Ujian Psikometrik Pegawai Pembangunan Masyarakat – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pegawai pembangunan masyarakat ?
Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini? Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.
Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.
Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.
“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”
Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.
Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.
Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada dua teras menjadi keutamaan untuk jawatan pegawai pembangunan masyarakat ini.
Dua teras itu ialah:
Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat tentang personaliti berdasarkan skop tugas sahaja.
Tugas: Mengendalikan kes-kes berkaitan keganasan rumah tangga, penderaan, trauma, rogol, HIV, penagihan dadah dan masalah keluarga.
Individu yang mengalami trauma atau keganasan (contohnya rogol, penderaan, keganasan rumah tangga) biasanya:
Sifat empati membolehkan pegawai mendengar secara aktif, memahami emosi tersirat, dan menyediakan ruang yang selamat kepada mangsa.
Ini amat penting agar mangsa dapat meluahkan perasaan secara sukarela dan membina semula kepercayaan terhadap sistem sokongan.
Dalam kes yang melibatkan HIV, penagihan dadah, atau masalah keluarga, pegawai juga perlu berhadapan dengan stigma masyarakat.
Di sinilah empati memainkan peranan penting, bagi memastikan pegawai:
Tugas: Menangani konflik yang berpunca daripada perbezaan budaya, politik atau agama. Menganjurkan program integrasi nasional dan perpaduan kaum.
Sifat keterbukaan yang tinggi membolehkan pegawai memahami dengan lebih mendalam kerumitan serta kepelbagaian dalam isu-isu sosial, budaya dan hubungan kaum.
Dalam konteks masyarakat majmuk, konflik antara kaum, fahaman politik dan agama sering bersifat sensitif dan berubah-ubah mengikut situasi semasa.
Pegawai perlu memiliki sensitiviti budaya untuk mengurus ketegangan antara komuniti secara adil.
Sifat keterbukaan menjadikan seseorang lebih mudah menghargai perbezaan budaya, tidak bersikap berat sebelah.
Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang pegawai pembangunan masyarakat itu perlu ada kecenderungan empati dan juga ada keterbukaan yang tinggi dalam diri mereka.
Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.
Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?
Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah.
Jika tidak ada, just terima dengan hati terbuka. Itu bermaksud jawatan pegawai pembangunan masyarakat ini tidak sesuai dengan personaliti anda.
“Jadi ujian ni nak uji sifat empati dan keterbukaan je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.
Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan pegawai pembangunan masyarakat, itu anda boleh semak semula nanti.
Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.
Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.
Soalan 1: Saya berupaya berinteraksi dengan pihak lain dalam situasi sosial di mana individu tersebut mewakili organisasi.
Soalan 2: Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua.
Soalan 3: Saya sukakan persaingan kerana ia boleh merapatkan hubungan di antara saya dan pesaing sebagai rakan.
Soalan 4: Saya gemar membuat sesuatu kerja yang akan saya perolehi setelah mengetahui faedah-faedahnya.
Soalan 5: Saya mempamerkan kebahagian seperti kanak-kanak.
Soalan 6: Saya gembira hidup dalam sebuah negara majmuk.
Soalan 7: Sambutan perayaan pelbagai kaum di negara ini adalah berfaedah.
Soalan 8: Saya cuba untuk mempertimbangkan pandangan orang lain untuk berinteraksi dengan mereka.
Soalan 9: Saya menghargai perspektif berbeza demi mengukuhkan pemahaman saya tentang sesuatu isu atau masalah.
Soalan 10: Saya boleh berinteraksi dengan orang lain dengan sikap berbudi bahasa dan mesra.
Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.
Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten? Jom jawab kuiz di bawah ini.
Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.
Klik butang di bawah untuk download.
Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter pegawai pembangunan masyarakat.
Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, yang bersifat umum, di mana jawapan tak menfokuskan mana-mana jawatan.
Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik pegawai pembangunan masyarakat, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.
Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga pegawai pembangunan masyarakat kelak. Aamiin.
Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.