Ujian Psikometrik Pembantu Penyediaan Makanan – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pembantu penyediaan makanan ?
Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini? Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.
Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.
Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.
“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”
Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.
Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.
“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”
Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim.
Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA.
Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.
“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?”
Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon.
Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.
Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 135 soalan, ada 166 soalan, dan ada 199 soalan. Untuk soalan pembantu penyediaan makanan pula, SPA menggunakan set soalan 173.
“Masa pulak macam mana tu cikgu?”
Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 6 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.
Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada dua teras menjadi keutamaan untuk jawatan pembantu penyediaan makanan ini. Dua teras itu adalah teras kehematan dan teras kerjasama.
Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat tentang personaliti berdasarkan skop tugas sahaja.
Skop tugas 1: Bertanggungjawab dalam memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan basah/ mentah dan kering yang dibekalkan untuk memastikan hanya makanan yang mematuhi spesifikasi kontrak diterima.
Skop tugas 2: Bertanggungjawab dalam mengeluarkan bahan-bahan makanan dari stor, chiller dan freezer untuk kegunaan mengikut menu dan resepi piawai.
Kedua-dua skop tugas melibatkan pengurusan inventori makanan. Skor kehematan yang tinggi membantu dalam mengorganisasi dan menguruskan inventori dengan lebih efisien, memastikan bahan-bahan makanan disimpan dan dikeluarkan dengan betul.
Skop tugas 1 memerlukan pemeriksaan yang cermat terhadap makanan yang dibekalkan. Skor kehematan yang tinggi memastikan pekerja melakukan pemeriksaan ini dengan teliti, tanpa melepaskan sebarang kecacatan atau ketidakpatuhan kepada spesifikasi kontrak.
Dalam mengeluarkan bahan makanan mengikut menu dan resepi piawai (skop tugas 2), perhatian kepada detail adalah kritikal. Skor kehematan yang tinggi memastikan pekerja memberi perhatian kepada keperluan spesifik setiap resepi.
Tugas penyediaan makanan sering melibatkan kerja berpasukan yang erat. Seseorang dengan skor kerjasama tinggi lebih cenderung untuk bekerjasama dengan baik, membantu rakan sekerja, dan menyumbang kepada persekitaran kerja yang harmoni.
Individu yang tinggi dalam kerjasama biasanya lebih baik dalam berkomunikasi dengan sopan dan berkesan. Ini penting dalam persekitaran dapur yang sibuk di mana arahan perlu difahami dan dilaksanakan dengan cepat dan tepat.
Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang pembantu penyediaan makanan itu perlu ada sikap kehematan dan juga ada kerjasama yang tinggi dalam diri mereka.
Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.
Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?
Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Jika tidak ada, just terima dengan hati terbuka. Itu bermaksud jawatan pembantu penyediaan makanan ini tidak sesuai dengan personaliti anda.
“Jadi ujian ni nak uji skor kehematan dan kerjasama je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.
Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan pembantu penyediaan makanan, itu anda boleh semak semula nanti.
Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.
Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.
Soalan 1: Saya selesa bekerja secara sendirian walaupun ada yang ingin membantu.
Soalan 2: Saya memberikan banyak pujian dan galakan kepada orang lain.
Soalan 3: Saya risau jika saya tidak dapat menyiapkan tugasan dengan sempurna.
Soalan 4: Saya gemar membuat sesuatu kerja yang akan saya perolehi setelah mengetahui faedah-faedahnya.
Soalan 5: Menghasilkan satu piawaian kualiti kerja yang tinggi.
Soalan 6: Individu yang mengalah semasa pertandingan adalah lemah.
Soalan 7: Sambutan perayaan pelbagai kaum di negara ini adalah berfaedah.
Soalan 8: Saya cuba untuk mempertimbangkan pandangan orang lain untuk berinteraksi dengan mereka.
Soalan 9: Saya menghargai perspektif berbeza demi mengukuhkan pemahaman saya tentang sesuatu isu atau masalah.
Soalan 10: Saya boleh berinteraksi dengan orang lain dengan sikap berbudi bahasa dan mesra.
Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.
Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten ke arah karakter seorang pembantu penyediaan makanan?
Jom jawab kuiz 20 soalan di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.
Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.
Klik butang di bawah untuk download.
Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter pembantu penyediaan makanan.
Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, yang bersifat umum, di mana jawapan tak menfokuskan mana-mana jawatan.
Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik pembantu penyediaan makanan, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.
Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga pembantu penyediaan makanan kelak. Aamiin.
Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.