200+ Soalan Psikometrik Pegawai Kesihatan Persekitaran

oleh Cikgu Khairul

Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pegawai kesihatan persekitaran? Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini?

Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik Pegawai Kesihatan Persekitaran?

Personaliti yang cuba dinilai untuk jawatan pegawai kesihatan persekitaran sepenuhnya bergantung kepada skop kerja jawatan itu sendiri. 

1. Kestabilan Emosi

Sebagai pegawai kesihatan persekitaran, individu berdepan dengan situasi tekanan tinggi yang melibatkan kesihatan awam, penguatkuasaan undang-undang, serta pengurusan risiko.

Dalam keadaan ini, tahap kestabilan emosi memainkan peranan yang sangat penting kerana satu keputusan yang dipengaruhi oleh emosi boleh membawa kesan serius kepada keselamatan masyarakat.

Individu yang mempunyai kestabilan emosi rendah cenderung mudah cemas, panik atau hilang fokus apabila berhadapan tekanan, dan ini boleh menyebabkan:

  • Kesilapan dalam pengambilan atau analisis sampel air dan makanan.
  • Tindakan penguatkuasaan yang tidak tepat atau tergesa-gesa.
  • Kegagalan membuat keputusan rasional dalam situasi wabak atau kecemasan.

Sebaliknya, individu yang memiliki kestabilan emosi tinggi lebih tenang, fokus dan berupaya membuat keputusan yang tepat walaupun dalam keadaan genting.

Mereka mampu mengawal emosi semasa siasatan lapangan, menjadi saksi di mahkamah, atau menangani tekanan daripada komuniti dan pihak industri.

2. Kehematan

Kehematan merupakan ciri personaliti yang paling penting kerana tugasan mereka melibatkan pelaksanaan kerja teknikal, pematuhan undang-undang, pemantauan risiko, dan ketepatan prosedur yang memberi kesan langsung kepada keselamatan awam.

Antara tanggungjawab utama yang memerlukan tahap kehematan tinggi termasuk:

  • Pensampelan dan analisis makanan serta air minuman yang mesti dilakukan mengikut prosedur piawai.
  • Penyediaan laporan, data dan rekod penyiasatan yang perlu tepat dan boleh digunakan sebagai bukti undang-undang.
  • Penyiasatan wabak dan kawalan penyakit, di mana setiap tindakan perlu mengikut protokol untuk mengelakkan kesilapan diagnosis atau kegagalan pengesanan punca.

Tanpa sifat ini, risiko kecuaian, kesilapan teknikal dan kegagalan melindungi kesihatan awam akan meningkat secara ketara.

Wajib Ada Untuk Lulus.

Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang pegawai kesihatan persekitaran itu perlu ada kestabilan emosi dan juga sifat kehematan dalam diri mereka.

Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.

“Jadi ujian ni nak uji kestabilan emosi dan kehematan je ke cikgu?”

Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.

Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan pegawai kesihatan persekitaran, itu anda boleh semak semula nanti.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kesihatan Persekitaran

Di bawah ini merupakan 20 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati ciri-ciri itu ataupun tidak.

Soalan 1: Jika menghadapi masalah fikiran saya akan menjadi tenang.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 2: Saya berasa marah dan tidak selesa apabila membaca berita yang memburukkan negara saya.

  • Setuju
  • Tidak Setuju

Soalan 3: Saya mengambil berat terhadap kebajikan rakan-rakan saya.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 4: Saya sentiasa bersangka baik dengan rakan sekerja.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Soalan 5: Memaafkan kesilapan orang lain adalah satu sifat terpuji.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 6: Saya sukakan persaingan kerana ia boleh merapatkan hubungan di antara saya dan pesaing sebagai rakan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 7: Saya sentiasa membina hubungan positif ketika berinteraksi dengan orang lain apabila menjalankan tugas kerana ia dapat membantu saya melakukan tugas dengan lebih baik.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 8: Kebanyakkan individu cenderung mengambil kesempatan terhadap individu yang bekerja dengan mereka.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Tidak Pasti
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Soalan 9: Saya menunggu semua rakan sebelum memulakan sesuatu aktiviti walaupun sudah kelewatan masa.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Soalan 10: Seseorang pekerja harus dipecat jika majikan mengetahui pekerja itu berbohong.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 11: Saya menggunakan panggilan hormat kepada individu mengikut gelaran yang sesuai.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 12: Pihak yang mendapat suara majoriti, menjadi kecenderungan saya untuk berpihak kepadanya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 13: Saya akan menjauhi seseorang yang suka mempersendakan kehidupan peribadi seseorang.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 14: Saya selalu bekerjasama dengan kakitangan lain untuk mencapai matlamat kumpulan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 15: Saya cuba mengelak daripada memberi masalah kepada orang lain.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 16: Pernahkan anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Kurang Setuju
  • Agak Setuju
  • Setuju
  • Sangat Setuju
  • Sangat Setuju Sekali

Soalan 17: Adakah anda berangan-angan berhubungan romantik?

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Kurang Setuju
  • Agak Setuju
  • Setuju
  • Sangat Setuju
  • Sangat Setuju Sekali

Soalan 18: Kesalahan dan pandangan orang lain membuatkan saya sentiasa boleh bertolak-ansur terhadap perkara tersebut.

  • Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
  • Tidak Menggambarkan Diri Saya
  • Agak Menggambarkan Diri Saya
  • Menggambarkan Diri Saya
  • Sangat Menggambarkan Diri Saya

Soalan 19: Keputusan saya lazimnya berasaskan fakta, logik, pengalaman dan/atau gerak hati.

  • Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
  • Tidak Menggambarkan Diri Saya
  • Agak Menggambarkan Diri Saya
  • Menggambarkan Diri Saya
  • Sangat Menggambarkan Diri Saya

Soalan 20: Saya sentiasa memikirkan kesan tindakan saya terhadap rakan.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Kuiz Psikometrik Pegawai Kesihatan Persekitaran

Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.

Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten?

Jom jawab kuiz di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.

Tips Lulus Ujian Psikometrik Pegawai Kesihatan Persekitaran

“Tonjolan Personaliti Anda”

Sebelum ini saya ada bagitahu jawatan ini memerlukan kestabilan emosi yang tinggi bukan? Tapi bagaimana pihak SPA nak tapis ribuan calon yang betul-betul mempunyai emosi yang stabil?

Kalau anda nak tahu, inilah fungsi ujian psikometrik.

Di bawah ini merupakan soalan yang menguji kestabilan emosi dalam diri seorang calon ujian psikometrik.

Soalan 1: Jika menghadapi masalah fikiran saya akan menjadi tenang.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 1 ini sebenarnya ingin menguji sejauh mana seseorang itu boleh mengawal emosinya apabila berdepan dengan masalah.

Ada orang, apabila berdepan dengan masalah, fikiran mereka menjadi bercelaru, sukar untuk berfikir secara rasional.

Jika anda memilih jawapan ‘YA’, itu bermaksud dalam diri anda mempunyai satu sifat tahap emosi yang stabil. Ini disebabkan anda cenderung untuk bertenang berbanding keluh-resah.

“Teguhkan Pendirian Anda”

Ujian psikometrik ini juga boleh tahu sama ada individu itu berlaku jujur ataupun sekadar berpura-pura ketika menjawab soalan. Setiap soalan akan bertanyakan soalan yang berulang-ulang.

Tujuannya ialah untuk memastikan dan mengesahkan sesuatu sikap itu betul-betul wujud dalam diri anda ataupun sekadar dibuat-buat.

Soalan 2: Saya berasa marah dan tidak selesa apabila membaca berita yang memburukkan negara saya.

  • Setuju
  • Tidak setuju

Kalau anda nak tahu, soalan 1 dan soalan 2 itu saling berkaitan antara satu sama lain.

Soalan 1 itu bertujuan untuk menguji adakah anda seorang individu yang tenang. Soalan 2 pula digunakan untuk mengesahkan adakah betul anda mempunyai sikap tenang itu ataupun anda sekadar buat-buat ada.

Salah satu kesilapan calon psikometrik ialah mereka cuba mentafsir soalan berdasarkan kepada pemahaman mereka sendiri.

“Bagi saya wajar untuk kita rasa marah kalau ada orang lain memburukkan nama negara kita. Itu bermaksud dalam diri kita ini ada semangat patriotik.” – calon psikometrik.

Tapi betul ke pemahaman seperti ini?

Jika betul, dekat sini boleh menimbulkan satu persoalan. Apakah orang yang lebih tenang, tanpa dipengaruhi oleh emosi itu tidak ada semangat patriotik dalam diri mereka?

Adakah dengan adanya sifat marah itu memberi maksud seseorang itu terpaling patriotik? Adakah kemarahan menjadi indikator dalam mengukur semangat patriotik seseorang?

Kalau anda nak tahu, inilah kesannya jika soalan psikometrik itu dinilai kepada pemahaman sendiri. Apabila melibatkan soalan psikologi, wajib disandarkan kepada teori personaliti dalam mentafsir setiap soalan.

“Jadi, soalan ini nak cungkil karakter apa sebenarnya cikgu?”

Kalau anda nak tahu, soalan ini cuba menguji bagaimana reaksi emosi seseorang itu apabila mereka menerima sesuatu maklumat.

Adakah mereka dipengaruhi oleh emosi terlebih dahulu? Ataupun mereka lebih bersifat rasional tanpa dipengaruhi oleh emosi?

Jika anda cenderung memilih jawapan ‘Tidak Setuju’, ini memberi satu signal diri anda mungkin lebih terkawal dari segi reaksi emosi, dan cenderung bersikap rasional dalam menilai sesuatu isu.

Jadi anda perlu teguhkan pendirian anda supaya jawapan anda nanti tidak terpengaruh dengan unsur patriotik yang cuba dimasukkan dalam soalan, untuk menimbulkan rasa was-was dalam diri anda ketika memilih jawapan.

Jangan Salah Faham!

Tapi anda jangan pula fikir jawapan ‘Setuju’ itu jawapan yang salah. Jika anda cenderung untuk bersetuju dengan soalan itu, itu bermaksud dalam diri anda mempunyai salah satu ciri-ciri sifat baran.

Tiada jawapan yang salah, sebab setiap orang ada kecenderungan karakter mereka tersendiri. Ujian psikometrik tidak mencari jawapan siapa betul, jawapan siapa salah. Ujian ini hanya nak mengenal karakter diri anda yang sebenar sahaja.

Rekemendasi Daripada Cikgu.

“Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik pegawai kesihatan persekitaran ini? Share lah sikit tips cikgu”

Satu perkara ini je perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Biasakan diri dengan soalan psikometrik. Cuba ketahui apakah personaliti yang cuba dicungkil dalam setiap soalan. 

Daripada situ jawapan anda akan jadi lebih konsisten, dan jawapan tak bercanggah antara satu sama lain.

Untuk ujian psikometrik pegawai kesihatan persekitaran ini, cikgu highly recommended untuk anda baca ebook ini. Dalam ebook ini ada dibincangkan apakah personaliti yang cuba dicungkil dalam setiap soalan.

Klik butang di bawah untuk download.

Semoga Bermanfaat.

Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik pegawai kesihatan persekitaran, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.

Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus tapisan sesi temuduga pegawai kesihatan persekitaran kelak. Aamiin.

Copyright © 2025 Ujian Psikometrik