Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pegawai veterinar gred GV9? Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini?
Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
Personaliti yang cuba dinilai untuk jawatan pegawai veterinar sepenuhnya bergantung kepada skop kerja pegawai veterinar itu sendiri.
Antaranya skop tugas pegawai veterinar ialah:
Tugas: Bertanggungjawab melakukan pemeriksaan haiwan & produk veterinar. Menilai keadaan kesihatan ternakan di ladang atau pusat kuarantin di bawah tekanan masa.
Pegawai veterinar kerap berdepan dengan situasi yang penuh tekanan, sama ada melibatkan wabak penyakit, haiwan agresif, atau operasi penguatkuasaan.
Keupayaan mengawal emosi dan kekal fokus dalam keadaan tegang membolehkan mereka membuat keputusan tepat yang memberi kesan besar kepada kesihatan awam, keselamatan makanan, dan kebajikan haiwan.
Kestabilan emosi yang tinggi juga membantu mereka:
Tugas: Menyediakan laporan pemeriksaan kesihatan haiwan, sijil kesihatan eksport / import, dan rekod penguatkuasaan undang-undang veterinar.
Pegawai veterinar perlu memikul tanggungjawab besar dalam memastikan kesihatan haiwan, keselamatan makanan, dan kawalan penyakit berjangkit.
Tugas ini memerlukan tahap ketelitian yang tinggi, pengurusan masa yang baik, serta keupayaan mematuhi prosedur dan piawaian tanpa kompromi.
Kehematan yang tinggi memastikan pegawai:
Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang pegawai veterinar itu perlu ada kestabilan emosi dan juga kehematan yang tinggi dalam diri mereka.
Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik pegawai veterinar ini.
“Jadi ujian ni nak uji kestabilan emosi dan kehematan je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.
Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan pegawai veterinar, itu anda boleh semak semula nanti.
Di bawah ini merupakan 20 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati ciri-ciri itu ataupun tidak.
Soalan 1: Jika menghadapi masalah fikiran saya akan menjadi tenang.
Soalan 2: Saya berasa marah dan tidak selesa apabila membaca berita yang memburukkan negara saya.
Soalan 3: Saya sentiasa berdaya saing walaupun dalam situasi yang tidak memerlukan.
Soalan 4: Saya bersedia membantu orang lain yang mempunyai beban kerja yang lebih banyak.
Soalan 5: Saya tetap bersaing dengan orang lain walaupun mereka tidak bersaing dengan saya.
Soalan 6: Saya menunggu semua rakan sebelum memulakan sesuatu aktiviti walaupun sudah kelewatan masa.
Soalan 7: Saya selalu berusaha memantapkan kedudukan dan memenuhi tarikh akhir peribadi untuk laporan atau hasil kerja.
Soalan 8: Saya mencadangkan penyelesaian alternatif kepada masalah yang dihadapi.
Soalan 9: Saya berasa diri kurang berharga apabila gagal atau kalah dalam sesuatu pertandingan.
Soalan 10: Saya percaya idea yang diperoleh secara berkumpulan adalah lebih baik daripada idea berseorangan.
Soalan 11: Saya biasanya mengotakan janji untuk melaksanakan sesuatu, walaupun ia menyusahkan atau tidak menyenangkan.
Soalan 12: Saya akan terus kekal dengan sektor awam walaupun mendapat tawaran yang lebih baik daripada sektor swasta lain.
Soalan 13: Saya cuba untuk membentuk kaedah baru untuk menyelesaikan masalah atipikal.
Soalan 14: Saya belajar cara baru yang lebih baik di dalam melaksanakan kerja atau tugas daripada rakan sekerja.
Soalan 15: Saya cermat dalam perincian grafik, semakan, perancangan atau aktiviti-aktiviti kerja yang lain.
Soalan 16: Pernahkan anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?
Soalan 17: Adakah anda berangan-angan berhubungan romantik?
Soalan 18: Kesalahan dan pandangan orang lain membuatkan saya sentiasa boleh bertolak-ansur terhadap perkara tersebut.
Soalan 19: Keputusan saya lazimnya berasaskan fakta, logik, pengalaman dan/atau gerak hati.
Soalan 20: Saya menghadiri majlis yang membantu peningkatan imej organisasi walaupun kehadiran saya tidak diwajibkan.
Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.
Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten?
Jom jawab kuiz 28 di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.
Sebelum ini saya ada bagitahu jawatan ini memerlukan kestabilan emosi yang tinggi bukan? Tapi bagaimana pihak SPA nak tapis ribuan calon yang betul-betul mempunyai emosi yang stabil?
Kalau anda nak tahu, inilah fungsi ujian psikometrik.
Di bawah ini merupakan soalan yang menguji kestabilan emosi dalam diri seorang calon ujian psikometrik.
Soalan 1: Jika menghadapi masalah fikiran saya akan menjadi tenang.
Soalan 1 ini sebenarnya ingin menguji sejauh mana seseorang itu boleh mengawal emosinya apabila berdepan dengan masalah.
Ada orang, apabila berdepan dengan masalah, fikiran mereka menjadi bercelaru, sukar untuk berfikir secara rasional.
Jika anda memilih jawapan ‘YA’, itu bermaksud dalam diri anda mempunyai satu sifat tahap emosi yang stabil. Ini disebabkan anda cenderung untuk bertenang berbanding keluh-resah.
Ujian psikometrik ini juga boleh tahu sama ada individu itu berlaku jujur ataupun sekadar berpura-pura ketika menjawab soalan. Setiap soalan akan bertanyakan soalan yang berulang-ulang.
Tujuannya ialah untuk memastikan dan mengesahkan sesuatu sikap itu betul-betul wujud dalam diri anda ataupun sekadar dibuat-buat.
Soalan 2: Saya berasa marah dan tidak selesa apabila membaca berita yang memburukkan negara saya.
Kalau anda nak tahu, soalan 1 dan soalan 2 itu saling berkaitan antara satu sama lain.
Soalan 1 itu bertujuan untuk menguji adakah anda seorang individu yang tenang. Soalan 2 pula digunakan untuk mengesahkan adakah betul anda mempunyai sikap tenang itu ataupun anda sekadar buat-buat ada.
Salah satu kesilapan calon psikometrik ialah mereka cuba mentafsir soalan berdasarkan kepada pemahaman mereka sendiri.
“Bagi saya wajar untuk kita rasa marah kalau ada orang lain memburukkan nama negara kita. Itu bermaksud dalam diri kita ini ada semangat patriotik.” – calon psikometrik.
Tapi betul ke pemahaman seperti ini?
Jika betul, dekat sini boleh menimbulkan satu persoalan. Apakah orang yang lebih tenang, tanpa dipengaruhi oleh emosi itu tidak ada semangat patriotik dalam diri mereka?
Adakah dengan adanya sifat marah itu memberi maksud seseorang itu terpaling patriotik? Adakah kemarahan menjadi indikator dalam mengukur semangat patriotik seseorang?
Kalau anda nak tahu, inilah kesannya jika soalan psikometrik itu dinilai kepada pemahaman sendiri. Apabila melibatkan soalan psikologi, wajib disandarkan kepada teori personaliti dalam mentafsir setiap soalan.
“Jadi, soalan ini nak cungkil karakter apa sebenarnya cikgu?”
Kalau anda nak tahu, soalan ini cuba menguji bagaimana reaksi emosi seseorang itu apabila mereka menerima sesuatu maklumat.
Adakah mereka dipengaruhi oleh emosi terlebih dahulu? Ataupun mereka lebih bersifat rasional tanpa dipengaruhi oleh emosi?
Jika anda cenderung memilih jawapan ‘Tidak Setuju’, ini memberi satu signal diri anda mungkin lebih terkawal dari segi reaksi emosi, dan cenderung bersikap rasional dalam menilai sesuatu isu.
Jadi anda perlu teguhkan pendirian anda supaya jawapan anda nanti tidak terpengaruh dengan unsur patriotik yang cuba dimasukkan dalam soalan, untuk menimbulkan rasa was-was dalam diri anda ketika memilih jawapan.
Tapi anda jangan pula fikir jawapan ‘Setuju’ itu jawapan yang salah. Jika anda cenderung untuk bersetuju dengan soalan itu, itu bermaksud dalam diri anda mempunyai salah satu ciri-ciri sifat baran.
Tiada jawapan yang salah, sebab setiap orang ada kecenderungan karakter mereka tersendiri. Ujian psikometrik tidak mencari jawapan siapa betul, jawapan siapa salah. Ujian ini hanya nak mengenal karakter diri anda yang sebenar sahaja.
“Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik pegawai veterinar ini? Share lah sikit tips cikgu”
Satu perkara ini je perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Biasakan diri dengan soalan psikometrik. Cuba ketahui apakah personaliti yang cuba dicungkil dalam setiap soalan.
Daripada situ jawapan anda akan jadi lebih konsisten, dan jawapan tak bercanggah antara satu sama lain.
Untuk ujian psikometrik pegawai veterinar ini, cikgu highly recommended untuk anda baca ebook ini. Dalam ebook ini ada dibincangkan apakah personaliti yang cuba dicungkil dalam setiap soalan.
Klik butang di bawah untuk download.
Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik pegawai veterinar, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.
Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga pegawai veterinar kelak. Aamiin.