Ujian Psikometrik Kawalan Alam Sekitar – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik kawalan alam sekitar ?
Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini? Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.
Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.
Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.
“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”
Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.
Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.
“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”
Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim.
Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA.
Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.
“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?”
Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon.
Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.
Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 135 soalan, ada 166 soalan, dan ada 199 soalan. Untuk soalan kawalan alam sekitar pula, SPA menggunakan set soalan 173.
“Masa pulak macam mana tu cikgu?”
Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 6 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.
Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada dua teras menjadi keutamaan untuk jawatan kawalan alam sekitar ini. Dua teras itu adalah teras kehematan dan teras keterbukaan.
Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat tentang personaliti berdasarkan skop tugas sahaja.
Skop tugas 1: Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling dan peraturan-peraturan di bawahnya dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif.
Skor kehematan yang tinggi adalah penting untuk jawatan kerana terdapat banyak skop tugas melibatkan ciri-ciri seperti ketelitian, keteraturan, disiplin diri, ketekalan, dan kebolehpercayaan.
Skor kehematan adalah perkara yang kritikal dalam jawatan ini. Individu dengan skor kehematan tinggi cenderung untuk merancang dengan teliti dan sistematik.
Melaksanakan penguatkuasaan akta memerlukan ketepatan dalam memahami dan melaksanakan undang-undang. Tugas-tugas berkaitan penguatkuasaan memerlukan kepercayaan dan komitmen untuk melindungi alam sekitar secara konsisten.
Keupayaan untuk mematuhi prosedur dan melaksanakan tugas dengan teratur, memastikan segala peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif diikuti dengan betul.
Pegawai perlu sentiasa mencari pendekatan yang inovatif untuk melaksanakan program penguatkuasaan atau menyelesaikan isu alam sekitar.
Sentiasa terbuka untuk belajar kaedah baru dalam pengurusan alam sekitar serta perkembangan terkini mengenai akta-akta yang berkaitan.
Pegawai perlu mampu menganalisis data dan laporan, serta membuat penilaian berasaskan fakta dan maklumat yang diperolehi.
Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang kawalan alam sekitar itu perlu ada kehematan dan juga ada kestabilan emosi yang tinggi dalam diri mereka.
Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.
Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?
Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Jika tidak ada, just terima dengan hati terbuka. Itu bermaksud jawatan kawalan alam sekitar ini tidak sesuai dengan personaliti anda.
“Jadi ujian ni nak uji kehematan dan keterbukaan je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.
Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan kawalan alam sekitar, itu anda boleh semak semula nanti.
Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.
Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.
Soalan 1: Saya sentiasa cuba melakukan kerja yang terbaik, bukan berpuas hati dengan setakat ‘boleh tahan’.
Soalan 2: Seseorang yang membayar balik wang yang dia curi daripada syarikat harus dipecat.
Soalan 3: Mengambil waktu rehat yang lebih panjang tidak menjadi kesalahan besar jika telah menyiapkan tugasan yang diberikan.
Soalan 4: Saya akan memastikan diri saya sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan.
Soalan 5: Saya sentiasa menyiapkan tugasan yang diberikan seperti yang ditetapkan.
Soalan 6: Saya berasa diri kurang berharga apabila gagal atau kalah dalam sesuatu pertandingan.
Soalan 7: Saya rasa tercabar apabila orang lain mempertikaikan keputusan saya.
Soalan 8: Saya percaya bahawa hanya ada satu penyelesaian ‘terbaik’.
Soalan 9: Saya cuba untuk membentuk kaedah baru untuk menyelesaikan masalah atipikal.
Soalan 10: Saya menjangka perubahan dalam pekerjaan saya dengan mengambil bahagian dalam tugasan yang membantu saya berurusan dengan perubahan semasa.
Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.
Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten ke arah karakter seorang kawalan alam sekitar?
Jom jawab kuiz 20 soalan di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.
Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.
Klik butang di bawah untuk download.
Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter kawalan alam sekitar.
Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, yang bersifat umum, di mana jawapan tak menfokuskan mana-mana jawatan.
Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik kawalan alam sekitar, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.
Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga kawalan alam sekitar kelak. Aamiin.
Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.