200+ Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Antidadah

oleh Cikgu Khairul

Ujian Psikometrik Pegawai Antidadah – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pegawai antidadah di Agensi Antidadah Kebangsaan?

Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini? Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Ujian Psikometrik Pegawai Antidadah

Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.

Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.

Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.

  • Ya atau tidak
  • Betul atau salah
  • Ya atau betul atau tidak pasti
  • Sangat setuju, setuju, tak pasti, tidak bersetuju, sangat tidak bersetuju.

“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”

Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.

Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.

“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”

Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim.

Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA.

Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.

Ujian Psikometrik 140 Soalan

“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?” 

Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon. 

Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.

Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 135 soalan, ada 166 soalan, dan ada 199 soalan. Untuk soalan pegawai antidadah pula, SPA menggunakan set soalan 140.

“Masa pulak macam mana tu cikgu?”

Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 6 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik Pegawai Antidadah

Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada dua teras menjadi keutamaan untuk jawatan pegawai antidadah ini. Dua teras itu adalah teras kehematan dan teras keterbukaan.

Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat tentang karakter berdasarkan skop tugas sahaja. 

Skop tugas 1: Merancang, mengawal, menyelia, menyelaras, menganalisis, mendorong dan mengendalikan dengan cekap dan berkualiti program pemulihan secara profesional untuk penagih dadah yang meliputi aspek-aspek:

  • Mengurus kewangan dan pentadbiran.
  • Merancang, menyusun, mengarah dan mengawal bagi memastikan dasar yang telah ditetapkan pengurusan atasan.

1. Kehematan.

Kehematan merujuk kepada kecenderungan seseorang untuk menjadi teratur, bertanggungjawab, boleh dipercayai, disiplin diri, dan berorientasikan pencapaian.

Merancang pelaksanaan dasar memerlukan ketelitian dan pemikiran yang mendalam. Individu dengan kehematan tinggi cenderung untuk merancang dengan terperinci, mengambil kira pelbagai faktor dan kemungkinan.

Selain itu, untuk memastikan dasar yang ditetapkan oleh pengurusan atasan dilaksanakan memerlukan kepatuhan dan integriti. Individu dengan skor kehematan tinggi lebih cenderung untuk mematuhi peraturan dan garis panduan dengan tegas.

Skop tugas 2: Merancang aktiviti operasional pendidikan pencegahan dadah di semua peringkat persekolahan dan institusi pengajian tinggi.

Skop tugas 3: Melaksanakan program pencegahan penagihan semula dengan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO di peringkat daerah, negeri, negara dan luar negara.

2. Keterbukaan.

Perancangan aktiviti untuk pelbagai peringkat pendidikan memerlukan keterbukaan untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan keperluan dan ciri-ciri unik setiap kumpulan umur dan tahap pendidikan.

Pencegahan dadah memerlukan pendekatan yang sentiasa berkembang dan inovatif untuk kekal relevan dan berkesan. Individu dengan skor keterbukaan yang tinggi lebih cenderung untuk meneroka kaedah pengajaran dan penyampaian maklumat yang baru dan kreatif.

Dalam aspek kolaborasi antara pelbagai pihak pula, pegawai perlu bekerja dengan pelbagai agensi dan organisasi memerlukan keterbukaan untuk memahami dan menghargai perspektif, pendekatan, dan budaya kerja yang berbeza.

Melaksanakan program di peringkat daerah hingga luar negara memerlukan fleksibiliti dan keterbukaan untuk menyesuaikan diri dengan konteks budaya dan sosial yang berbeza-beza.

Wajib Ada Untuk Lulus.

Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang pegawai antidadah itu perlu ada kehematan dan juga ada keterbukaan yang tinggi dalam diri mereka.

Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.

Adakah Anda Layak?

Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?

Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Jika tidak ada, itu bermaksud jawatan pegawai antidadah ini tidak sesuai dengan personaliti anda.

“Jadi ujian ni nak uji kehematan dan keterbukaan  je ke cikgu?”

Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.

Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan pegawai antidadah, itu anda boleh semak semula nanti.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Antidadah

Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.

Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.

Soalan 1: Saya perlu membalas budi rakan saya apabila dia membantu saya kerana dia merupakan rakan baik saya.
.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 2: Dalam apa jua situasi, saya lebih suka mengamalkan cara kerja saya sendiri dan bertindak berdasarkan prinsip kerjasama yang saya pegang.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 3: Seseorang yang mencuri kerana terdesak tidak sepatutnya dihukum.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 4: Saya percaya bahawa hanya ada satu penyelesaian ‘terbaik’.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 5: Walaupun barang yang saya beli kurang bermutu, saya tidak akan membuat sebarang aduan.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Tidak Pasti
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Soalan 6: Saya sedia mendengar masalah orang lain walaupun pada masa itu saya mempunyai masalah sendiri.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 7: Sambutan perayaan pelbagai kaum di negara ini adalah berfaedah.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 8: Kebanyakan orang menipu semasa mengisi borang cukai pendapatan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 9: Saya sering berasa janggal kerana mempunyai masalah dalam memahami cara kerja orang lain.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 10: Hampir setiap pekerja pernah menyeleweng hak milik organisasi, sekurang-kurangnya sekali.
.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Kuiz Psikometrik Pegawai Antidadah

Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.

Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten ke arah karakter seorang pegawai antidadah?

Jom jawab kuiz 20 soalan di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.

Rekemendasi Daripada Cikgu.

Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.

soalan psikometrik antidadah

Klik butang di bawah untuk download.

Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter seorang pegawai antidadah.

Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, yang bersifat umum, di mana jawapan tak menfokuskan mana-mana jawatan.

Akhir Kalam.

Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik pegawai antidadah, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.

Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga pegawai antidadah kelak. Aamiin.

Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.