200+ Soalan Psikometrik Juruukur J41

oleh Cikgu Khairul

Ujian Psikometrik Juruukur – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik juruukur ?

Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini? Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Ujian Psikometrik Juruukur

Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.

Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.

Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.

  • Ya atau tidak
  • Betul atau salah
  • Ya atau betul atau tidak pasti
  • Sangat setuju, setuju, tak pasti, tidak bersetuju, sangat tidak bersetuju.

“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”

Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.

Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.

“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”

Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim.

Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA.

Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.

Ujian Psikometrik 173 Soalan

“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?” 

Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon. 

Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.

Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 135 soalan, ada 166 soalan, dan ada 199 soalan. Untuk soalan juruukur pula, SPA menggunakan set soalan 173.

“Masa pulak macam mana tu cikgu?”

Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 6 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik Juruukur

Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada dua teras menjadi keutamaan untuk jawatan juruukur ini. Dua teras itu adalah teras kehematan dan teras kestabilan emosi.

Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat tentang personaliti berdasarkan skop tugas sahaja.

Skop tugas 1: Bertanggungjawab ke atas perancangan, pelaksanaan projek dan penyelarasan kerja-kerja pengumpulan dan pemprosesan data ukur pemetaan dan kadaster.

1. Kehematan.

Skor kehematan yang tinggi adalah penting untuk jawatan kerana terdapat banyak skop tugas melibatkan ciri-ciri seperti ketelitian, keteraturan, disiplin diri, ketekalan, dan kebolehpercayaan.

Skor kehematan adalah perkara yang kritikal dalam jawatan ini. Individu dengan skor kehematan tinggi cenderung untuk merancang dengan teliti dan sistematik.

Seorang juruukur perlu mampu mengatur tugas-tugas kompleks, menetapkan jadual yang realistik, dan memastikan semua aspek projek diambil kira. Ini penting dalam merancang projek-projek ukur yang sering melibatkan pelbagai komponen dan tempoh masa yang panjang.

Pengumpulan data ukur pemetaan pula memerlukan ketelitian yang tinggi. Skor kehematan yang tinggi dikaitkan dengan sifat berhati-hati dan teliti.

Seorang juruukur perlu memastikan data yang dikumpul adalah tepat dan lengkap, kerana kesilapan kecil boleh memberi impak besar pada hasil akhir.

Skop tugas 2: Menjalankan semakan, analisis dan kawalan kualiti ke atas semua kerja pemprosesan data ukur pemetaan dan kadaster.

Skop tugas 3: Membantu pengurusan atasan dalam bidang pengurusan projek dengan mengemaskinikan prosedur-prosedur kerja yang sedia ada demi mencapai kualiti yang setara dengan Jabatan Kerja Raya.

2. Kestabilan Emosi.

Semakan, analisis, dan kawalan kualiti memerlukan fokus yang tinggi dan ketenangan. Juruukur dengan kestabilan emosi yang tinggi dapat mengekalkan tahap ketelitian yang konsisten, walaupun berhadapan dengan data yang kompleks atau isu-isu yang mencabar.

Dalam usaha mengemaskinikan prosedur kerja, juruukur perlu bersikap terbuka dan adaptif. Kestabilan emosi yang tinggi membolehkan mereka menghadapi perubahan dengan tenang dan positif, tanpa terasa terancam atau terganggu.

Wajib Ada Untuk Lulus.

Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang juruukur itu perlu ada kehematan dan juga ada kestabilan emosi yang tinggi dalam diri mereka.

Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.

Adakah Anda Layak?

Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?

Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Jika tidak ada, just terima dengan hati terbuka. Itu bermaksud jawatan juruukur ini tidak sesuai dengan personaliti anda.

“Jadi ujian ni nak uji kehematan dan kestabilan emosi je ke cikgu?”

Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.

Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan juruukur, itu anda boleh semak semula nanti.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruukur

Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.

Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.

Soalan 1: Saya segera mengambil tindakan yang berkesan untuk menyelesaikan masalah.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 2: Saya mematuhi peraturan dan panduan organisasi walaupun tiada sesiapa yang menyelia.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 3: Saya memerlukan masa yang lama untuk kembali pulih daripada situasi sukar.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 4: Saya akan memastikan diri saya sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 5: Saya sentiasa menyiapkan tugasan yang diberikan seperti yang ditetapkan.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Tidak Pasti
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Soalan 6: Sukar untuk saya kembali tenang selepas peristiwa buruk berlaku.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 7: Menghasilkan satu piawaian kualiti kerja yang tinggi.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 8: Saya memerlukan bantuan seseorang untuk membuat pilihan semasa membeli-belah.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 9: Saya menghargai perspektif berbeza demi mengukuhkan pemahaman saya tentang sesuatu isu atau masalah.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 10: Saya menghargai perspektif berbeza demi mengukuhkan pemahaman saya tentang sesuatu isu atau masalah.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Kuiz Psikometrik Juruukur

Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.

Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten ke arah karakter seorang juruukur?

Jom jawab kuiz 20 soalan di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.

Rekemendasi Daripada Cikgu.

Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.

soalan psikometrik juruukur

Klik butang di bawah untuk download.

Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter juruukur.

Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, yang bersifat umum, di mana jawapan tak menfokuskan mana-mana jawatan.

Semoga Bermanfaat.

Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik juruukur, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.

Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga juruukur kelak. Aamiin.

Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.