Ramai calon guru di Malaysia keliru antara dua ujian penting ini, MEdSI dan UKCG. Kedua-duanya merupakan ujian saringan untuk melayakkan seseorang masuk ke bidang perguruan, tetapi sasaran, format dan institusi yang terlibat adalah berbeza.
Dalam artikel ini, kita akan lihat secara ringkas dan jelas apakah perbezaan utama antara MEdSI dan UKCG, supaya anda tidak lagi tersilap membuat persediaan.
MEdSI ialah singkatan kepada Malaysian Educators Selection Inventory.
Ia merupakan ujian psikometrik saringan awal bagi calon yang memohon kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di universiti awam (IPTA) seperti UPSI, UM, UPM, dan lain-lain.
UKCG ialah singkatan kepada Ujian Kelayakan Calon Guru.
Ia merupakan ujian saringan khas untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) bagi program PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan).
Jika anda lepasan SPM, dan bercita-cita menjadi guru sekolah rendah, laluan melalui UKCG + IPG adalah pilihan utama.
Jika anda sedang belajar di peringkat matrik, diploma, atau STPM, dan ingin menjadi guru sekolah menengah atau pensyarah pendidikan, anda boleh memilih laluan MEdSI + ISMP di IPTA.
Memahami perbezaan antara MEdSI dan UKCG penting supaya anda tidak tersilap buat persediaan. Kedua-duanya menilai kesesuaian anda sebagai seorang pendidik, tetapi laluan, format dan tahap akademik yang terlibat adalah berbeza.
Saya juga ada sediakan koleksi soalan MEDSI dan UKCG. Setiap soalan disertakan alasan kenapa jawapan itu dipilih. Sila klik butang di bawah untuk download.