200+ Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Tadbir N19

oleh Cikgu Khairul

Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir N19 – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pembantu tadbir N19? Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini?

Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir N19

Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.

Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.

Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.

  • Ya atau tidak
  • Betul atau salah
  • Ya atau betul atau tidak pasti
  • Sangat setuju, setuju, tak pasti, tidak bersetuju, sangat tidak bersetuju.

“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”

Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.

Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.

“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”

Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim.

Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA.

Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.

Ujian Psikometrik 138 Soalan

“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?” 

Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon. 

Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.

Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 135 soalan, ada 166 soalan, dan ada 199 soalan. Untuk soalan pembantu tadbir N19 pula, SPA menggunakan set soalan 138.

“Masa pulak macam mana tu cikgu?”

Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 6 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir N19

Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada dua teras menjadi keutamaan untuk jawatan pembantu tadbir N19 ini. Dua teras itu adalah teras kebersetujuan dan teras kehematan.

Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat saya tentang karakter berdasarkan skop tugas sahaja. 

Skop tugas 1: Bertanggungjawab dalam pengurusan personel, melibatkan perjawatan, pembangunan organisasi dan perancangan sumber manusia, perkhidmatan, latihan dan kerjaya.

1. Kebersetujuan.

Individu dengan kebersetujuan yang tinggi lebih mudah memahami perspektif dan keperluan orang lain. Ini membantu dalam memahami cabaran dan motivasi pekerja, serta merancang program pembangunan yang berkesan.

Selain itu, perancangan sumber manusia dan pembangunan organisasi memerlukan kerjasama dengan pelbagai jabatan dan pihak berkepentingan. Individu yang mudah bersetuju lebih cenderung membina hubungan kerja yang positif dan menggalakkan kerjasama.

Skop tugas 2: Bertanggungjawab dalam pengurusan keselamatan dan ketenteraman di bangunan, kawasan dan pejabat, harta alih dan tidak alih, kediaman dan kuarters kerajaan, rumah pangsa kerajaan, harta dan kemudahan awam.

2. Kehematan.

Individu yang memiliki sifat kehematan cenderung memberi perhatian kepada butiran dan mengambil pendekatan yang bersistem dalam kerja mereka.

Dalam konteks keselamatan, ini bermakna mematuhi protokol dengan teliti, memantau ancaman secara menyeluruh, dan tidak mengabaikan sebarang petunjuk atau risiko yang berpotensi.

Selain itu, kehematan juga dikaitkan dengan disiplin diri yang kuat, iaitu keupayaan untuk kekal fokus dan bermotivasi walaupun berhadapan dengan gangguan atau cabaran.

Wajib Ada Untuk Lulus.

Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang pembantu tadbir itu perlu ada kebersetujuan dan juga ada kehematan yang tinggi dalam diri mereka.

Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.

Adakah Anda Layak?

Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?

Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Jika tidak ada, itu bermaksud jawatan pembantu tadbir ini tidak sesuai dengan personaliti anda.

“Jadi ujian ni nak uji kebersetujuan dan kehematan  je ke cikgu?”

Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.

Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan pembantu tadbir, itu anda boleh semak semula nanti.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir N19

Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.

Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.

Soalan 1: Saya menjelaskan bayaran bil sebelum tertunggak.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 2: Saya akan melaporkan sekiranya saya tahu ada orang lain melanggar peraturan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 3: Saya gemar membuat sesuatu kerja yang akan saya perolehi setelah mengetahui faedah-faedahnya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 4: Saya akan memastikan pakaian saya kemas dan segak sebelum hadir bertugas di pejabat ataupun di lapangan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 5: Saya berusaha untuk menyesuaikan diri kepada keadaan kerja walaupun ianya sukar.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Tidak Pasti
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Soalan 6: Saya sedia mendengar masalah orang lain walaupun pada masa itu saya mempunyai masalah sendiri.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 7: Saya merujuk kepada orang lain untuk membuat keputusan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 8: Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 9: Saya sering berasa janggal kerana mempunyai masalah dalam memahami cara kerja orang lain.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 10: Saya bersedia menyesuaikan tingkah laku apabila perlu untuk bekerja dengan baik bersama orang lain.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Kuiz Psikometrik Pembantu Tadbir N19

Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.

Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten ke arah karakter seorang pembantu tadbir?

Jom jawab kuiz 16 di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.

Rekemendasi Daripada Cikgu.

Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.

soalan psikometrik pembantu tadbir

Klik butang di bawah untuk download.

Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter seorang pembantu tadbir.

Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, yang bersifat umum, di mana jawapan tak menfokuskan mana-mana jawatan.

Akhir Kalam.

Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik pembantu tadbir N19, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.

Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga pembantu tadbir N19 kelak. Aamiin.

Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.