Ujian Psikometrik Pembantu Makmal – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pembantu makmal?
Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini? Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.
Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.
Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.
“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”
Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.
Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.
“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”
Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim.
Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA.
Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.
“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?”
Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon.
Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.
Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 135 soalan, ada 166 soalan, dan ada 199 soalan. Untuk soalan pembantu makmal pula, SPA menggunakan set soalan 140.
“Masa pulak macam mana tu cikgu?”
Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 6 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.
Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada dua teras menjadi keutamaan untuk jawatan pembantu makmal ini. Dua teras itu adalah teras kehematan dan teras kestabilan emosi.
Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat tentang karakter berdasarkan skop tugas sahaja.
Skop tugas 1: Membantu menjalankan analisis kimia terhadap sampel-sampel mineral berlogam, logam, aloi, lempung, batu kapur, pasir silikat, bahan seramik, bijih, air tanah, batu arang, sampel eksplorasi seperti sedimen, tanih dan sebagainya untuk unsur-unsur utama berkaitan dengannya.
Skop tugas 2: Mencatat dan merekodkan semua data mentah analisis lazim yang dijalankan.
Skop tugas 3: Membantu menjalankan kerja-kerja berkaitan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti ISO IEC 17025, MS ISO 9000 dan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja OHSAS 18001.
Ketiga-tiga skop tugas ini merupakan antara tugas-tugas seorang pembantu makmal.
Skop tugas ini memerlukan tahap kehematan yang sangat tinggi kerana analisis kimia memerlukan ketelitian yang ekstrem, konsistensi dalam mengikuti prosedur, dan perhatian terhadap detail yang sangat tinggi untuk memastikan ketepatan hasil.
Pencatatan dan perekodаn data mentah pula memerlukan ketepatan yang mutlak, organisasi yang rapi, dan disiplin untuk memastikan integriti data penyelidikan.
Manakala pelaksanaan sistem pengurusan kualiti ISO dan OHSAS memerlukan kepatuhan yang ketat terhadap prosedur, dokumentasi yang teliti, dan konsistensi dalam mengikuti standard yang ditetapkan.
Skop tugas 4: Membantu pegawai penyelidik menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang teknologi nuklear dan bidang yang berkaitan dengannya.
Skop tugas 5: Membantu menyelia kuarantin tumbuhan dan haiwan terutamanya semasa wabak penyakit.
Skop tugas 6: Membantu mengawal impak alam sekitar dan pengendalian kargo berbahaya terutamanya gas cecair asli, gas ammonia, bitumen, bahan petroleum/ kimia.
Tugas seorang pembantu makmal perlu bekerja dengan bahan radioaktif dan peralatan nuklear memerlukan ketenangan dan fokus yang tinggi kerana risiko keselamatan yang terlibat.
Penyelidikan dalam bidang ini sering melibatkan eksperimen yang sensitif dan memerlukan kesabaran serta ketahanan mental untuk mengulangi prosedur berkali-kali.
Situasi wabak penyakit pula boleh menjadi sangat tegang dan penuh tekanan, memerlukan ketenangan untuk membuat keputusan yang tepat. Berurusan dengan kemungkinan penularan penyakit memerlukan ketahanan mental untuk mengelakkan panik atau kebimbangan berlebihan.
Pengendalian bahan berbahaya ini membawa risiko tinggi dan memerlukan tahap kewaspadaan tanpa menjadi terlalu cemas atau tertekan. Situasi kecemasan seperti tumpahan atau kebocoran memerlukan tindak balas yang tenang dan terkawal untuk mengelakkan kesilapan yang boleh memburukkan keadaan.
Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang pembantu makmal itu perlu ada kehematan dan juga ada kestabilan emosi yang tinggi dalam diri mereka.
Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.
Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?
Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Jika tidak ada, itu bermaksud jawatan pembantu makmal ini tidak sesuai dengan personaliti anda.
“Jadi ujian ni nak uji kehematan dan kestabilan emosi je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.
Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan pembantu makmal, itu anda boleh semak semula nanti.
Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.
Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.
Soalan 1: Saya terus fokus kepada keadaan untuk bertindak balas dengan cepat.
Soalan 2: Saya dapat menguruskan kekecewaan menggunakan penyelesaian yang membina tanpa menyalahkan orang lain.
Soalan 3: Saya berusaha untuk menangani masalah yang berlaku dengan cara mencari penyelesaian yang inovatif.
Soalan 4: Saya menghadiri majlis yang membantu peningkatan imej organisasi walaupun kehadiran saya tidak diwajibkan.
Soalan 5: Sebagai seorang ketua, saya akan pastikan orang mengikuti arahan saya.
Soalan 6: Saya menerima alasan daripada rakan yang tidak menepati janji.
Soalan 7: Sambutan perayaan pelbagai kaum di negara ini adalah berfaedah.
Soalan 8: Saya cuba untuk membentuk kaedah baru untuk menyelesaikan masalah atipikal.
Soalan 9: Saya sering berasa janggal kerana mempunyai masalah dalam memahami cara kerja orang lain.
Soalan 10: Saya bersedia menyesuaikan tingkah laku apabila perlu untuk bekerja dengan baik bersama orang lain.
Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.
Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten ke arah karakter seorang pembantu makmal?
Jom jawab kuiz 20 soalan di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.
Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.
Klik butang di bawah untuk download.
Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter seorang pembantu makmal.
Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, yang bersifat umum, di mana jawapan tak menfokuskan mana-mana jawatan.
Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik pembantu makmal, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.
Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga pembantu makmal kelak. Aamiin.
Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.