Buku UKCG Tahun 2025 Jaminan Lulus Ujian IPG

oleh Cikgu Khairul

Buku UKCG 2025 – Saya pasti anda mesti mendapat panggilan untuk menduduki ujian ukcg bukan? Bagaimana dengan persediaan anda?

Anda perlu buat persediaan sebaik mungkin kerana ujian ukcg ini sudah ramai calon digagalkan pada ujian sebelum ini.

Apa Buku Ujian UKCG

Salah satu cadangan buku yang sesuai sebagai bahan persediaan adalah buku rujukan keluaran Tim Cikgu Kerjaya. Buku ukcg ini mengandungi 300 soalan contoh yang mengikuti format terbaru ujian ukcg.

Yang paling best ialah, setiap soalan disertai dengan penerangan jawapan. Ini amat berguna untuk memahami jenis sikap yang dinilai melalui setiap soalan yang diajukan.

Sila klik butang di bawah untuk download

Kandungan Buku UKCG

Buku ukcg ini merangkumi beberapa sub-topik utama. Antara dua subtopik itu termasuklah himpunan 300 soalan serta disertakan dengan cadangan jawapan.

Ada 300 Soalan

Tiga soalan di bawah ini merupakan sebahagian daripada soalan-soalan yang terdapat dalam buku ukcg ini. Sila pastikan anda merujuk cadangan jawapan bagi memastikan anda jelas apakah yang cuba diuji dalam setiap soalan.

Soalan 1: Saya berhak menggunakan semua kemudahan universiti kerana saya telah membayar yuran semester.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 2: Sebelum saya masuk kelas mengajar, saya mesti mengulangi ringkasan mengajar yang saya rancangkan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 3: Semua budak adalah nakal dan hanya hukuman berat dapat menghalang mereka melanggar disiplin sekolah.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Anda perlu mengetahui bahawa setiap jawapan yang dipilih akan mencerminkan perwatakan sebenar anda. Oleh itu, penting bagi anda untuk memahami sikap apa yang sebenarnya diuji dalam setiap soalan.

Jika tidak, anda mungkin akan terperangkap oleh soalan-soalan licik dalam ujian ukcg ini.

Disertakan Cadangan Jawapan

Jadi bagaimana nak memastikan diri tak terjerat dengan soalan perangkap ini? Anda jangan risau. Dalam buku ukcg ini disertakan sekali dengan cadangan jawapan. 

Contohnya soalan di bawah ini.

Soalan 4: Apabila berhadapan dengan pertanyaan yang sukar dari murid, saya biasanya ____.

  • menjawab sebaik mungkin dengan pengetahuan saya.
  • mengakui saya tidak tahu dan mencari jawapannya bersama-sama.

Huraian: Kalau anda nak tahu, unsur yang cuba dicungkil dalam soalan ini ialah unsur keterbukaan. Bagi individu yang mempunyai skor keterbukaan yang rendah, mereka cenderung untuk memilih jawapan A. Mereka cenderung untuk bergantung pada pengetahuan sedia ada mereka, dan cuba menjawab soalan sebaik mungkin tanpa mengakui keterbatasan pengetahuan mereka. Bagi individu yang mempunyai skor keterbukaan yang tinggi pula, mereka lebih cenderung untuk memilih jawapan B. Mereka mengakui keterbatasan pengetahuan mereka dan melihat pertanyaan yang sukar dijawab itu sebagai peluang untuk belajar bersama-sama dengan murid. Jika dinilai kepada personaliti ideal seorang guru, jawapan B adalah paling mencerminkan personaliti seorang pendidik.

Sila klik butang di bawah untuk download

Snapshot Kandungan Ebook

Sila klik butang di bawah untuk download

Copyright © 2025 Ujian Psikometrik