Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik penolong pegawai belia dan sukan ?
Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini? Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.
Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.
Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.
“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”
Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.
Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.
Selalunya karakter setiap jawatan ini refleksi kepada skop tugas jawatan. Melalui pembacaan saya, ada dua teras menjadi keutamaan untuk jawatan penolong pegawai belia dan sukan ini.
Dua teras itu ialah:
Tapi jangan anggap teras ini 100 peratus tepat, sebab ini hanyalah pendapat tentang personaliti berdasarkan skop tugas sahaja.
Tugas: Memberi bimbingan dan kaunseling kepada belia yang melibatkan isu tekanan keluarga, konflik rakan sebaya, atau isu motivasi.
Empati ialah ciri penting bagi penolong pegawai belia dan sukan kerana pegawai sering berhadapan dengan belia yang mengalami tekanan emosi, konflik sosial, atau masalah keluarga.
Ramai belia mungkin berasa malu, takut dinilai, atau tidak yakin untuk berkongsi masalah mereka. Dalam keadaan ini, empati membolehkan pegawai mendengar secara aktif, memahami emosi tersirat, dan mewujudkan ruang selamat untuk mereka meluahkan perasaan.
Empati juga membantu pegawai menangani stigma masyarakat terhadap isu seperti penagihan, masalah disiplin, atau tekanan keluarga.
Pegawai yang empati tidak terburu-buru menghukum, sebaliknya cuba memahami situasi sebenar dan memberi bimbingan dengan pendekatan yang memulih, bukan menghukum.
Tugas: Merancang format program baharu seperti bengkel inovasi belia, pertandingan sukan moden, program kepimpinan, atau aktiviti komuniti berasaskan trend semasa.
Keterbukaan penting untuk pegawai belia dan sukan kerana kerja mereka memerlukan kreativiti, fleksibiliti, dan kesediaan menerima idea baharu.
Pegawai yang tinggi dalam ciri ini lebih mudah memahami minat semasa golongan muda, mencipta program yang segar, serta menyesuaikan aktiviti mengikut perubahan keperluan komuniti.
Belia datang daripada pelbagai latar belakang dan gaya hidup, jadi keterbukaan membantu pegawai menghargai kepelbagaian pandangan tanpa cepat menolak atau menghakimi.
Individu yang terbuka juga lebih cenderung mencuba pendekatan baharu, bereksperimen dengan format program yang lebih moden, dan menggabungkan teknologi atau trend sukan terkini.
Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang penolong pegawai belia dan sukan itu perlu ada kecenderungan empati dan juga ada keterbukaan yang tinggi dalam diri mereka.
Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.
Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?
Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah.
Jika tidak ada, just terima dengan hati terbuka. Itu bermaksud jawatan penolong pegawai belia dan sukan ini tidak sesuai dengan personaliti anda.
“Jadi ujian ni nak uji sifat empati dan keterbukaan je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.
Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan penolong pegawai belia dan sukan, itu anda boleh semak semula nanti.
Di bawah ini merupakan 10 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.
Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.
Soalan 1: Saya berupaya berinteraksi dengan pihak lain dalam situasi sosial di mana individu tersebut mewakili organisasi.
Soalan 2: Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua.
Soalan 3: Saya sukakan persaingan kerana ia boleh merapatkan hubungan di antara saya dan pesaing sebagai rakan.
Soalan 4: Saya gemar membuat sesuatu kerja yang akan saya perolehi setelah mengetahui faedah-faedahnya.
Soalan 5: Saya mempamerkan kebahagian seperti kanak-kanak.
Soalan 6: Saya gembira hidup dalam sebuah negara majmuk.
Soalan 7: Sambutan perayaan pelbagai kaum di negara ini adalah berfaedah.
Soalan 8: Saya cuba untuk mempertimbangkan pandangan orang lain untuk berinteraksi dengan mereka.
Soalan 9: Saya menghargai perspektif berbeza demi mengukuhkan pemahaman saya tentang sesuatu isu atau masalah.
Soalan 10: Saya boleh berinteraksi dengan orang lain dengan sikap berbudi bahasa dan mesra.
Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.
Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten? Jom jawab kuiz di bawah ini.
Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.
Klik butang di bawah untuk download.
Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter penolong pegawai belia dan sukan.
Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, yang bersifat umum, di mana jawapan tak menfokuskan mana-mana jawatan.
Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik penolong pegawai belia dan sukan, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.
Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga penolong pegawai belia dan sukan kelak. Aamiin.
Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.