Ujian Psikometrik Pembantu Pembangunan Masyarakat – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pembantu pembangunan masyarakat ?
Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini? Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.
Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.
Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.
“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”
Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.
Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.
“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”
Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim.
Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA.
Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.
“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?”
Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon.
Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.
Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 135 soalan, ada 166 soalan, dan ada 199 soalan. Untuk soalan pembantu pembangunan masyarakat pula, SPA menggunakan set soalan 140.
“Masa pulak macam mana tu cikgu?”
Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 6 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.
Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada dua teras menjadi keutamaan untuk jawatan pembantu pembangunan masyarakat ini. Dua teras itu adalah teras kehematan dan teras keterbukaan.
Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat tentang personaliti berdasarkan skop tugas sahaja.
Skop tugas 1: Membantu mengumpul dan mengemaskini maklumat/data, direktori Rukun Tetangga (RT) melalui sistem Pembangunan Maklumat RT (e-RT) sebagai rujukan pihak berkuasa di peringkat daerah/bahagian.
Skop tugas 2: Membantu melaksana dan menyelia Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di daerah dalam pelaksanaan program keselamatan sosial di peringkat komuniti setempat.
Skop tugas ini memerlukan ketelitian yang tinggi dalam pengumpulan dan pengemaskinian data. Ini memerlukan tahap kehematan yang tinggi untuk memastikan maklumat yang dikumpul dan dikemaskinikan adalah tepat dan boleh dipercayai.
Pelaksanaan program memerlukan perancangan yang rapi dan pengurusan yang efisien. Penyeliaan memerlukan pemantauan yang konsisten dan teliti terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Skop tugas 3: Membantu mengenal pasti konflik sosial yang berlaku dalam masyarakat setempat seperti gejala sosial, jenayah, demonstrasi, pergaduhan, serangan dan sebagainya.
Skop tugas 4: Membantu mengumpul isu/konflik dan maklumat ketegangan hubungan kaum yang berlaku dalam masyarakat sebagai kaedah untuk mengukur keharmonian masyarakat.
Keterbukaan yang tinggi membolehkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap kerumitan dan kepelbagaian isu-isu sosial ini. Konflik sosial dan ketegangan kaum sentiasa berubah dan berkembang. Skor keterbukaan yang tinggi membantu dalam menyesuaikan diri dengan situasi baru dan tidak terduga.
Selain itu, pembantu pembangunan masyarakat perlu memahami ketegangan hubungan kaum memerlukan sensitiviti terhadap perbezaan budaya. Keterbukaan yang tinggi meningkatkan keupayaan untuk memahami dan menghargai kepelbagaian budaya tanpa berlaku berat sebelah.
Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang pembantu pembangunan masyarakat itu perlu ada kehematan dan juga ada keterbukaan yang tinggi dalam diri mereka.
Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.
Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?
Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Jika tidak ada, itu bermaksud jawatan pembantu pembangunan masyarakat ini tidak sesuai dengan personaliti anda.
“Jadi ujian ni nak uji kehematan dan keterbukaan je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.
Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan pembantu pembangunan masyarakat, itu anda boleh semak semula nanti.
Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.
Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.
Soalan 1: Saya berupaya berinteraksi dengan pihak lain dalam situasi sosial di mana individu tersebut mewakili organisasi.
Soalan 2: Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua.
Soalan 3: Saya sukakan persaingan kerana ia boleh merapatkan hubungan di antara saya dan pesaing sebagai rakan.
Soalan 4: Saya gemar membuat sesuatu kerja yang akan saya perolehi setelah mengetahui faedah-faedahnya.
Soalan 5: Saya dapat menyesuaikan diri di dalam semua keadaan dalam organisasi.
Soalan 6: Saya gembira hidup dalam sebuah negara majmuk.
Soalan 7: Sambutan perayaan pelbagai kaum di negara ini adalah berfaedah.
Soalan 8: Saya cuba untuk mempertimbangkan pandangan orang lain untuk berinteraksi dengan mereka.
Soalan 9: Saya menghargai perspektif berbeza demi mengukuhkan pemahaman saya tentang sesuatu isu atau masalah.
Soalan 10: Saya boleh berinteraksi dengan orang lain dengan sikap berbudi bahasa dan mesra.
Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.
Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten ke arah karakter seorang pembantu pembangunan masyarakat?
Jom jawab kuiz 20 soalan di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.
Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.
Klik butang di bawah untuk download.
Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter pembantu pembangunan masyarakat.
Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, yang bersifat umum, di mana jawapan tak menfokuskan mana-mana jawatan.
Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik pembantu pembangunan masyarakat, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.
Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga pembantu pembangunan masyarakat kelak. Aamiin.
Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.