Ujian Psikometrik Pegawai Teknologi Maklumat – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pegawai teknologi maklumat?
Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini? Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.
Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.
Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.
“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”
Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.
Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.
“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”
Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim.
Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA.
Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.
“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?”
Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon.
Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.
Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 135 soalan, ada 166 soalan, dan ada 199 soalan. Untuk soalan pegawai teknologi maklumat pula, SPA menggunakan set soalan 181.
“Masa pulak macam mana tu cikgu?”
Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 5 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.
Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada dua teras menjadi keutamaan untuk jawatan pegawai teknologi maklumat ini. Dua teras itu adalah teras disiplin dan teras kreativiti.
Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat tentang karakter berdasarkan skop tugas sahaja.
Skop tugas 1: Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja membangunkan program, menguji program, menyediakan dokumentasi program, membantu dalam penyediaan spesifikasi program serta membantu dalam pengujian perisian pembangunan sistem aplikasi.
Skop tugas ini melibatkan banyak kerja berstruktur dan terperinci, seperti membangunkan program, menguji kod, menyediakan dokumentasi, dan spesifikasi teknikal.
Seorang pegawai perlu mempunyai ketelitian, disiplin, dan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk memastikan program yang dibangunkan bebas daripada kesilapan dan berfungsi dengan baik.
Tugas ini memerlukan mereka untuk mengikut prosedur dengan teliti dan mematuhi garis masa projek.
Skop tugas 2: Bertanggungjawab dalam membantu menganalisis keperluan program serta terlibat di dalam merekabentuk, pengekodan dan menyelenggara sistem serta berkeupayaan di dalam troubleshooting dan problem solving yang berkaitan dengan program dan sistem aplikasi.
Skop tugas ini pula memerlukan pegawai IT untuk berinovasi dalam mereka bentuk sistem dan menyelesaikan masalah secara kreatif.
Seorang pegawai perlu sentiasa meneroka kaedah baharu untuk memperbaiki sistem, termasuk menggunakan framework, algoritma, atau tool baharu.
Kebolehan troubleshooting dan problem solving pula memerlukan seorang individu yang mempunyai sifat fleksibel, dan kemampuan mencuba penyelesaian yang bersifat kreatif dan inovatif.
Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang pegawai teknologi maklumat itu perlu ada disiplin dan juga ada kreativiti yang tinggi dalam diri mereka.
Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.
Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?
Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Jika tidak ada, just terima dengan hati terbuka. Itu bermaksud jawatan pegawai teknologi maklumat ini tidak sesuai dengan personaliti anda.
“Jadi ujian ni nak uji disiplin dan kreativiti je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.
Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan pegawai teknologi maklumat, itu anda boleh semak semula nanti.
Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.
Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.
Soalan 1: Saya menjangka perubahan dalam pekerjaan saya dengan mengambil bahagian dalam tugasan yang membantu saya berurusan dengan perubahan semasa.
Soalan 2: Saya tertarik kepada perubahan yang lebih baik dan tidak akan teragak-agak melaksanakan perubahan tersebut.
Soalan 3: Saya bergantung kepada pelbagai maklumat untuk mencari penyelesaian inovatif terhadap sebarang masalah.
Soalan 4: Saya belajar cara baru yang lebih baik di dalam melaksanakan kerja atau tugas daripada rakan sekerja.
Soalan 5: Saya percaya prestasi cemerlang bergantung pada diri saya, bukan orang lain atau kerana bernasib baik.
Soalan 6: Saya biasanya membuat keputusan atau mengambil tindakan hanya selepas mempertimbangkan implikasi jangka panjang.
Soalan 7: Saya gemar membuat sesuatu kerja yang akan saya perolehi setelah mengetahui faedah-faedahnya.
Soalan 8: Dalam apa jua situasi, saya lebih suka mengamalkan cara kerja saya sendiri dan bertindak berdasarkan prinsip kerjasama yang saya pegang.
Soalan 9: Saya akan berasa kecewa jika tidak dapat mengatasi kejayaan orang lain.
Soalan 10: Rakan-rakan sekerja sering mendapatkan nasihat saya apabila mereka berada dalam keadaan yang sukar kerana saya bersikap tenang.
Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.
Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten ke arah karakter seorang pegawai teknologi maklumat?
Jom jawab kuiz 20 soalan di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.
Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.
Klik butang di bawah untuk download.
Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter seorang pegawai teknologi maklumat.
Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, yang bersifat umum, di mana jawapan tak menfokuskan mana-mana jawatan.
Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik pegawai teknologi maklumat, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.
Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga pegawai teknologi maklumat kelak. Aamiin.
Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.