Lima Kategori Soalan Psikometrik SPA

Soalan Psikometrik SPA – Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda lima kategori soalan psikometrik SPA.

Anda boleh teruskan pembacaan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kategori soalan psikometrik SPA ini.

Soalan psikometrik SPA boleh dikategorikan beberapa bahagia utama. Untuk contoh kali ini, saya akan kongsikan lima kategori yang selalu digunakan oleh pihak SPA dalam mencungkil perangai sebenar seseorang calon.

Kategori Soalan Psikometrik SPA.

Dalam mencari calon untuk mengisi kekosongan jawatan, pihak SPA akan menggunakan lima kategori pemilihan.

Ianya bertujuan untuk memastikan calon yang dilantik nanti betul-betul menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan.

Di bawah ini merupakan lima kategori penilaian dalam soalan psikometrik SPA.

  • Bagaimana seseorang calon itu bersosial.
  • Bagaimana seseorang calon mengendalikan impuls.
  • Bagaimana seseorang calon itu membuat keputusan.
  • Bagaimana seseorang calon bertindak balas terhadap orang lain.
  • Bagaimana seseorang calon mengawal emosi.

Bagaimana Seseorang Calon Itu Bersosial.

Kategori pertama yang cuba diuji dalam ujian psikometrik ialah bagaimana pergaulan seseorang calon itu.

Cara pergaulan ini akan mencerminkan perwatakan sebenar seseorang itu sama ada mempunyai sikap kerjasama, toleransi ataupun lebih selesa melakukan secara bersendirian.

Lima soalan di bawah ini merupakan contoh soalan yang digunakan untuk mencungkil kecenderungan ini.

Soalan 1. Kawan-kawan selalu mengatakan saya seorang yang mudah difahami.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 2. Ramai kenalan saya berkata bahawa saya seorang yang bersikap terbuka.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 3. Saya lebih gemar memperkenalkan diri saya sendiri dalam sesuatu majlis.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 4. Saya boleh berborak panjang dengan seseorang apabila individu itu mempunyai minat yang sama dengan saya.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 5. Saya mengambil peluang mengenali seberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.

A. Ya
B. Tidak

Bagaimana Seseorang Calon Mengendalikan Impuls.

Selain daripada menguji cara pergaulan, kategori yang seterusnya diuji dalam ujian psikometrik ialah bagaimana seseorang calon mengendalikan dan mengatur impuls mereka.

**impuls merujuk kepada dorongan, keinginan, atau rangsangan dalaman yang spontan untuk bertindak atau bertingkah laku dengan cara tertentu.

Lima soalan di bawah ini merupakan contoh soalan psikometrik yang digunakan untuk mencungkil kecenderungan ini.

Soalan 6. Pendekatan saya yang santai membantu meredakan tekanan dan mengekalkan perspektif yang sihat.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 7. Perancangan dan organisasi teliti saya memastikan perancangan berjalan dengan lancar dan mencapai hasil yang berkualiti.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 8. Saya tahu bagaimana untuk berehat dan tidak memaksa diri melampaui had.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 9. Pengurusan masa dan kecekapan membolehkan saya mencapai lebih banyak dalam masa yang lebih singkat.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 10. Saya boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan tidak terlalu terikat dengan perancangan yang ketat.

A. Ya
B. Tidak

Bagaimana Seseorang Calon Itu Membuat Keputusan.

Kategori yang seterusnya cuba dicungkil melalui ujian psikometrik ialah bagaimana seseorang calon itu membuat keputusan.

Data yang diperoleh daripada soalan-soalan ini penting dalam memastikan kesesuaian perwatakan seseorang itu menepati dengan jawatan ataupun tidak.

Lima soalan di bawah ini merupakan soalan yang digunakan dalam mencungkil kecenderungan ini.

Soalan 11. Saya mengambil pendekatan yang praktikal dan realistik dalam menyelesaikan masalah.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 12. Saya menghargai kepelbagaian budaya dan pengalaman, dan belajar daripada mereka.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 13. Saya fokus dan memberi perhatian kepada perincian dalam kerja saya.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 14. Rasa ingin tahu mendorong saya untuk sentiasa belajar dan mengembangkan kemahiran kerja.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 15. Saya membuat keputusan berdasarkan pengalaman dan bukti yang terbukti.

A. Ya
B. Tidak

Bagaimana Seseorang Calon Bertindak Balas Terhadap Orang Lain.

Apabila sesuatu keputusan sudah dibuat, kini tiba masanya keputusan itu dibentangkan kepada orang lain. Dalam kategori keempat ini, pihak SPA akan mengenalpasti bagaimana seseorang calon itu bertindak balas dengan orang lain.

Lima soalan di bawah ini merupakan contoh soalan yang digunakan dalam mencungkil kecenderungan ini.

Soalan 16. Saya menawarkan bantuan dan sokongan kepada rakan sekerja yang memerlukan, walaupun tidak diminta.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 17. Saya boleh memberi maklum balas yang jujur dan membina untuk membantu orang lain berkembang.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 18. Kemahiran kerjasama saya membolehkan pasukan mencapai matlamat bersama dengan berkesan.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 19. Keyakinan saya membolehkan saya menghadapi konflik dan pertikaian dengan tenang.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 20. Saya tidak teragak-agak untuk menyuarakan pendapat saya, walaupun ia mungkin tidak popular.

A. Ya
B. Tidak

Bagaimana Seseorang Calon Mengawal Emosi.

Dalam kategori kelima ini, pihak SPA akan mengenalpasti bagaimana seseorang calon itu mengawal emosi mereka.

Lima soalan di bawah ini merupakan contoh soalan yang digunakan dalam mencungkil kecenderungan ini.

Soalan 21. Saya lebih gemar membuat banyak perkara mengikut apa yang terlintas dalam fikiran pada waktu itu.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 22. Pengalaman emosi yang mendalam membolehkan saya berhubung dengan orang lain pada tahap yang lebih peribadi.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 23. Kesedaran saya terhadap emosi membolehkan saya menjadi lebih empati dan memahami perspektif orang lain.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 24. Saya dapat mengekalkan ketenangan dan fokus dalam situasi yang mencabar, membolehkan saya membuat keputusan yang baik di bawah tekanan.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 25. Kebimbangan saya dalam melakukan kesilapan mendorong saya untuk menjadi lebih teliti dan berhati-hati dalam kerja saya, memastikan hasil yang berkualiti tinggi.

A. Ya
B. Tidak

Jawapan Anda Mencorakkan Perwatakan Anda.

Jadi apa kepentingan data-data yang diperoleh daripada lima kategori penilaian itu?

Setiap jawapan anda itu akan digunakan sebagai data untuk membentuk satu profil personaliti. Ketika ini, pihak SPA akan memadankan profil personaliti itu dengan keperluan perwatakan jawatan.

Jika terdapat banyak persamaan antara profil personaliti calon dengan perwatakan jawatan, ketika ini seseorang calon itu akan diluluskan oleh pihak SPA. Jika ada sedikit persamaan, maka seseorang calon itu bakal digagalkan.

Semoga Berjaya.

Saya harap dengan perkongsian lima kategori penilaian soalan psikometrik SPA ini dapat membantu anda dalam persediaan ujian nanti.

Saya mendoakan agar anda bakal lulus dalam ujian itu nanti. Aamiinn..

Pss.. Anda dah tengok 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Klik butang di bawah untuk baca.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.