hasil kerja.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 4: Saya menjangka perubahan dalam pekerjaan saya dengan mengambil bahagian dalam tugasan yang membantu saya berurusan dengan perubahan semasa.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 5: Saya dapat menguruskan kekecewaan dengan menggunakan penyelesaian yang membina tanpa menyalahkan orang lain.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Tidak Pasti
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Soalan 6: Tanggungjawab pegawai kepada orang awam sentiasa diutamakan berbanding kesetiaan kepada pengurusan atasan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 7: Saya sukakan persaingan kerana ia boleh merapatkan hubungan di antara saya dan pesaing sebagai rakan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 8: Saya berupaya membantu, menasihati dan menggalakkan orang yang baru dengan organisasi atau kepada jawatan tertentu di dalamnya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 9: Saya sentiasa berdaya saing walaupun dalam situasi yang tidak memerlukan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 10: Saya suka bersaing kerana ia memberi peluang untuk menyerlahkan kebolehan saya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Kuiz Psikometrik Penolong Juruaudit

Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.

Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten ke arah karakter seorang penolong juruaudit?

Jom jawab kuiz 20 soalan di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.

Rekemendasi Daripada Cikgu.

Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.

soalan psikometrik juruaudit

Klik butang di bawah untuk download.

Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter seorang penolong juruaudit.

Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, yang bersifat umum, di mana jawapan tak menfokuskan mana-mana jawatan.

Akhir Kalam.

Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik penolong juruaudit, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.

Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga penolong juruaudit kelak. Aamiin.

Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.