“Kau pilih jawapan paling atas dengan paling bawah jer, jawapan tengah-tengah kau jangan pilih”
– pesan Aminah kepada Sally
Antara perkara mitos yang ramai calon psikometrik percaya ialah jangan sesekali pilih jawapan dekat tengah-tengah.
Wajib pilih jawapan paling atas dan paling bawah sekali.
Konon-kononnya kalau pilih jawapan tengah-tengah akan menunjukkan seseorang itu tidak yakin dengan diri mereka sendiri.
Betul Ke Macam Tu?
Dah tentu lah tak betul. Nak tahu kenapa? Jom cikgu cerita..
Ujian psikometrik ni sifatnya bebas. Anda sebagai calon bebas nak pilih jawapan apa sekali pun selagi mana jawapan tu mencerminkan perwatakan anda yang sebenar.
Soalan psikometrik ditanya menggunakan soalan berbentuk situasi. Ada sesetengah situasi anda sendiri pun tak pernah lalui. Kalau anda tak sure soalan tu ada kaitan dengan anda ataupun tak, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah TIDAK PASTI.
Jika soalan tu ada sikit berkait dengan diri anda, jawapan yang paling tepat untuk diri anda ialah KADANG-KADANG.
Jangan Mudah Terpengaruh!
Saya yakin mesti ramai kan terpengaruh dengan tips-tips dekat google, youtube, tiktok pasal cara pemilihan jawapan ni.
Dan saya juga tak nafikan ada calon yang lulus dengan memilih dua jawapan tu. Tapi jika anda fikir dengan memilih dua jawapan itu akan meninggikan peluang untuk lulus, itu tidak betul.
Saya menerima banyak maklum balas daripada calon, mereka lulus walaupun mereka memilih jawapan TIDAK PASTI dan KADANG-KADANG.
Dan juga banyak maklum balas calon yang gagal walaupun mereka hanya pilih jawapan paling atas dan paling bawah.
Tips Tak Adil
Bagi saya, tips memilih dua jawapan paling atas dan bawah sahaja ni sangat lah tak adil. Sebab individu yang berkongsi tips tu hanya bercerita tentang calon yang lulus sahaja. Calon yang pilih jawapan macam tu, tapi gagal, mereka tak cerita.
Seolah-olah, tak ada langsung calon yang gagal dengan memilih jawapan paling atas dan paling bawah.
Sepatutnya, mereka perlu bersikap lebih adil dalam berkongsi tips. Menceritakan tentang realiti sebenar tips tu. Ada calon yang lulus, dan ramai juga calon yang gagal.
Skor Sederhana
Kalau anda nak tahu, jawapan tengah itu berfungsi untuk buat sesuatu skor menjadi sederhana. Dalam ujian psikometrik, akan ada tiga pecahan utama dalam setiap karakter. Iaitu skor tinggi, sederhana dan rendah.
Skor sederhana ini amat penting sekiranya sesuatu jawatan itu memerlukan keseimbangan antara dua karakter.
Contohnya dalam kategori penilaian kebersetujuan. Ada sesetengah jawatan memerlukan skor sederhana dalam kebersetujuan.
“Tapi, kebersetujuan skor sederhana ini apa sebenarnya cikgu?”
Kebersetujuan skor sederhana ini adalah keseimbangan antara sifat empati dan ketegasan. Ada jawatan memerlukan karakter seperti ini.
“Ada contoh tak cikgu, jawatan apa yang perlukan skor sederhana dalam kebersetujuan?”
Antara jawatan itu ialah anggota penguat kuasa.
Jika skor kebersetujuan anggota penguat kuasa terlampau rendah, mereka cenderung bersikap sangat tegas dan kurang bertimbang rasa dengan orang lain. Kemungkinan tinggi mereka akan bersikap zalim kepada orang lain, lagi-lagi mereka ini diberikan kuasa.
Jika skor kebersetujuan mereka terlampau tinggi pula, mereka lebih mengutamakan kepentingan orang lain berbanding diri mereka sendiri. Mereka sukar untuk mengatakan tidak kepada setiap permintaan orang lain. Dengan kata mudah, mereka mudah dimanipulasi oleh orang lain.
Disebabkan itu menjadi keperluan seseorang anggota penguat kuasa itu mempunyai kebersetujuan skor sederhana. Mereka mampu bersikap tegas, dalam masa yang sama masih lagi mempunyai sifat-sifat kemanusian seperti bertimbang rasa dan ada budi bicara.
Belajar Sesuatu Tak?
Dengan kata mudah, pihak SPA tak buat pilihan jawapan di tengah-tengah tu sekadar kosmetik semata-mata, bukan hanya nak mencantikan soalan sahaja. Pasti ada fungsi pilihan jawapan di tengah-tengah tu, iaitu, bertujuan untuk membuatkan skor sesuatu karakter menjadi sederhana.
Saya harap artikel ini membantu anda menjawab ujian psikometrik nanti. Jika anda mahukan soalan extra psikometrik, boleh klik butang di bawah untuk download.