200+ Soalan Psikometrik Pegawai Penerangan

oleh Cikgu Khairul

Ujian Psikometrik Pegawai Penerangan – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pegawai penerangan ?

Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini? Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Ujian Psikometrik Pegawai Penerangan

Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.

Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.

Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.

  • Ya atau tidak
  • Betul atau salah
  • Ya atau betul atau tidak pasti
  • Sangat setuju, setuju, tak pasti, tidak bersetuju, sangat tidak bersetuju.

“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”

Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.

Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.

“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”

Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim.

Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA.

Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.

Ujian Psikometrik 173 Soalan

“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?” 

Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon. 

Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.

Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 135 soalan, ada 166 soalan, dan ada 199 soalan. Untuk soalan pegawai penerangan pula, SPA menggunakan set soalan 173.

“Masa pulak macam mana tu cikgu?”

Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 6 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik Pegawai Penerangan

Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada dua teras menjadi keutamaan untuk jawatan pegawai penerangan ini. Dua teras itu adalah teras kehematan dan teras keterbukaan.

Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat tentang personaliti berdasarkan skop tugas sahaja.

Skop tugas 1: Bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan program dan aktiviti di peringkat negeri, bahagian dan daerah dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Skop tugas 2: Bertanggungjawab dalam menyelaras dan mengawalselia program dan aktiviti penyebaran maklumat di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan antarabangsa.

1. Kehematan.

Skor kehematan yang tinggi adalah penting untuk jawatan kerana terdapat banyak skop tugas melibatkan ciri-ciri seperti ketelitian, keteraturan, disiplin diri, ketekalan, dan kebolehpercayaan.

Untuk skop tugas 1, ia memerlukan pengurusan yang teratur dan sistematik untuk memantau pelbagai program di peringkat negeri, bahagian, dan daerah. Individu dengan skor kehematan yang tinggi lebih cenderung untuk mewujudkan dan mengikuti sistem yang efisien.

Dalam mengawalselia aktiviti penyebaran maklumat (skop tugas 2), perhatian kepada detail adalah kritikal. Pegawai dengan skor kehematan tinggi lebih cenderung untuk memastikan setiap aspek maklumat yang disebarkan adalah benar dan lengkap.

Skop tugas 3: Bertanggungjawab dalam merancang dan mambangunkan kandungan kreatif untuk penerbitan konvensional dan digital.

Skop tugas 4: Bertanggungjawab dalam merangka program latihan kakitangan mengikut perkembangan semasa.

2. Keterbukaan.

Sifat keterbukaan, adalah trait personaliti yang penting untuk jawatan ini. Ia dicirikan oleh kreativiti, keingintahuan intelektual, kesediaan untuk mencuba idea baru, dan fleksibiliti dalam pemikiran.

Keterbukaan yang tinggi sangat penting untuk menghasilkan kandungan yang kreatif dan inovatif (skop tugas 3). Individu dengan trait ini lebih cenderung untuk menjana idea-idea baru dan unik yang boleh menarik perhatian pembaca atau penonton.

Keterbukaan yang tinggi juga membolehkan perancang latihan (skop tugas 4) untuk sentiasa peka terhadap perkembangan terkini dalam industri dan menerapkannya ke dalam program latihan.

Sifat keterbukaan juga membolehkan individu itu merancang latihan untuk memahami dan menyesuaikan program dengan keperluan dan gaya pembelajaran pelbagai generasi.

Wajib Ada Untuk Lulus.

Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang pegawai penerangan itu perlu ada kehematan dan juga ada keterbukaan yang tinggi dalam diri mereka.

Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.

Adakah Anda Layak?

Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?

Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Jika tidak ada, just terima dengan hati terbuka. Itu bermaksud jawatan pegawai penerangan ini tidak sesuai dengan personaliti anda.

“Jadi ujian ni nak uji kehematan dan keterbukaan  je ke cikgu?”

Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.

Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan pegawai penerangan, itu anda boleh semak semula nanti.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penerangan

Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.

Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.

Soalan 1: Saya bergantung kepada pelbagai maklumat untuk mencari penyelesaian inovatif terhadap sebarang masalah.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 2: Saya tertarik kepada perubahan yang lebih baik dan tidak akan teragak-agak melaksanakan perubahan tersebut.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 3: Saya percaya bahawa hanya ada satu penyelesaian ‘terbaik’.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 4: Saya gemar membuat sesuatu kerja yang akan saya perolehi setelah mengetahui faedah-faedahnya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 5: Saya mempamerkan kebahagian seperti kanak-kanak.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Tidak Pasti
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Soalan 6: Saya gembira hidup dalam sebuah negara majmuk.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 7: Sambutan perayaan pelbagai kaum di negara ini adalah berfaedah.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 8: Saya cuba untuk mempertimbangkan pandangan orang lain untuk berinteraksi dengan mereka.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 9: Saya menghargai perspektif berbeza demi mengukuhkan pemahaman saya tentang sesuatu isu atau masalah.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 10: Saya menghargai perspektif berbeza demi mengukuhkan pemahaman saya tentang sesuatu isu atau masalah.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Kuiz Psikometrik Pegawai Penerangan

Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.

Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten ke arah karakter seorang pegawai penerangan?

Jom jawab kuiz 20 soalan di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.

Rekemendasi Daripada Cikgu.

Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.

soalan psikometrik pegawai penerangan

Klik butang di bawah untuk download.

Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter pegawai penerangan.

Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, yang bersifat umum, di mana jawapan tak menfokuskan mana-mana jawatan.

Semoga Bermanfaat.

Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik pegawai penerangan, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.

Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga pegawai penerangan kelak. Aamiin.

Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.