200+ Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Pemulihan Perubatan

oleh Cikgu Khairul

Ujian Psikometrik Pegawai Pemulihan Perubatan – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pegawai pemulihan perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia? Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini?

Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Ujian Psikometrik Pegawai Pemulihan Perubatan

Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.

Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.

Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.

  • Ya atau tidak
  • Betul atau salah
  • Ya atau betul atau tidak pasti
  • Sangat setuju, setuju, tak pasti, tidak bersetuju, sangat tidak bersetuju.

“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”

Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.

Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.

“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”

Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim.

Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA.

Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.

Ujian Psikometrik 138 Soalan

“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?” 

Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon. 

Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.

Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 135 soalan, ada 166 soalan, dan ada 199 soalan. Untuk soalan pegawai pemulihan perubatan pula, SPA menggunakan set soalan 138.

“Masa pulak macam mana tu cikgu?”

Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 6 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik Pegawai Pemulihan Perubatan

Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada dua teras menjadi keutamaan untuk jawatan pegawai pemulihan perubatan ini. Dua teras itu adalah teras kehematan dan teras kebersetujuan.

Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat tentang karakter berdasarkan skop tugas sahaja. 

Skop tugas 1: Menilai, merancang dan memberi rawatan pemulihan dalam bidang pengkhususan kepada pesakit.

1. Kehematan.

Untuk tugas menilai, merancang dan memberi rawatan pemulihan dalam bidang pengkhususan kepada pesakit, skor kehematan memainkan peranan yang sangat penting.

Seorang pegawai memerlukan ketelitian yang tinggi dalam mengumpul dan menganalisis maklumat pesakit. Penting untuk memberi perhatian kepada detail-detail kecil yang mungkin memberi impak besar kepada diagnosis dan rancangan rawatan.

Dalam perancangan rawatan pula, seorang pegawai memerlukan kemampuan organisasi yang tinggi untuk merancang rawatan yang komprehensif dan berstruktur. Penting untuk teliti dalam menyusun pelan rawatan yang sesuai dengan keperluan individu pesakit

Skop tugas 2: Menyelenggara program rehabilitasi serta rawatan susulan dan khidmat kaunseling.

2. Kebersetujuan.

Untuk tugas menyelenggara program rehabilitasi serta rawatan susulan dan khidmat kaunseling, skor kebersetujuan memainkan peranan yang sangat penting.

Dalam program rehabilitasi, memerlukan kesabaran dan empati yang tinggi dalam berhadapan dengan pelbagai kes dan cabaran. Penting seorang pegawai itu untuk membina hubungan yang dipercayai dengan pesakit. 

Dalam khidmat kaunseling pula, seorang pegawai memerlukan tahap empati yang sangat tinggi untuk memahami dan menangani masalah pesakit. Dan juga memerlukan kesabaran dan kelemah-lembutan dalam mendengar dan memberi respons kepada isu-isu sensitif.

Wajib Ada Untuk Lulus.

Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang pegawai pemulihan perubatan itu perlu ada kehematan dan juga ada kebersetujuan yang tinggi dalam diri mereka.

Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.

Adakah Anda Layak?

Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?

Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Jika tidak ada, itu bermaksud jawatan pegawai pemulihan perubatan ini tidak sesuai dengan personaliti anda.

“Jadi ujian ni nak uji kehematan dan kebersetujuan  je ke cikgu?”

Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.

Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan pegawai pemulihan perubatan, itu anda boleh semak semula nanti.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Pemulihan Perubatan

Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.

Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.

Soalan 1: Saya selalu bertimbang rasa apabila tanggungjawab kerja membawa kepada kesakitan fizikal atau emosi atau kesusahan orang lain (contohnya, semasa terapi fizikal, suntikan, memberi notis berhenti dan lain-lain).

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 2: Saya tidak perlu membalas budi rakan baik saya apabila dia membantu saya kerana dia adalah rakan baik saya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 3: Saya berupaya untuk memujuk rakan sekerja atau pekerja bawahan untuk bertindak (bahawa pada mulanya mereka enggan bertindak) untuk mengekalkan keberkesanan kerja.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 4: Persaingan boleh membawa kepada jalinan persahabatan dengan orang lain.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 5: Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Tidak Pasti
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Soalan 6: Saya akan membantu ahli dalam kesusahan walaupun menjejaskan matlamat kumpulan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 7: Saya suka bersaing kerana ia memberi peluang untuk menyerlahkan kebolehan saya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 8: Saya cuba untuk membentuk kaedah baru untuk menyelesaikan masalah atipikal.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 9: Saya sentiasa mencari peluang (contohnya: latihan, interaksi dengan rakan-rakan, dan lain-lain) yang dapat membantu meningkatkan prestasi kerja saya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 10: Kejayaan dalam pertandingan olahraga tidak membuatkan saya berasa lebih hebat berbanding orang lain.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Kuiz Psikometrik Pegawai Pemulihan Perubatan

Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.

Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten ke arah karakter seorang pegawai pemulihan perubatan?

Jom jawab kuiz 16 soalan di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.

Rekemendasi Daripada Cikgu.

Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.

soalan psikometrik pegawai pemulihan perubatan

Klik butang di bawah untuk download.

Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter seorang pegawai pemulihan perubatan.

Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, yang bersifat umum, di mana jawapan tak menfokuskan mana-mana jawatan.

Akhir Kalam.

Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik pegawai pemulihan perubatan, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.

Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga pegawai pemulihan perubatan kelak. Aamiin.

Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.