Ujian Psikometrik Pegawai Undang-Undang – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pegawai undang-undang? Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini?
Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.
Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.
Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.
“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”
Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.
Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.
“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”
Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim.
Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA.
Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.
“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?”
Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon.
Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.
Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 135 soalan, ada 166 soalan, dan ada 199 soalan. Untuk soalan pegawai undang-undang pula, SPA menggunakan set soalan 181.
“Masa pulak macam mana tu cikgu?”
Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 6 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.
Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada dua teras menjadi keutamaan untuk jawatan pegawai undang-undang ini. Dua teras itu adalah teras ketelitian dan teras keterbukaan.
Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat saya tentang karakter berdasarkan skop tugas sahaja.
Skop tugas 1: Membantu mengumpul dan menganalisa dokumen serta maklumat perundangan bagi pembaharuan undang-undang.
Maklumat undang-undang perlu dikumpul dan disusun secara teratur, sistematik, serta bebas dari kesilapan.
Pegawai perlu membandingkan sumber undang-undang tempatan dan antarabangsa, memahami perubahan dasar, serta menilai kesan pindaan terhadap sistem perundangan negara.
Pegawai yang kurang dalam ketelitian mungkin terlepas maklumat penting atau membuat analisis yang kurang tepat, menyebabkan kelemahan dalam cadangan pindaan.
Skop tugas 2: Menjalankan kerja-kerja penyelidikan am mengenai undang-undang berkaitan pemerintahan, tanah dan kerajaan tempatan.
Penyelidikan undang-undang memerlukan pemikiran terbuka kerana pegawai perlu mempertimbangkan perspektif sejarah, sosial, ekonomi dan politik.
Pegawai perlu menggali pelbagai sumber, termasuk kajian kes, perundangan antarabangsa, dan pendapat pakar sebelum merangka cadangan pindaan.
Jika keterbukaan seseorang itu rendah, mereka mungkin hanya menggunakan sumber yang biasa dan mengikut prosedur lama tanpa mempertimbangkan pembaharuan yang lebih efektif.
Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang pegawai undang-undang itu perlu ada ketelitian dan juga ada keterbukaan yang tinggi dalam diri mereka.
Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.
Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?
Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Jika tidak ada, just terima dengan hati terbuka. Itu bermaksud jawatan pegawai undang-undang ini tidak sesuai dengan personaliti anda.
“Jadi ujian ni nak uji ketelitian dan keterbukaan je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.
Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan pegawai undang-undang, itu anda boleh semak semula nanti.
Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.
Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.
Soalan 1: Saya kadang kala melampaui batas fizikal untuk menyelesaikan tugas yang mendesak.
Soalan 2: Saya boleh bekerja melewati tempoh kerja tetap atau biasa untuk menyempurnakan perkhidmatan atau produk.
Soalan 3: Rata-rata anggota penguatkuasa akan mengabaikan/menutup mata terhadap perlanggaran undang-undang jika ditawarkan habuan.
Soalan 4: Pihak yang mendapat suara majoriti, menjadi kecenderungan saya untuk berpihak kepadanya.
Soalan 5: Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga.
Soalan 6: Saya mempelajari cara baru untuk menjalankan tugas saya agar dapat berkolaborasi dengan lebih baik bersama orang lain.
Soalan 7: Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
Soalan 8: Saya percaya prestasi cemerlang bergantung pada diri saya, bukan orang lain atau kerana bernasib baik.
Soalan 9: Merasa bahawa anda memainkan peranan yang berguna dalam apa sahaja perkara yang dilakukan?
Soalan 10: Tidak perlu memaklumkan kepada penyelia untuk keluar semasa waktu pejabat jika masa yang diambil kurang daripada satu jam.
Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.
Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu konsisten ke arah karakter seorang pegawai undang-undang?
Jom jawab kuiz 20 di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.
Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telah pun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.
Klik butang di bawah untuk download.
Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter seorang pegawai undang-undang.
Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, yang bersifat umum, dan tak menfokuskan mana-mana jawatan.
Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik pegawai undang-undang, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.
Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga pegawai undang-undang kelak. Aamiin.
Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.