200+ Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Pendaftaran

oleh Cikgu Khairul

Ujian Psikometrik Pembantu Pendaftaran – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pembantu pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara? Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini?

Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Ujian Psikometrik Pembantu Pendaftaran

Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.

Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.

Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.

  • Ya atau tidak
  • Betul atau salah
  • Ya atau betul atau tidak pasti
  • Sangat setuju, setuju, tak pasti, tidak bersetuju, sangat tidak bersetuju.

“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”

Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.

Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.

“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”

Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim.

Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA.

Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.

Ujian Psikometrik 138 Soalan

“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?” 

Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon. 

Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.

Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 135 soalan, ada 166 soalan, dan ada 199 soalan. Untuk soalan pembantu pendaftaran pula, SPA menggunakan set soalan 138.

“Masa pulak macam mana tu cikgu?”

Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 6 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik Pembantu Pendaftaran

Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada dua teras menjadi keutamaan untuk jawatan pembantu pendaftaran ini. Dua teras itu adalah teras kehematan dan teras kebersetujuan.

Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat tentang karakter berdasarkan skop tugas sahaja. 

Skop tugas 1: Menerima dan memproses permohonan daftar kelahiran, kematian dan anak angkat. Menerima, menyemak dan memproses borang permohonan warganegara iaitu Borang A, B, C, dan E. Mendaftar kes-kes siasatan ke dalam sistem untuk pembukaan fail baru setelah mendapat kelulusan pengarah.

1. Kehematan.

Tugas-tugas ini memerlukan tahap kehematan yang sangat tinggi kerana memerlukan ketelitian dalam menangani dokumen-dokumen penting yang berkaitan dengan peristiwa hidup yang kritikal.

Ketepatan dalam pemprosesan data adalah penting untuk mengelakkan kesilapan yang boleh memberi kesan besar kepada individu dan keluarga.

Selain itu, pemeriksaan teliti terhadap borang-borang juga adalah kritikal untuk memastikan semua maklumat yang diperlukan lengkap dan tepat.

Proses ini memerlukan perhatian kepada perincian yang tinggi untuk mengelakkan kesilapan dalam urusan kewarganegaraan yang sensitif.

Skop tugas 2: Membantu menyelesaikan masalah pelanggan yang berurusan dengan pejabat. Memberi penjelasan dan jawapan terhadap aduan daripada pelanggan dan Biro Pengaduan Awam. Menjawab permohonan carian alamat dari agensi-agensi kerajaan dan swasta.

2. Kebersetujuan.

Individu dengan skor kebersetujuan yang tinggi cenderung untuk bersikap sabar dan memahami ketika berhadapan dengan pelanggan yang mungkin sedang kecewa atau marah. Mendengar dengan empati dan berusaha untuk memahami sudut pandang pelanggan. 

Dalam skop memberi penjelasan dan jawapan terhadap aduan pula, tinggi dalam kebersetujuan dapat membantu dalam berkomunikasi dengan sopan dan berkesan, walaupun ketika berhadapan dengan aduan yang mencabar.

Wajib Ada Untuk Lulus.

Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang pembantu pendaftaran itu perlu ada kehematan dan juga ada kebersetujuan yang tinggi dalam diri mereka.

Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.

Adakah Anda Layak?

Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?

Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Jika tidak ada, itu bermaksud jawatan pembantu pendaftaran ini tidak sesuai dengan personaliti anda.

“Jadi ujian ni nak uji kehematan dan kebersetujuan  je ke cikgu?”

Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.

Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan pembantu pendaftaran, itu anda boleh semak semula nanti.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pendaftaran

Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.

Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.

Soalan 1: Saya cenderung memandang serius sesuatu pertandingan walaupun sekadar perlawanan persahabatan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 2: Saya tidak perlu membalas budi rakan baik saya apabila dia membantu saya kerana dia adalah rakan baik saya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 3: Saya berupaya membangunkan dan memperkasakan mereka yang berada di bawah kepimpinan saya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 4: Saya percaya bahawa hanya ada satu penyelesaian ‘terbaik’.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 5: Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Tidak Pasti
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Soalan 6: Saya berfikiran positif tentang natijah sesuatu keadaan dan dapat melakukan kerja dengan baik apabila berada di bawah tekanan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 7: Saya suka bersaing kerana ia memberi peluang untuk menyerlahkan kebolehan saya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 8: Saya cuba untuk membentuk kaedah baru untuk menyelesaikan masalah atipikal.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 9: Saya tampil ke depan dan mengawal keadaan yang ketiadaan pemimpin.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 10: Kejayaan dalam pertandingan olahraga tidak membuatkan saya berasa lebih hebat berbanding orang lain.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Kuiz Psikometrik Pembantu Pendaftaran

Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.

Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten ke arah karakter seorang pembantu pendaftaran?

Jom jawab kuiz 20 soalan di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.

Rekemendasi Daripada Cikgu.

Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.

Klik butang di bawah untuk download.

Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter seorang pembantu pendaftaran.

Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, yang bersifat umum, di mana jawapan tak menfokuskan mana-mana jawatan.

Akhir Kalam.

Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik pembantu pendaftaran, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.

Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga pembantu pendaftaran kelak. Aamiin.

Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.