Buku UKCG 2023 – Saya pasti anda mesti mendapat panggilan untuk menduduki ujian ukcg bukan? Bagaimana dengan persediaan anda?
Anda perlu buat persediaan sebaik mungkin kerana ujian ukcg ini sudah ramai calon digagalkan pada ujian sebelum ini.
Salah satu cadangan buku yang sesuai sebagai bahan persediaan adalah buku rujukan keluaran Tim Cikgu Kerjaya. Buku ukcg ini mengandungi 300 soalan contoh yang mengikuti format terbaru ujian ukcg.
Yang paling best ialah, setiap soalan disertai dengan penerangan jawapan. Ini amat berguna untuk memahami jenis sikap yang dinilai melalui setiap soalan yang diajukan.
Sila klik butang di bawah untuk download
Buku ukcg ini merangkumi beberapa sub-topik utama. Antara dua subtopik itu termasuklah himpunan 300 soalan serta disertakan dengan cadangan jawapan.
Tiga soalan di bawah ini merupakan sebahagian daripada soalan-soalan yang terdapat dalam buku ukcg ini. Sila pastikan anda merujuk cadangan jawapan bagi memastikan anda jelas apakah yang cuba diuji dalam setiap soalan.
Soalan 1: Saya berhak menggunakan semua kemudahan universiti kerana saya telah membayar yuran semester.
Soalan 2: Sebelum saya masuk kelas mengajar, saya mesti mengulangi ringkasan mengajar yang saya rancangkan.
Soalan 3: Semua budak adalah nakal dan hanya hukuman berat dapat menghalang mereka melanggar disiplin sekolah.
Anda perlu mengetahui bahawa setiap jawapan yang dipilih akan mencerminkan perwatakan sebenar anda. Oleh itu, penting bagi anda untuk memahami sikap apa yang sebenarnya diuji dalam setiap soalan.
Jika tidak, anda mungkin akan terperangkap oleh soalan-soalan licik dalam ujian ukcg ini.
Jadi bagaimana nak memastikan diri tak terjerat dengan soalan perangkap ini? Anda jangan risau. Dalam buku ukcg ini disertakan sekali dengan cadangan jawapan.
Contohnya soalan di bawah ini.
Soalan 4: Saya tetap akan berpuas hati jika kerja yang dilakukan tidak sempurna.
Huraian: Menyudahkan kerja dengan sempurna adalah nilaian yang positif. Jika kerja tersebut diketahui tidak sempurna, kita tidak boleh berpuas hati dan harus berfikir bagaimana untuk menjadikan ianya sempurna.
Sila klik butang di bawah untuk download
Sila klik butang di bawah untuk dapatkan buku ukcg ini sekarang.
Akhir kata, saya harap dengan perkongsian berkaitan ujian ukcg ini dapat membantu anda lulus pada ujian nanti. Saya mendoakan anda, aamiinn..