Ujian Psikometrik Pegawai Pertahanan Awam – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pegawai pertahanan awam?
Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini? Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.
Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.
Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.
“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”
Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.
Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.
“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”
Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim.
Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA.
Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.
“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?”
Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon.
Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.
Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 135 soalan, ada 166 soalan, dan ada 199 soalan. Untuk soalan pegawai pertahanan awam pula, SPA menggunakan set soalan 140.
“Masa pulak macam mana tu cikgu?”
Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 6 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.
Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada dua teras menjadi keutamaan untuk jawatan pegawai pertahanan awam ini. Dua teras itu adalah teras kehematan dan teras kestabilan emosi.
Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat tentang karakter berdasarkan skop tugas sahaja.
Skop tugas: Merancang, mengurus dan mengadakan kursus-kursus dan latihan pegawai-pegawai pertahanan awam. Kemudian perlu mengkaji dan membangunkan program latihan yang diperlukan, dan perlu menyusun program pembangunan latihan berkaitan kemahiran.
Merancang kursus dan latihan untuk pelbagai kumpulan memerlukan perhatian yang tinggi terhadap detail. Kesilapan dalam perancangan boleh memberi kesan negatif kepada kesiapsiagaan pasukan.
Pembangunan dan penambahbaikan program latihan memerlukan usaha berterusan dan jangka panjang. Kehematan yang tinggi dikaitkan dengan ketekunan dalam mencapai matlamat.
Tugas pegawai pertahanan awam mungkin melibatkan situasi yang kritikal atau berbahaya. Kestabilan emosi membantu seseorang itu dalam membuat keputusan yang rasional dalam keadaan tertekan.
Dalam berhadapan dengan orang awam atau situasi yang berpotensi tercetusnya konflik, skor kestabilan emosi yang tinggi sangat penting. Dengan wujudnya kestabilan emosi yang baik dalam diri seseorang, ia dalam membantu mengelakkan reaksi berlebihan atau tidak profesional.
Selain itu, individu dengan kestabilan emosi yang tinggi kurang cenderung untuk bertindak impulsive (bertindak mengikut kehendak hati). Ini dapat mengurangkan risiko terlibat dalam penyelewengan atau melanggar prosedur.
Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang pegawai pertahanan awam itu perlu ada kehematan dan juga ada kestabilan emosi yang tinggi dalam diri mereka.
Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.
Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?
Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Jika tidak ada, itu bermaksud jawatan pegawai pertahanan awam ini tidak sesuai dengan personaliti anda.
“Jadi ujian ni nak uji kehematan dan kestabilan emosi je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.
Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan pegawai pertahanan awam, itu anda boleh semak semula nanti.
Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.
Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.
Soalan 1: Saya menerima khabar angin sebagai suatu yang tidak perlu disahkan.
Soalan 2: Dalam apa jua situasi, saya lebih suka mengamalkan cara kerja saya sendiri dan bertindak berdasarkan prinsip kerjasama yang saya pegang.
Soalan 3: Saya gemar membuat sesuatu kerja yang akan saya perolehi setelah mengetahui faedah-faedahnya.
Soalan 4: Saya percaya bahawa hanya ada satu penyelesaian ‘terbaik’.
Soalan 5: Saya berusaha untuk menyesuaikan diri kepada keadaan kerja walaupun ianya sukar.
Soalan 6: Saya sedia mendengar masalah orang lain walaupun pada masa itu saya mempunyai masalah sendiri.
Soalan 7: Sambutan perayaan pelbagai kaum di negara ini adalah berfaedah.
Soalan 8: Saya cuba untuk membentuk kaedah baru untuk menyelesaikan masalah atipikal.
Soalan 9: Saya sering berasa janggal kerana mempunyai masalah dalam memahami cara kerja orang lain.
Soalan 10: Saya bersedia menyesuaikan tingkah laku apabila perlu untuk bekerja dengan baik bersama orang lain.
Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.
Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten ke arah karakter seorang pegawai pertahanan awam?
Jom jawab kuiz 20 soalan di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.
Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.
Klik butang di bawah untuk download.
Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter seorang pegawai pertahanan awam.
Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, yang bersifat umum, di mana jawapan tak menfokuskan mana-mana jawatan.
Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik pegawai pertahanan awam, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.
Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga pegawai pertahanan awam kelak. Aamiin.
Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.